62

123 4 0
                                    

Author pov..

Nail situasi..

Sekarang nail bersama bodyguard berada di balai polis untuk berjumpa dengan ketua polis. Setelah disuruh menunggu selama 15 minit akhirnya ketua polis datang dan menyuruh nail untuk masuk ke dalam pejabatnya.

Nail disuruh duduk oleh ketua polis.

Ketua polis: selamat datang Tengku maaf buat Tengku menunggu. Saya tadi di rumah patutnya saya cuti tapi bila orang saya bagitau yang Tengku datang terus saya bergegas ke sini.

Nail: maafkan saya sebab buat tuan kelam kabut. Dan mengganggu cuti tuan

Ketua polis: tak mengapa Tengku. So kenapa Tengku nak jumpa saya?

Nail: ni tuan saya nak minta bantuan tuan. Ketua bodyguard isteri saya bagitau saya semalam masa mereka ke mall ada seseorang yang tak dikenali mengikut diorang.

Ketua polis: perisik ke?

Nail: katanya ahli kongsi gelap. Namanya geng anjing hitam.

Ketua polis: emm..apa lagi yang mereka buat?

Nail: setakat ni cuma itu. Saya mahu minta bantuan tuan untuk settlekan hal ni.

Ketua polis: saya tau orang yang sesuai untuk uruskan hal ni jap saya call orang tu.

Nail: baiklah tuan.

10 minit kemudian..

Seseorang datang dan menghadap.

Ketua polis: perkenalkan Tengku ini Muhammad Zarif rasdan bin Abdullah. Inspektor yang menguruskan kes² gengster dan kongsi gelap.

Zarif: (tunduk) selamat berkenalan.

Nail: selamat berkenalan.

Mereka berdua bersalaman.

Ketua polis: inspektor kamu akan uruskan kes Tengku nail.

Zarif: baiklah tuan. Mari Tengku kita bincang di ofis saya.

Nail berdiri dan ikut inspektor dari belakang. Sampai di bilik inspektor nail bersama bodyguard masuk dan nail duduk di sofa.

Zarif: jadi Tengku nail. Tengku ada cakap orang yang mengintip Tengku Afnan adalah dari kumpulan anjing hitam betul?

Nail: betul

Zarif: emm ada tak Tengku syak sape² yang bersubahat dalam kes ni

Nail: saya tak tau.

Zarif: takpe² macam nilah. Tengku boleh tak bagi saya nombor telefon dan juga alamat rumah. Nanti saya akan bercakap dengan team dan juga kitaorang akan buat perbincangan lah macam mana nak selesaikan kes ni.

Nail: baiklah kalau macam tu.

Nail terus bagi nombor telefon dan juga alamat nya pada inspektor. Lepastu mereka berborak sikit. Lepas je berborak nail beransur balik. Mereka berdua bersalam dan nail terus keluar dari bilik inspektor. Keluar sahaja nail inspektor terus capai telefon nya dan mesej teamnya. Lepastu dia duduk di meja kerjanya dan buat kerja.

6 petang..

Inspektor keluar dari pejabat polis dan terus masuk ke keretanya. Dia hidupkan enjin dan terus pecut balik ke rumah. Dari pejabat nak balik ke rumah tak jauh dalam 40-45 minit je. Tiba sahaja di rumah dia terus meletakkan keretanya di garaj dan terus masuk ke rumah.

Inspektor: Seok!

Panggilnya. Beberapa minit kemudian orang yang dipanggil muncul.

Seok: Yes honey

Ⓕ︎Ⓐ︎Ⓜ︎Ⓘ︎Ⓛ︎Ⓨ︎ Ⓣ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓖ︎Ⓚ︎Ⓤ︎Where stories live. Discover now