cp-17🐏

1.5K 111 25
                                    

"Ana Uhibbuki Fillah, Nashwa Fitri binti Nazir Fahim..As sincerely as my soul"

"Nashwa Fitri, hang dah sasau dengan tunang sendiri!" Bebel dia seorang diri sambil pipi ditampar-tampar.

Bah!!

Nyaris Fitri terlempar gunting yang berada ditangan.

"Hang gempaq aku sekali lagi ngah, aku nak balik gunting ni."

"Amboi hang sampai hati. Hang nak kena dengan abang Ziyad hang buat lahh."

Main ugut-ugut. Mentang-mentang dah ada suami.

Fitri kembali menggubah dulang hantaran yang berada dihadapannya, malas nak melayan si mak buyong itu. Entah bila nak meletup perut dia tu.

"Acu, aku nak tanya ni."

"Hmm.."

"Macam mana bertunang? dugaan teruk dak?" Fitri pandang wajah kakak keduanya.

"Dugaan apanya, bertunang baru beberapa hari. Sekarang Aidil dah balik kem. Tak sempat nak merasa dugaan tu. Cuti pun masa nikah nanti ja, sebab tu kami malaih nak buat besaq-besaq."

"Baguih la tu, hang yakin dia boleh terima kekurangan hang ka?"

Fitri jungkitkan sebelah bahu.

"Belum cuba belum tahu. Insyaallah kami boleh terima kekurangan masing-masing."

"Hm, suka hati hang lah. Eh! Kiranya, masa hari festival buku hang tu, dia tak mai la?"

Aku geleng.

"Aku rasa dia tak tau. Biaq pi dia lah. Dia pun kerja." Angah hembus nafas.

"Hang awat, ngah?" Fitri pandang wajah kakak keduanya.

"Aku nak tengok hang bahagia tau, Acu. Tabah hadapi setiap dugaan. Dugaan dalam membina masjid ni besaq. Kena banyak sabaq. Jangan cepat melatah."

Angah bercakap melalui pengalam.

Macam Fitri tak tahu kisah cinta angah dengan abang Ziyad, berkahwin kerana aturan keluarga. Tanpa cinta, tetapi bukan paksaan. Mereka sendiri rela membina bahtera.

Bila hampir siap, badai datang menimpa. Bekas isteri abang Ziyad muncul memohon kasih. Hati siap yang tidak berderai. Sedang hati angah dilanda gundah datang pula yang sudi membantu. Memujuk hati angah yang dilanda pilu. Nasib abang Ziyad bukan lelaki yang cepat melatah.

Lepas nikah mereka diduga lagi dengan kehilangan 2 kali cahaya mata sebelum wujudnya yang sekarang.

"Aku dengaq nasihat hang."

***

"Assalamualaikum, siapa ni?"

Hampir 10 kali Fitri terima panggil dari nombor yang sama. Bila diangkat, tiada suara yang menjegah.

"Hello?"

Tut..

Siapa yang tak ada kerja sangat ni. Menguji kesabaran batin aku betul.

"Semua dah selasai, kak?"

"Dah, tinggal nak ambik baju nikah ja. Nanti kak pi dengan Aidil, insyaallah. Janji si Aidil tu bukan boleh percaya sangat. "

Beria Fitri call, masej. Hampeh.. call tak diangkat, masej tak dibalas.

'Sakit betul hati aku.'

Bila tanya, 'Tengah free ka?'

'Aku free aje kalau nak borak dengan bakal isteri.' kononnya, tak sampai 6 minit.

DARIN's [C]Where stories live. Discover now