Fitri pandang Aidil yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Abang.."
"Yes, darin?" Lembut suara itu menyahut.
Tersengih Fitri dibuatnya..
"What if.. relationship kita diuji, ada perempuan lain datang dalam hubungan kita. Apa abang akan buat?" Aidil pandang tepat ke dalam anak mata Fitri.
"Hm, aib betul soalan." Aidil ketuk dagu.
"Jawap la elok-elok.."
"Hmm, kalau ada perempuan lain dalam hubungan kita.. apa abang akan buat?" Aidil ulang soalan Fitri..
Otaknya ligat mencari jawapan.
Salah jawap mahu tidur luar.
"Hmm.. abang akan peluk dan kiss dahi, pipi dan hidung dia."
Balasan ringkas dari Aidil mendapat cubitan di abdomennya.
"Adoi!" Dalam sakit, sempat Aidil tergelak suka bila dapat mengusik si isteri.
Tangan kecil Fitri hilang disebalik tangan besar Aidil. Menahan dari terus menerima cubitan ketam itu.
Aidil tarik tangan Fitri dan digengam. Kepalanya ditunduk bagi mencium dahi si kecik yang berada di dukungan Fitri
"And.. I will say. She is the lucky girl to have a beautiful mama.. like you." Dahi Fitri dikucup sesaat.
'Affi Melody.'
Penyeri hidup mereka berdua.
***
"Abang pakai sunscreen malam-malam?"
"Hm, dah lama abang pakai. Baru perasan ke?"
"Haah. Eh, ada kesan tompok putih dekat sini." Fitri lap kesan putih ditepi rambut Aidil dengan tangan kanannya.
"Bukan ada matahari pun dalam rumah ni, dah malam, kan." Fitri jauhi Aidil yang masih di meja makeup dan duduk di birai katil.
"Tahu, abang mula pakai lepas nikah dengan Fitri."
"Awat lepaih nikah baru pakai?"
"Sebab.. abang dah tinggal serumah dengan sunshine." Aidil pandang wajah Fitri yang selamba..
Selamba, tapi merah jugak pipi tu..
Aidil tepuk pipi sendiri, dia pandang Fitri dari biasan cermin. Dia pusingkan tubuh.
"Kacak tak abang?" Fitri tergelak dengan soalan random itu.
"Fitri tak nikah dengan orang tak kacak." Aidil senyum puas dengan jawapan Fitri.
"Abang pun tak nikah dengan perempuan tak cantik, sebab tu abang nikah dengan Fitri. Fitri kan cantik." Balas Aidil, dia berjalan mendekati buah hatinya.
"Eii! Affi, papa nak jadi romantik pulak malam-malam ni." Perut si anak dicucuk-cucuk.
Aidil ambil tempat di sebelah Fitri.
"Tembabnya pipi Affi ni." Aidil picit pipi montel itu sehingga merenggek si kecik.
"Abang..."
"Hmm?" Fokusnya masih pada si kecil yang berada didukungan Fitri.
"Abang.. tak menyesai mintak tukaq ke unit lain?" Aidil cari mata bulat itu.
"Tak. Buat apa nak menyesal kalau hari-hari boleh tengok muka anak isteri. Paling penting, setiap janji abang untuk sayang, abang mampu tunaikan." Hidung Fitri Aidil cuit.
YOU ARE READING
DARIN's [C]
Genel KurguDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022