61

119 3 0
                                    

Afnan pov...

Aku hari ni keluar pi beli barang bersama Muizz dan juga para bodyguard aku. Nail tak ikut sebab dia kena kerja and dia cakap banyak kerja yang dia tak siapkan lagi. So dia terpaksa kerja walaupun dia pagi tadi nak ikut aku but aku tak bagi. Kerja adalah urusan pertama but kalau bab keluarga. Keluarga nombor satu and baru kerja.

Aku tetiba rasa nak beli barang kat IOI mall. Sebab bukan je barang dapur tapi barang peribadi. Kitaorang baru je sampai ioi 15 minit yang lalu. So now kitaorang ada kat tempat barang dapur. Macam-macam sayur segar dan buah segar ada. Aku terus ambil plastik dan ambil buat oren, Apel, mangga dan tembikai. And buah anggur dan strawberi.

Aku letak buah yang dah ditimbang dalam troli. Aku perasan sejak dari tadi aku berbelanja banyak mata-mata yang memandang mungkin terkejut kot nampak aku. Aku dah cakap dengan bodyguard yang aku tak nak dikacau sebab aku sekarang nak tenangkan fikiran.

Lepas ke tempat buah kitaorang ke tempat sayur pulak. Untuk sayur aku tak memilih cuma yang memilih sayur ni adalah nail dia tu walaupun main gym tapi kalau bab makan sayur memang susah sikit. So aku terpaksa ambil sayur yang dia makan. Tapi ada gak aku ambil sayur yang akan rasa teringin nak makan.

Lepas timbang sayur-sayur tadi diletakkan dalam troli. Muizz ikut je aku dari belakang. Muzakki dengan team setia memerhatikan setiap langkah orang-orang yang ada disekeliling.

1 jam kemudian...

Kitaorang keluar dari tempat jualan barangan dapur dan ke destinasi seterusnya iaitu Baskin Robbins. Yes tempat aiskrim aku memang mengidam nak makan aiskrim kat situ. Kitaorang turun ke tingkat 2 dan bila nampak je kedai Baskin Robbins tu terus aku bergegas ke sana. Muizz dengan bodyguard sampai berlari anak mengikut rentak aku.

Sampai di Baskin Robbins aku pun terus order aiskrim aku. Aku ada offer yang lain aiskrim but yang nak Muizz dengan Muzakki and team. Bodyguard yang lain tak nak katanya dah kenyang and ada yang kata tak makan manis. So aku suruh mereka pilih aiskrim diorang.

Sementara nak tunggu aiskrim siap aku duduk kat meja berdekatan kedai tersebut. Duduk sambil melihat telefon manalah tau ada orang mesej. Beberapa minit kemudian pesanan aiskrim aku siap. Aku ambil aku punya dan letak atas meja. Aku juga bagi aiskrim pada yang order tadi.

Aku pun duduk tempat aku dan mula makan aiskrim. Emmm sedapnya..lama tak makan last makan sebelum pregnant. Aku pun menikmati aiskrim aku.

Tanpa ada yang perasan seorang lelaki berdekatan kedai Baskin Robbins sedang memerhatikan Afnan dan yang lain. Dan sesekali dia akan berkomunikasi dengan seseorang menggunakan earphone yang dia guna. Sesekali dia mengambil gambar dan yang lain untuk ditunjukkan pada seseorang.

Muzakki dan team sedang makan aiskrim mereka sebelah meja Afnan. Salah sorang dari mereka terperasan kehadiran lelaki yang tak dikenali.

Fauzan: weh korang. Korang nampak tak orang yang duduk kat sana.

Kata dia dengan nada berbisik dia tak nak bagi Afnan dengar. Semua pandang orang yang dimaksudkan.

Ilham: kenapa dengan dia?

Fauzan: korang tak sedar ke? Sejak kita masuk tadi sampai sekarang dia ikut kita. Aku perhati je dari tadi.

Hafis: dia perisik ke?

Muzakki: boleh jadi. Ilham dengan Fauzan aku nak korang pi kat dia dan soal siasat. Aku dengan Hafis tunggu sini. Lepas dah dapat maklumat bagitau pada kitaorang apa yang korang dapat. Faham

Ilham & Fauzan: faham tuan

Muzakki: buat kerja ni senyap-senyap faham

Ilham: baiklah.

Ⓕ︎Ⓐ︎Ⓜ︎Ⓘ︎Ⓛ︎Ⓨ︎ Ⓣ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓖ︎Ⓚ︎Ⓤ︎Where stories live. Discover now