46

148 7 0
                                    

Afnan pov

Beberapa hari kemudian..

Aku sedang bersiap-siap untuk ke pejabat. Sebabnya adalah aku dah lama tak tengok keadaan di sana entah ok ke tidak. Lepas aku dah siap-siap aku ambil beg dan terus keluar dari bilik.

Aku turut ke bawah dan sebelum keluar dari rumah aku ke dapur dulu untuk ambil bekal yg nail dah sediakan sebelum dia pi kerja. Ala dia bekalkan aku buah yang dia dah siap potong katanya "senang nanti sayang tak payah susah payah potong buah lagi biar abang je yang buat" alahai sweetnya laki aku niii hahahah.

Lepas aku masukkan bekal dan botol air dalam beg aku pun keluar dari rumah. Aku ambil selipar aku dalam rak kasut dan pakai. Aku berjalan kearah kereta yang terletak di laman. Terlihat Muzakki dan pasukannya sedang menunggu aku di sana.

Muzakki yang perasan aku dari jauh terus berlari kearah aku.

Muzakki: Tengku biar saya bawakan barang Tengku

Aku: eh takpelah bukan berat pun

Muzakki: takpe biar saya bawakan

Aku: baiklah.. thanks Muzakki

Muzakki: no problem sir

Aku bagi beg bekal aku pada Muzakki. Aku dengan Muzakki jalan mendekati kereta. Pintu dibukakan oleh Fauzan dan aku pun masuk. Pintu di tutup bersamaan dengan masuknya Muzakki dan hafis dalam kereta. Manakala Fauzan dengan Ilham kereta lain sebagai eskot.

Lepas semua dah ready aku pun suruh ilham untuk jalan dahulu sebab aku tau dia yang drive kereta bukannya Fauzan. Kereta ilham diikuti kereta aku dari belakang. So disebabkan perjalanan nak ke pejabat lama sikit aku pun bukalah tab dan buka aplikasi YouTube. Aku nak sambung tengok kdrama aku semalam yang aku tak sempat nak habiskan.

Aku pun tak tau bila masa aku suka tengok drama Korea ni dulu tak pun. Ala drama melayu pun sama. Bukan sebab apa pun..aku paling menyampah kalau tengok cerita melayu ni apa dia tau.. tengok syok kita tengok masa adegan perempuan tu nak kena tampar.. sikit lagi nak sampai muka dah bersambung!!! Benci betul aku lepastu besok nya kalau aku masuk pejabat mesti aku dengar staf aku borak pasal drama semalam.

Itu yang aku jarang tengok dah. Filem Tamil pun aku tengok tau dan cina. Tak diragui filem-filem mereka memang best tak pernah mengecewakan. So kali ni aku tengok drama Korea pulak. Aku suka tengok drama Korea sebab aku minat dengan sorang laki ni namanya Gong Yoo. Perghhhh sape tak kenal. Dah banyak filem dia berlakon dan pelbagai watak yang dia pernah mainkan. Memang legend dia tu.

So aku pun tengok drama aku dengan kusyuk. Beberapa jam kemudian..

Sedar tak sedar yang kereta dah masuk ke perkarangan syarikat. Aku terus simpan tab dalam beg. Lepastu aku pun ready dengan membetulkan segala pakaian aku.

Berhenti sahaja kerana di pintu utama. Muzakki turun dari kereta dan berdiri di pintu aku. Dia bukakan aku pintu dan aku pun keluar. Aku masuk dalam syarikat dengan ditemani Muzakki dan Fauzan.

Semua staf yang melihat aku semuanya berdiri tegak dan menundukkan badan mereka.

??: selamat datang Tengku

??: Tengku apa khabar sihat?

Tanya seorang staf aku. Aku pun senyum dan balas dengan ucapan " saya sihat alhamdulillah" lepastu aku pun masuk dalam lif dan naik ke tingkat 5. Sampai di tingkat 5. Aku keluar dari lif dan berjalan ke pejabat seseorang.

Tiba je di depan pintu pejabat aku pun ketuk pintu dan masuk bila mendengar jawapan dari orang di dalam. Bila aku masuk je perkataan pertama yang aku kata adalah..

Ⓕ︎Ⓐ︎Ⓜ︎Ⓘ︎Ⓛ︎Ⓨ︎ Ⓣ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓖ︎Ⓚ︎Ⓤ︎Where stories live. Discover now