Keesokan harinya..
Pagi..
Di suatu tempat..
??:(bercakap dalam telefon) saya akan pastikan misi kita berjaya dan lepas sahaja saya dapatkan batu tu saya akan beri pada tuan.
??: bagus ingat jangan sampai tertangkap.
??: faham tuan
Panggilan pun tamat. Orang tersebut yang dikenali sebagai "orang upahan" yang diupah untuk mencuri batu zamrud milik nail di rumahnya. Orang tersebut bersiap dengan pakaian lengkap dan bersenjata untuk berjaga-jaga.
Lepastu orang tersebut bersedia di tempat yang sudah dia tetapkan.
Sementara di dalam rumah.
Terlihat sekumpulan keluarga yang sedang bergurau senda di dapur. Atok yang merupakan ayah kepada papa sedang bersembang dengan menceritakan pengalaman nya ketika menjadi presiden China dahulu. Semua mendengar kan dengan khusyuk sambil-sambil mereka bersarapan sebab kejap lagi nak keluar.
Afnan: atok kenapa atok boleh melepaskan jawatan presiden dulu?
Atok: sebab ada orang yang mahu membunuh atok siap hantar pembunuh upahan untuk buhuh atok dan juga keluarga atok. So atok takde pilihan lain. Daripada mati-matian mempertahankan jawatan sampai keluarga tergadai baik atok lepaskan. Paling-paling pun takde sape yg terbunuh. So lepas je atok umum perletakkan jawatan atok. Atok terus pindah ke kawasan kampung yang jauh dari bandar.
Afnan: ouhh kesian atok
Atok: ala benda dah berlaku kan nak buat macam mana. So now hidup atok lebih tenang dah aman dari dulu. Gaji pun masuk sebab atok kan jadi ketua kampung. Hahaha dapatlah jugak duit poket daripada tak dapat langsung tapi atok tak pernah guna duit tu untuk peribadi melainkan atok tolong orang kampung yang susah.
Nail: mulia sungguh hati atok.
Atok: kita kena ingat dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Bukan apa yang kita ada sekarang milik kita tapi apa yang kita beri itu milik kita. Faham
All: ouhhh
Papa: kata-kata yang sangat menyentuh hati.
Atok: dah ke makan semua atok dah tak sabar ni nak jalan-jalan. Hahaha lama tak melancong luar negara.
Nail: nail nak pi panaskan enjin kejap ye
Nail berdiri dan dia terus keluar dari kawasan dapur dan terus ke keluar dari rumah. Lepas semua dah habis makan bibik Afnan mengutip pinggan mangkuk dan juga cawan yang dah digunakan dan letak dalam singki. Mereka semua mula keluar dari dapur dan duduk di ruang tamu. Menunggu nail kata "jom" .
Selang beberapa minit nail masuk dalam rumah dan menjemput mereka semua untuk masuk dalam kereta. Dua kereta alphard sebagai kereta utama dan 10 kereta jeep Mercedes berwarna hitam sebagai eskot serta 12 motor personal. Bodyguard dah ready di kenderaan masing-masing.
Mereka semua masuk dalam kereta yang tersedia. Tak lama kemudian kereta pun bergerak dan mereka ke destinasi pertama iaitu KLCC.
Di sisi lain..
Orang upahan tersebut menyelinap masuk ke kawasan laman rumah dengan berhati-hati kerana ramai bodyguard yang berkeliling di kawasan tersebut. Orang tersebut bergegas untuk masuk ke kawasan rumah. Dengan peralatan yang lengkap dia mengakses password pintu di belakang rumah. Seketika pintu tersebut pun terbuka.
Dia masuk dalam rumah dengan berjengket-jengket dan dengan pakai stokin kerana kalau pakai kasut nanti kesan tapak kasut berkesan di lantai dan itu akan menggagalkan misi dia. Dia mencari pintu yang menuju ke ruangan bawah tanah.
Masa dia dah jumpa pintu yang menuju ke bawah tanah baru dia nak ke sana langkahnya terhenti kerana ada seorang bodyguard yang berjaga. Otak ligat berfikir cara untuk menarik perhatian bodyguard tersebut. Tak berselang lama dia ke dapur dan menghidupkan barang elektrik yang boleh mengeluarkan bunyi yang kuat.
