Nail pov
Pagi..
Aku: sayang awak dah siap
Kata aku di luar bilik. Tadi aku turun nak pi panaskan enjin kereta. Masa aku nak keluar tadi si afnan tengah bersiap. Ni tengah tunggu dia sekarang. Beberapa minit kemudian dia keluar. Aku dengan afnan turun dari tangga dan pi kejap ke ruang tamu nak jumpa mami daddy.
Afnan: mami daddy kitaorang nak gerak ni
Daddy: ouh ok nanti kirimkan salam mami daddy kat diorang ye
Afnan: baiklah
Aku dengan afnan salam dan kitaorang keluar. Muzakki dengan team dia bersama dengan bodyguard aku dah siap kat luar. Diorang tak tau lagi yg Afnan ni pregnant nantilah aku bagitau. Kitaorang ke kereta dan afnan masuk dahulu. Lepas afnan masuk kereta baru aku masuk and diikuti Muzakki dengan team di kereta depan dan bodyguard aku di kereta belakang.
Lepas semua dah masuk kereta baru Muzakki gerak dan aku follow belakang dia dan bodyguard aku follow kereta aku. Disebabkan hari ni hari orang kerja so aku rasa jalan tak jem. Lainlah kalau dah petang memang jem lah jalan sebab orang balik kerja kan.
Disebabkan afnan sekarang tengah pregnant so aku dah siap bekalkan buah yg di isi dalam tupperware and buah tu aku letak kat samping afnan. So now dia tengah makan buah. Aku nak cerita malam tadi pukul 4 pagi dia kejutkan aku. Nak tau kenapa? Sebab dia lapor and dia minta aku masakkan dia nasi goreng. Aku pun cakap lah dengan dia " sayang kan tengah malam ni besok tak boleh" tapi suara aku lembut lah. Dia dengan tak bersalahnya buat muka kesian aku pun lama-lama cair gak. So apa boleh buat buatkan jelah.
Dapat lah dia makan nasi goreng. Serius masa aku masak tu hampir nak hangus nasinya sebab yelah baru je bangun tidur kan rasa ngantuk tu ada lagi. Pukul 4:15 baru siap nasi goreng nya. Aku pun temanlah dia makan sampai dia habis. Lepastu aku dengan dia naik balik ke bilik and sambung tidur.
Aku suka tengok Afnan makan comel sangat. Tapi dia tak suka orang tengok dia makan so aku kalau tengok dia makan kena senyap-senyap jangan bagi dia tau aku pandang dia kalau tak melekat penumbuk kat pipi aku.
Aku: wahh sedapnya sayang makan
Afnan:(toleh) abang nak ke?
Aku: boleh jugak
Afnan ambil sepotong buah dan hulur kat aku. Aku pun apa lagi buka mulut and armmm terus kunyah buah dalam mulut.
Afnan: abang yg potong ke buah ni ke mami?
Aku: abanglah
Afnan: ouh ye bila masa pulak abang buat sayang tak nampak pun
Aku: tadi masa sayang bersiap.
Afnan: jauh lagi ke nak sampai?
Aku: tak dalam 10 minit lagi sampai lah
Afnan:(angguk)
Tak lama setelah aku cakap tu kitaorang sampai di rumah mama papa aku. Kereta diparkir di laman rumah dan kitaorang semua turun semua turun dari kereta. Kitaorang berjalan ke pintu rumah sebelum masuk aku ketuk dulu and baru masuk.
Aku: asalamualaikum!! Papa mama
Tetiba dari arah ruang tamu.
??: Waalaikumussalam masuk lah
Kitaorang terus jalan ke ruang tamu dan jumpa dengan mama papa. Kitaorang salam dengan diorang dan kitaorang duduk.
Mama: aikk tak bagitau pun nak datang
Nail: saje nak buat surprise
Papa: kamu berdua sihat
Afnan: sihat alhamdulillah mama papa sihat
YOU ARE READING
Ⓕ︎Ⓐ︎Ⓜ︎Ⓘ︎Ⓛ︎Ⓨ︎ Ⓣ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓖ︎Ⓚ︎Ⓤ︎
Romancecerita ini mengesahkan 2 orang lelaki yang berpangkat CEO disebuah syarikat terkemuka.. satu kejadian yang menyebabkan mereka berdua mula rapat dan dari situ cinta mereka mula berputik.. Tengku Afnan seorang lelaki yang baik dan ceria manakala Tengk...