Fitri pegang dadanya sendiri.
'I can feel my heartbeat..'
Drama Queen.
"Cik Almisk dah sedia?" Fitri pandang wajah seorang lelaki yang mengenakan baju t-shirt hitam dan dilehernya terkalung layard.
STAF.
"Saya dah sedia." Dengan yakin Fitri menjawap.
"Hang boleh buat Fitri. Lupakan sebentar perkara hitam hang, fokus kepada peminat hang yang dah ternanti-nanti nak jumpa hang." Buat pertama kali Fitri bersetuju dengan pihat penerbit untuk mengadakan fansign And meet bersama perminatnya.
Cincin tunang yang baru sahaja disarungkan beberapa minggu lepas dimainkan supaya gugupnya sedikit berkurang.
Face mask berwarna hitam diwajahnya dibetulkan. Biarlah wajahnya kekal menjadi rahsia.
Peminat terakhir.
Seorang lelaki yang bertubuh agak tegap. Mengenakan baju melayu putih. Sampin disilangkan pada tubuh. Tidak bersongkok, tetapi wajahnya sedikit terlindung dengan cap.
"Hai, nama awa--" Fitri bawa tangan ke mulut. Laju kepala dipanggung.
"Ai--" Tidak terkeluar kata-kata.
"Sila turunkan tanda tangan Darin. Lama aku tunggu giliran."
"Huh? oh, ya..kejap-kejap.." Fitri capai pen dan tunduk memandang kertas yang dihulur oleh jejaka tadi.
"Cantik tudung, mana beli?" Kaku tubuh Fitri sesaat.
Tak akan nak cerita yang dia basuh tudung ni tengah malam sebab nak pakai untuk program hari ni.. malu la.
"Tunang bagi." Ringkas balasan Fitri. Aidil tersenyum sinis. 'Ingatkan tak sudi. Sayang jugak kau dekat aku.' getus Aidil dalam hati.
"Tapi ni surat.." Kening Fitri berkerut-kerut.
"Hm?" Soal Aidil buat-buat tak faham.
SURAT KEBENARAN PERNIKAHAN.
Bukan kata sekali dia baca, tapi berkali-kali. Siap dieja lagi.
"Hampir 360 buah buku kau turunkan tanda tangan tak akan tiba-tiba tak tahu pula macam mana nak turunkan tanda tangan."
Bukan tak tahu tetapi Fitri terkedu. Sudah la datang berbaju melayu. Datang fansign buku, bukan bawa buku novel yang Fitri karang malah dia bawa surat kebenaran kahwin. Nasib bukan surat permohonan poligami.
"Nak aku ajar?"
"Ta-- tak payah, aku reti buat sendiri." Pen di ambil dan teragak-agak untuk menulis detail pada kertas itu. Menggigil-gigil tangannya. Hampir semua sudah di isi, hanya turunkan tanda tangan sahaja. Tangan Fitri terkaku disitu, hanya mata pen sahaja yang berada atas kertas tetapi bebola mata pen itu tidak bergerak.
Fitri kerutkan dahi apabila buku baharu terbitannya itu berada di atas meja. Aidil letak buku itu di atas borang pernikahan mereka. Ramai orang memerhati mereka. Kehairanan.
"Buka." Hanya menurut arahan, buku terbitan 'Akan ku Tunggu', terbitannya itu dibuka betul-betul pada bookmark yang ditanda oleh Aidil.
Muka surat 218, baris paling akhir chapter 31. Dialog yang ditutur oleh watak lelaki utama buat watak utama wanita.
"Aku nak kahwin dengan kau, kalau kau tolak, aku kahwin dengan mak kau, biar aku jadi bapak tiri kau. Tidak pun aku letak kau dalam kontena, seludup kau pergi seberang kita nikah di sana."
Fitri tahan senyum.
"Melamar jenis apa hang ni, tak romantik langsung!"
Aidil hanya ketawa. Peminat yang datang hanya tercengang.
Tiba-tiba Fitri tersedar sesuatu.
Bukan borang nikah dah dihantar ka?
Borang yang ditanda tangani tadi baca sekali lagi.
BORANG KEBENARAN PERKAHWINAN
Exclusive untuk bakal Puan Darin..
Surat Perjanjian..
Baca Fitri dalam hati tetapi terdengar orang dihadapannya berucap penuh petah dan sebijik dengan apa yang ditulis dalam kertas.
"Saya akan kekal setia hanya untuk Nashwa Fitri, walaupun nyawa sebagai galang ganti. Akan aku sayangi wanita ini satu-satunya sehingga terbina satu istana di syurga untuk si bidadari."
Aidil baca bait kata yang di taipnya.
"Kau dah turunkan tanda tangan, itu maksudnya, No turning back, sayang."
Terus Fitri panggung kepala pandang Aidil.
"I need to go.."
"Jumpa di hari nikah kita. See you, Darin." Aidil letak kedua belah tangan di atas meja dan tubuhnya ditundukkan sehingga wajahnya betul-betul dihadapan wajah Fitri. Dia berbisik perlahan..
"Aku tak sabar nak tunggu malam pertama kita." Aidil kenyit mata, memerah wajah Fitri dibuatnya. Aidil senyum nakal melihat wajah Fitri yang memerah.
"Maksud aku.. aku tak sabar nak buli kau. Kenapa muka kau merah? Kau fikir apa, ha?" laju Fitri geleng kepala. Bibir dikemam, hilang kosa kata.
"Adiós, love."
---------------TBC..
8.9.2023
re-edit:29.10.2023
cp tambahan..
YOU ARE READING
DARIN's [C]
General FictionDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022