Dalam kiraan tiga semua peralatan elektrik hidup dan itu sangatlah bising. Dia menyorok di suatu tempat ketika bodyguard tersebut sedang memeriksa di dapur. Dengan pantas dia ke pintu tersebut dan terus buka. Dia tutup semula dengan perlahan dan terus turun tangga.
Dengan cepat dia turun. Tibalah dia di bawah tanah. Kawasan bawah tanah yang luas dan yang paling menarik perhatian dia adalah di depannya terlihat satu pintu besi yang besar. Dia mendekati pintu tersebut dan meraba-raba untuk mengetahui jenis pintu tersebut dan password untuk membukanya.
Dia mengeluarkan beberapa peralatan dan cuba membuka pintu tersebut. Dalam kira-kira 10 minit macam tu pintu tersebut berjaya di buka. Dia meletakkan peralatannya di tepi dan masuk ke dalam ruangan keselamatan ataupun lebih dikenali sebagai " Peti besi keselamatan" yang selalunya bank akan menyimpan duit atas jongkong emas.
Langkah nya sekali lagi terhenti kerana terdapat beberapa leser yang mengerumuni bilik tersebut. Kali ni dia memang kena berfikir macam mana nak matikan leser tersebut kerana kalau dia terkena leser tersebut sistem keselamatan akan automatik hidup dan akan menarik mengeluarkan bunyi siren yang kuat dan itu akan menyebabkan menarik perhatian semua bodyguard dan juga polis sekitar.
So dia menggunakan pengalamannya. Dalam lebih kurang 10 minit macam tu dia berputus asa. So nak tak dia kena guna jalan susah. Dia membidik salah satu laser dan seketika laser tersebut padam dan penggera pun berbunyi. Dengan cepat dia berlari kearah batu zamrud dan ambil. Dia letak dalam beg yang dia bawak dan terus berlari keluar.
Di luar rumah..
Pengawal keselamatan apabila mendengar sahaja penggera tersebut berbunyi terus dia menghidupkan sistem keselamatan. Semua pintu pagar dan jalan keluar masuk semuanya ditutup dengan pagar besi. Semua bodyguard dikerahkan ke arah tempat yang berbunyi penggera tersebut. Guard juga telah menelefon polis berhampiran dan serta merta polis bergerak ke rumah.
Berbalik pada pencuri tadi..
Orang tersebut berjaya keluar dari rumah dengan mengikut pintu belakang. Dia terus ke tempat di mana dia masuk tadi. Dengan cepat dia keluar dari kawasan rumah dan terus berlari ke arah motornya yang dia dah letak di tempat tersembunyi. Dia menghidupkan motornya dan segera keluar dari tempat tersebut.
Sementara para bodyguard dan pengawal memeriksa bilik kebal yang telah terbuka dan apa yang paling mereka takutkan sudahpun terjadi iaitu hilangnya batu zamrud milik tuan besar mereka. Mereka semua mula memeriksa sekitar rumah dan mencari jejak² pencuri tersebut.
Sementara guard memeriksa rakaman CCTV yang ada dalam rumah. Mereka memeriksa setiap pelusuk rumah dan tidak tersisa satu pun. Salah sorang dari bodyguard menjumpai sarung tangan dan juga topeng pencuri tersebut yang berada di celah-celah almari di dapur.
Terus bodyguard tersebut ambil dan masukkan dalam satu plastik. Lepastu guard pun menghubungi ketua bodyguard untuk memberitahu apa yang berlaku.
CONTINUE....
MAAF KALAU ADA EJAAN ATAU BAHASA YG TUNGGANG LANGGANG. MAAF KERANA LAMA TAK UPDATE SEBAB AUTHOR SPM UNTUK TAHUN 2023. SO DOAKAN AUTHOR YE SUPAYA DAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG. SO KITA JUMPA PADA EP AKAN DATANG BYE SEMUA...
YOU ARE READING
Ⓕ︎Ⓐ︎Ⓜ︎Ⓘ︎Ⓛ︎Ⓨ︎ Ⓣ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓖ︎Ⓚ︎Ⓤ︎
Romancecerita ini mengesahkan 2 orang lelaki yang berpangkat CEO disebuah syarikat terkemuka.. satu kejadian yang menyebabkan mereka berdua mula rapat dan dari situ cinta mereka mula berputik.. Tengku Afnan seorang lelaki yang baik dan ceria manakala Tengk...