54- Jepun day 4

96 5 0
                                    

Nail pov...

Sekarang kitaorang berada di sebuah muzium di Tokyo. Lepas je kitaorang dibenarkan masuk tadi kitaorang terus berjumpa dengan ketua muzium. Yang merupakan seorang professor terkenal di Jepun.

Dia ada menerangkan sedikit sejarah tentang beberapa barang yang ada dalam muzium ni. Aku kalau bab² sejarah ni aku boring sikit yelah korang pun mesti faham kan why. Aku tak berapa tertarik sangat dengan barang-barangnya yang antik ni. But akan tertarik dengan satu barang ni yang berupa berlian yang sangat cantik. Profesor ada cakap yang berlian ni merupakan hak milik Jerman yang bernilai hampir 1 million.

Lepas je dah pusing-pusing sekitar muzium hampir 1 jam bang long (Affan) ajak kitaorang ke tempat seterusnya. Masa nak keluar dari muzium tetiba ramai orang menghampiri kitaorang. Bila aku tanya bodyguard sape diorang ni semua bodyguard cakap yang mereka ni adalah wartawan. Abang Affan terus suruh sebahagian bodyguard nya untuk ambil kereta dan sebahagian nya lagi membuat satu barisan yang menghalang wartawan dari mendekati kitaorang.

Wartawan melontarkan beberapa soalan dan cuba ajak bicara tapi abang Affan menghalang kitaorang untuk cakap. Bukan kata abang Affan ni sombong ye cuma abang Affan tak nak benda ni lagi tersebar. Sebab yelah dia ni Kana Mafia walaupun dia mafia yang terhormat tapi dia kena juga jaga privasi keluarga.

Bila kereta dah tiba di pintu utama muzium bodyguard terus buat laluan untuk kitaorang masuk dalam kereta. Lepas semua dah masuk baru bodyguard masuk dalam kereta masing-masing dan gerak.

Affan: macam mana wartawan boleh tau kita kat muzium?

Aziz: adik tak pasti bang tapi adik rasa ada seseorang yang bagitau pasal ni pada wartawan. Nak adik siasat?

Affan: (angguk) suruh beberapa orang kita siasat sape yang bocorkan lokasi kita.

Aziz: baiklah.

Aku melihat Afnan di sebelah. Dia leka dengan tab nya dan juga makanan di disebelah nya.

Aku: sayang..oo sayang

Afnan: em

Jawab Afnan tapi mata tak pandang aku.

Aku: emmm..sayang nak tak rumah sendiri?

Terus dia pandang aku.

Afnan: nak!!

Kata dia dengan semangat.

Aku: emm sayang nak rumah macam mana?

Afnan: emm pasal tu sayang tak kesah asalkan selesa untuk kita dengan anak nanti cukup. Tak perlu besar-besar pun takpe. Sebab kita cuma tinggal sementara bukan selamanya

Perghhhh pedih siot ayat tu menusuk jantungku hahahaha.

Aku: ok kalau sayang cakap macam tu.

Aku peluk dia dari tepi.

Aku: abang janji..abang akan beli rumah secepat mungkin sebelum sayang bersalin

Afnan: ok kita tengok je nanti

Affan pov...

Lokasi kitaorang seterusnya adalah sebuah restoran yang cukup terkenal di Tokyo. Disebabkan kitaorang tak sarapan tadi. Sarapan pun makan roti je so aku cadang nak bawak diorang ni sarapan kat restoran. Parking je van terus aku buka pintu van. Sorang demi sorang keluar. Orang terakhir keluar adalah afnan lepastu aku tutup pintu van dan kitaorang semua masuk dalam restoran.

Masuk je aku terus bagitau nama aku dan kitaorang di bawa ke satu meja yang aku dah booking. Kitaorang di bawa ke tempat vip. Sampai sahaja di meja VIP kitaorang ambil tempat masing-masing dan duduk. Lebih kurang macam nilah bentuk nya.

Ⓕ︎Ⓐ︎Ⓜ︎Ⓘ︎Ⓛ︎Ⓨ︎ Ⓣ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓖ︎Ⓚ︎Ⓤ︎Where stories live. Discover now