cp-18🐏

322 20 1
                                    

"Mana baju?"

"Ada dengan Aidil." Ringkas balasan Fitri.

Penat..

Dia sendiri masih keliru dengan pilihan hati.

Benda ni melibatkan masa lalu. Bertahun bertunang, nak dibandingkan dengan Fitri sekadar 3 minggu menjadi tunang.

Agaknya mana Aidil akan pilih?

Titit..

Fitri buka pesanan yang baru diterima.

"Don't ever think of canceling our wedding, or you will regret it.." - Aidil.

Fitri julingkan mata keatas. Kenapa? Hang ingat aku lemah sangat akan meratapi dan menagih kasih dari hang?

Sorry, ini Nashwa Fitri Nazir Fahim laa..

Will never walk behind a man.

"You started it, and I'm just a follower.  If you think I will regret it?  Never, I will make you regret it with me. Let's fall together, that's what marriage means" - Fitri.

***

"Acu gaduh dengan Aidil ke?" Soal ibu tiba-tiba.

"Tak. Gaduh-gaduh manja ja."

Manja yerr..

"Aidil bagi ni. Dia minta maaf, ibu ajak dia masuk bagi sendiri benda ni. Tapi dia tak mau." Ibu serahkan satu kotak kecil warna hitam kepada Fitri.

"Ibu keluar dulu. Kak jangan tidur lambat, esok adalah hari penting akak, ibu tak mau benda yang menggembirakan jadi sedih. Ibu nak anak ibu happy."

"Buat sesuatu yang menggembirakan sebelum akak pikul tanggungjawap jadi isteri orang minggu depan, masa tu akan dah tak boleh jadi macam sekarang."

"Orang tau la, ibu. Dah.. Aidil ni memang mengada sikit." Ibu tersenyum dan melangkah keluar dari bilik Fitri.

Fitri ambil kotak tadi dan dibuka.

Shawl?

"Nak pujuk aku ka ni? Lain macam.." Kening Fitri bertaut.

Satu kertas bertulis tangan diambil.

Good luck, darin.

Aku tahu esok hari bersejarah kau. Aku harap kau jadi perempuan paling bahagia esok. Dan segala cita-cita kau tercapai. I'm sorry:(

from,
Aidil..

"Ingat sweet la tu. Boleh la. Hang ingat aku nak lupakan apa hang dah buat. Buat kecut perut aku ja." Geram bila ingatkan balik tragedi beberapa hari lepas.

"I know you're not afraid, but if you love your family and your family's good name, you'd better accept me as your husband, will you?" Fitri angguk.

"Aku tanya kau lagi Nashwa Fitri Binti Nazir Fahim."

"Are you willing to accept me as your husband?"

Fitri pejam mata apabila jengkaman pada leher dikejapkan sedikit.

"Yes." berkaca mata Fitri, tetapi ditahan sekuat hati.

"I hate you.."

Luah Fitri. Sungguh dia sakit hati dengan Aidil.. Air mata jatuh setitik ke pipi.

"Weh, Fitri! jangan nangis aku main-main aje!" Kelam kabut Aidil cari tisu. Air mata yang menintik itu diseka kasar.

"Sakit la gila."

"Jangan nangis. Kau nangis aku cium kau, dalam kereta ni kita dua aje yang ada. Macam-macam boleh jadi."

"Kau ingat lawak ka?!"

"Fitri. Dengar dulu aku explain, aku datang sini sebab nak ambil baju."

"Bukan kita patut pi ambil sekali ka? semua tu alasan hang ja an sebab nak jumpa perempuan tu!"

"Tak, sungguh. Kau talefon ibu.. aku dah beritahu ibu, aku nak ajak kau dinner. Sebab tu aku nak ambil baju ni. Nak buat surprise kat kau, see.. baju ni ada dua pasang. Satu baju nikah satu baju sanding." Fitri lihat baju yang berada di atas ribanya.

"Bukan tak jadi sanding ka?"

"Kalau ikut aku, memang aku tak nak. Tapi mama cakap, kahwin hanya sekali, sekurangnya bagi ada kenangan. Biar pun ringkas aje majlis tu, aku ikut cakap mama. Then aku tempah baju ni senyap-senyap. Kita akansanding malam. Tapi aku tak sangka benda akan jadi macam ni tadi."

"Aku minta maaf ye?" Aidil renung wajah Fitri.

"Habistu, perlu ka hang kasaq-kasaq dengan aku. Tarik aku, cekik aku."

"Saja buat gimmick, kalau aku tak tegas. Kau nak dengar apa aku cakap? kau akan ikut aku masuk dalam kereta ni ke? akan duduk diam-diam macam gadis melayu terakhir macam ni?"

"Kau tu keras kepala. Memang tak la nak ikut aku." Fitri jeling Aidil. 'Sedap ja kutuk aku.'

"Aku nak balik."

"Tapi--"

"Kau ambik baju ni. Aku nak balik!"

Bam!!

Pintu kereta ditutup kasar.

Malam itu, Aidil dinner dengan adik kembarnya sahaja.

"Along kena tinggal!" Kena bahan seround dengan kembar.

***

"Dah terima?"

"Hm.."

"Kau pakai tau tudung yang aku bagi tu esok."

"Tak nak. Aku tak basuh lagi."

"Tapi--"

"Siapa suruh kau sakitkan hati aku."

"Fitri.. perempuan tu yang entah dari mana datang buat onar dekat situ. Mana aku tahu dia nak hantar benda-benda macam tu kat kau. Dia tu saja tau. Aku sendiri dah lama tak jumpa dia."

"Fitriii..." Panggil Aidil melerek.

Penat dah nak memujuk si buah hati.

"Bye, jumpa lagi bila aku rasa nak jumpa hang."

Terus panggilan Fitri letak.

Tidur lagi bagus.

---------------TBC

29.10.2023

re-edit:29.10.2023

cp tambahan!

DARIN's [C]Where stories live. Discover now