32

329 6 0
                                    

Afnan pov

Seminggu kemudian...sejak kebelakangan ni aku rasa pelik sangat kat diri aku nak tau peliknya ape. Ni aku bagitau 1 aku cepat rasa penat walaupun aku cuma naik tangga rumah 2 aku kalau makan selalunya makan banyak bertambah pulak tu but sejak-sejak benda pelik yg jadi kat aku ni aku kurang selera nak makan kekadang tak makan pun ada and last sekali aku mood aku tak menentu kekadang bad mood tak kira sape. Haihh pelik lahhhh

Now aku kat rumah aku ambik cuti hari ni sebab tetiba rasa tak sedap badan. Nail dah pi kerja dia siap pesan jangan buat kerja berat-berat and banyak berehat haihh untung betul aku dapat laki yg care ni. Aku bosan duk dalam bilik ni je so aku nak pi jumpa wibo lah.

Aku keluar dari bilik dan naik tingkat atas. Sampai depan bilik wibo aku buka pintu dan masuk. Aku duduk kat kerusi yg ada dalam bilik wibo. Untuk mengetahuan korang kucing yg aku beli untuk jadi peneman wibo tengah pregnant sekarang. Anak-anak kucing yg aku dapat free dah nampak besar sikit and sehat kalau tak kurus je.

Aku pun panggilah wibo. Tetiba dari arah tempat tidur wibo berlari anak-anak kucing kat aku. Aku pun apa lagi terus usap kepala anak kucing tu. Lepas aku dah luangkan masa dengan wibo and family aku pun keluar dari bilik wibo dan turun ke bawah.

Bosan lah dah lah sorang-sorang kat rumah emmm nak buat ape ye? Nak mengemas aku tak boleh sangat. Nak tengok tv takde cerita best haihhh nak call nail dia tengah kerja pulak. Tetiba dengan spontannya perut aku berbunyi. Bukan sekali banyak kali pulak tu. Mami masak breakfast dah habis sape lagi yg tukang habiskan melainkan aku tapi still rasa lapar.

Nak masak tak reti sangat so aku pun guna cara pintas iaitu keluar pi makan. Aku naik bilik dan tukar baju aku capai phone dan call muzakki. lepas call Muzakki aku pun turun bawah dan tunggu kat depan rumah. Cuaca pun nasib baik ok tak panas sangat mendung je.

Beberapa minit kemudian 2 kereta masuk dalam kawasan rumah dan berhenti depan aku. Muzakki dan team keluar dari kereta dan mengadap aku.

Muzakki:(tunduk) Tengku

All:(tunduk)

Aku: jom pi sekarang saya lapar sangat ni

Muzakki: baik Tengku jom kita pi sekarang

Aku berjalan kearah kereta pintu kereta di buka dan aku masuk. Muzakki dengan Hafis satu kereta dengan aku manakala ilham dengan Fauzan naik kereta satu lagi sebagai eskot.

Tak lama masing-masing masuk kereta kereta terus keluar dari kawasan rumah dan terus ke tempat makan.

Muzakki: kita nak pi makan kat mana Tengku?

Aku: emmm kita pi restoran nail lah

Muzakki: baik Tengku

Aku baru teringat nak makan kat situ yelah aku pun pernah makan kat restoran Nail 2 kali je sebab tempat tu dengan syarikat aku jauh sikit so takde masa nak makan kat sana hari-hari. Aku keluarkan phone dan buka YouTube sementara nak tunggu sampai restoran takdelah rasa lapar sangat nanti.

Bukan main khusyuk aku tengok drama sampai tak perasan dah sampai. Kereta pun dah parking yelah mana tak perasannya aku tengok drama sambil pakai earphone aku tersedar dah sampai bila Muzakki tegur.

Aku pun simpan phone dengan earphone dalam beg dan aku keluar. Aku dengan bodyguard jalan masuk ke dalam restoran. Masuk je aku ditunjukkan tempat oleh pelayan. Aku duduk dan diikuti Muzakki dan lain. Buku menu di beri dan aku mula buka buku menu tersebut dan pilih apa aku nak makan?

Emmm disebabkan now dah masuk tengahari so aku makan nasi lah kenyang sikit. So aku terus ke halaman makan tengahari dan pilih makanan di situ.

Aku: bagi saya nasi ayam, french fries dengan keropok lekor and air pulak nak sirap ais dengan ais kosong itu je

Ⓕ︎Ⓐ︎Ⓜ︎Ⓘ︎Ⓛ︎Ⓨ︎ Ⓣ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓖ︎Ⓚ︎Ⓤ︎Where stories live. Discover now