cp-34🐏

306 25 3
                                    

Aidil baringkan tubuh di atas sofa berangkai tiga yang ada di dalam bilik kerjanya.

"Ish! degil!" Rungut Aidil seorang diri.

"Dengar la aku nak explain apa dulu." Bebel Aidil seorang diri.

Tangan diletakkan diatas dahi, perlahan-lahan mata terpejam. Penat..

Sakit kepala kian berdenyut-denyut.

Makin difikir, makin menyucuk dia rasa sekarang ini.

Bunyi enjin kereta yang keluar dari perkarangan rumah menggamit pendengarannya. Terpisat-pisat Aidil bangun dari perbaringan.

Aidil sekadar tidur-tidur ayam, tak lena tidur dibuatnya..

Laju Aidil bangun dan menujuk ke luar balkoni bilik

"Fitri!" Dari balkoni Aidil memekik nama itu, pabila melihat kereta isterinya sudah keluar dari perkarangan halaman rumah.

Bilik utama mereka dituju.

Bersepah dengan beberapa helai pakaian isterinya diatas lantai.

Barangannya juga diambil.

Aidil capai iPhone yang sememangnya berada didalam bilik mereka. Nombor seseorang dihubungi.

Tutt..

Mata tertumpu pada objek hitam di atas katil pabila objek hitam itu menyala.

"Dia boleh pula tinggal telefon."

Ting..

Aidil capai telefon berjenama samsung itu.

"Kau betul nak datang kelantan
ke, Nash?" -Mawar.

Nafas lega dilepaskan.

Password talefon isterinya dimasukkan. Aplikasi berwarna hijau itu dibuka.

"Fitri nak pergi kelantan ke, Mawar?" Me.

"Ni siapa?" -Mawar.

"Aariz. Fitri baru sahaja keluar tadi,
saya tak tahu dia pergi mana?" -Me.

"Fitri ada cakap dia gaduh besar
dengan awak, sebab itu dia nak
tenangkan fikiran, saya tak bagi.
Bahaya, jadi saya suruh dia datang
Kelantan kalau betul dia nak tenangkan
diri." -Mawar

"Dia ada mintak izin awak tak?" -Mawar.

"Tak apa, saya izinkan kalau Fitri ada
dengan awak. Tolong jagakan dia
sepanjang dia ada dengan awak." -Me

"Boleh saya mintak tolong lagi satu?"-Me

"Apa?" -Mawar.

"Tolong beritahu saya semua tentang Fitri sepanjang dia di sana, boleh?" -Me

"Awak suami dia, insyaallah. Saya
akan inform semua dekat awak,
asalkan dia keluar rumah tu dengan
keizinan awak." -Me

"Thanks, Mawar. Susahkan
awak sahaja." -Me

"No hal!.. most
welcome." -Mawar

'1.40 pm'

Aidil berbaring lagi, kini di atas katil pula.

Lega sedikit.

DARIN's [C]Where stories live. Discover now