Nail pov
Beberapa hari kemudian...
Pagi..
Aku hari ni rasa lebih bersemangat dari hari-hari aku yang lain sebab Afnan baru beritahu aku beberapa hari lepas yang doctor call dan cakap yang check up seterusnya kitaorang dah boleh tau jantina baby kitaorang!! Arghhh seronoknya tak sabar nak tau!!.
Aku sekarang tengah tunggu Afnan bersiap kat atas. Lepas je aku panaskan enjin kereta tadi aku pun lepak kat ruang tamu. Borak dengan mami dan papa.
Mami: nanti kalau dah dapat tau cepat-cepat tau bagitau kitaorang
Aku: baiklah mami.
Papa: papa tau kamu mesti tak sabar kan tengok muka tau excited gile
Aku: mana taknya papa. Dah berapa lama tunggu akhirnya hari ni dapat jugak tau.
Papa:(angguk) harap-harap sepasang lah
Beberapa minit kemudian.. Afnan turun dari tangga dengan membawa dua beg di tangannya. Aku yang perasan terus berlari kearah Afnan dan ambil beg yang dia pegang.
Aku tengok pun takut bila tengok dia turun dari tangga. Yelah perut dah besar entah nampak ke tidak tangga bila turun tu kang kalau tergelincir ke atau tersalah pijak ke kan tak naye tu.
Aku dengan Afnan salam mami dengan papa sebelum keluar. Pesanan yg sama mami cakap kat aku tadi. Lepas dah bersalam kitaorang berdua keluar dari rumah dan aku terus ke kereta untuk letak barang. Afnan tengah pakai selipar. Lepas dia dah pakai selipar dia berjalan kearah kereta dan masuk bila aku membukakan pintu untuknya.
Bodyguard hari ni tak ikut sebab saje. Aku bagi cuti hari ni. Lagipun bukan ada apa pun hari ni so aku bagilah diorang berehat kat rumah. Lepas Afnan dah masuk kereta aku tanpa menunggu lama terus tekan minyak dan keluar dari kawasan rumah.
Dalam kereta...
Aku: buku pink tu ada bawak sayang?
Afnan: ada dalam beg.
Aku: ouhh good
Afnan: ieee tak sabarnya nak tau boy or girl anak kita abang!
Suara kegirangan dari Afnan membuatkan aku lagi tak sabar. Afnan adalah satu-satunya manusia yang boleh membuatkan aku senyum sampai ke telinga selain dia no. Walaupun mama daddy aku. Sebab aku dikenali sebagai orang yang sombong, bongkak, kedekut, tamak, kaya raya dan sebagainya. Tapi semuanya berubah bila aku dah mula mengenali Afnan dia dah banyak ubah aku.
Aku: abang harap kalau boleh dapatlah kembar. Kan lagi seronok ramai lah sikit nanti rumah.
Afnan: sayang pun harap macam tu. Kembar lagi bagus takdelah nanti anak kita main sorang-sorang takde kawan kan?
Aku: betul-betul
Aku capai tangan Afnan dan pegang erat. Sambil-sambil tu aku usap pelan-pelan.
Aku: abang happy sangat tau hari ni
Afnan: sayang tau. Kalau tak takdenya abang akan bangun pukul 5 pagi kan
Aku: ehhh macam mana sayang tau?
Afnan: teka?
Aku: emmm..
Aku buat muka macam berfikir. Beberapa saat kemudian kitaorang berdua gelak bersama.
Skip klinik..
Sampai di klinik tempat selalu Afnan buat check up. Lepas aku dah dapat parking aku terus matikan enjin dan keluar dari kereta. Aku ke pintu Afnan dan bukakan untuk dia. Dia keluar dengan membawa beg. Lepas aku kunci kereta kitaorang berdua berjalan masuk ke dalam klinik.
YOU ARE READING
Ⓕ︎Ⓐ︎Ⓜ︎Ⓘ︎Ⓛ︎Ⓨ︎ Ⓣ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓖ︎Ⓚ︎Ⓤ︎
Romancecerita ini mengesahkan 2 orang lelaki yang berpangkat CEO disebuah syarikat terkemuka.. satu kejadian yang menyebabkan mereka berdua mula rapat dan dari situ cinta mereka mula berputik.. Tengku Afnan seorang lelaki yang baik dan ceria manakala Tengk...