"Nak cari ulam nak cari ulam."
Fitri menuju ke mini kebun milik ibu. Pelbagai pokok ulam-ulaman ada.
"Cukup la ni, ibu kata kawan dengan anak lelaki dia ja yang nak mai. Hmm. Dapat pucuk betik pun sedap jugak cicah dengan belacan."
Krak!!
Bunyi rantin kayu patah seolah dipijak orang.
"Bunyi apa pulak dah..." Fitri pandang belakangnya. Kosong. Jangan kerbau kaki pendek sudah la.
"Sebelum dia sondol aku, baik aku cabut lari."
"Aku tak cari hang, hang jangan cari aku."
Buk!!
Nah!! tiang elektrik mana pula yang dipacakkan belakang rumah ni. Fitri pegang dahi sendiri.
"Memang bucket list kau tahun ni nak jadikan baju orang sebagai remover lipstick kau ke?" Fitri panggung kepala. Terbutang biji mata.
"Cakap aje la yang kau dah tangkap cintun dengan aku."
"Eh! perah santan, PERASAN!!"
Jejaka itu senyum sinis. Fitri pula, malas mahu melihat baju jejaka itu yang memaparkan bekas lips balm nya.
Dari atas sampai bawah Fitri pandang jejaka itu.
Kemas dengan potongan rambut pendeknya, orangnya tinggi, berkulit agak tan. Kesan dari bekerja agaknya. Bibir terpapar senyuman sinis menayangkan gigi taringnya.
Sinis?
"Dah puas social harassment." Dengan penuh angkuh dia bertanya.
Dengan rasa geram yang membuak, Fitri halakan pisau ditangan betul-betul dihadapan jejaka itu.
"Hang mai mana ni? ikut suka masuk rumah orang sampai ke laman belakang rumah aku pulak tu!"
"Akak! Apa punya perangai halakan pisau pada tetamu." Geram!
Suara ibu sudah memetir.
Tetamu?
JERUNG ni tetamu?
"Siapa tetamu? Si jerung tak cukup zat besi ni ka?!" Tak cukup zat?
'Kalau dia tampaq aku ni, mahu jadi ikan sepat dalam kolam ibu.' Fitri pandang lengan sasa jejaka itu.
Dalam sibuk berbalah mulut dengan ibu, pisau ditangan hilang. Kini pisau sudah makan tuan, apabila jejaka itu halakan pisau ke arahnya semula.
"Aariz Aidil!! apa buat macam tu pada anak dara orang!" Kalini bukan lagi suara dari ibu.
Aunty?
"Sorry Ma!"
"YOU! act like a woman. It doesn't match the shortness of having the heart to fight me."
'Dia pendekkan aku?'
***
"Pandai Fitri masak. Ada ciri-ciri calon menantu idaman." Fitri tahan senyum apabila dipuji. Tangan masih mengacau kari kepala ikan.
"Tak ada Aunty--"
"Mama, panggi mama aje la."
"Tapi--"
"Panggil aje. Mama lagi suka, baru dengar mesra sikit. Lama tak jumpa Fitri, dulu kecil lagi, sekarang dah besar, makin cantik."
"Mana ada.." Fitri tahan malu.
YOU ARE READING
DARIN's [C]
General FictionDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022