Aidil yang baru sahaja tiba itu terus menuju ke arah lelaki yang sememangnya menjadi targetnya sejak semalam.
"Kau buat apa dekat rumah aku semalam?" kolar uniform lelaki itu ditarik kuat dan tubuh tegap itu ditolak kuat ke arah dinding.
"Oi, oii.. kau kenapa Aariz." Fakhrul pantas menahan lengan sasa milik Aidil.
"Aariz sabar. Kita ada dalam kem ni. Kau nak kena tindakkan tatatertib ke?" Nasihat Fateh.
Dah agak benda ini akan berlaku pabila wajah Aidil selepas sahaja keluar dari kereta dah macam nak makan orang sebab itu mereka berdua yang macam berlangkas itu terus kejar langkah besar Aidil.
"Kau tanya sendiri apa yang dia buat dekat isteri aku." Tubuh itu ditarik kehadapan sedikit dan dihentak kedinding.
Bengis diwajah kian membara.
"Uhukk.." Wajah lelaki itu sudah merah pabila kolar bajunya sudah hampir terjerut dileher.
"Kau masih sukakan isteri aku, kan?" Tangannya masih mencengkam kuat kolar baju Zarul.
"Ye memang aku suka dan cintakan Nashwa.."
Wajah Aidil mula memerah. Anak matanya kian menggelap pabila mendengar ujaran itu.
"Tapi itu dulu dan aku masih waras lahh!!"
***
"Aku rasa kau patut balik la Aariz. Tenangkan fikiran kau. Kau EL harini, aku cover kerja kau."
"Boleh ke?" Fakhrul mengangguk.
"Boleh. Dulu kau dah tolong aku, sekarang giliran aku pulak, tak gitu."
"Aku pun boleh tolong Fakhrul kalau banyak sangat tugas nanti." Fateh juga menyampuk.
"Thanks, bro. "
***
Fitri terkejut melihat susuk tubuh tegap itu berdiri terpacak ditepi meja makan.
Mengucap aku..
"Awal abang balik, Fitri tak masak pun lagi. Abang nak makan?" Tanpa berkutik, tubuh kecil itu terus Aidil sauk kedalam pelukkan. Dibenamkan wajah pada ceruk leher itu, mencuri wangian yang menenangkannya.
Terkejut Fitri dengan tindakan tiba-tiba itu, lambat-lambat tangan dia membalas pelukkan.
"Nak.. sayang masak dulu, abang nak buat kerja sikit kat atas." Aidil jarakkan pelukkan.
"Okay, abang nak pergi kerja balik ka?"
"Tak, abang EL harini."
"Abang tak sihat? Demam?" Tapak tangan Fitri melekap di kedua belah pipi milik Aidil.
Tak panas pun.
"Cuma tak sedap badan. Sayang masak maggie kari aje la. Abang tak rasa nak makan nasi."
"Tengah hari makan maggie, abang tak sihat. Tak elok la makan maggie."
"Kalau macam tu sayang masak aje la." Aidil terus pusingkan tubuh dan ingin naik ke tingkat atas.
"Fine! Fitri masak maggie kari untuk abang. Tapi pergi mandi dulu."
"You stink of sweat.." Terasa lapang dadanya mendengar celoteh mulut kecil si isteri.
"Stink ye..meh sini." Tubuh itu didakap penuh pada badannya. Dikepit kepala isteri di bawah ketiak seolah melakukan headlock.
"Abang!!" Bergoyang tubuh kecil itu pabila suaminya menggoyangkan badan mereka ke kiri dan ke kanan.
YOU ARE READING
DARIN's [C]
Ficción GeneralDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022