64

162 4 0
                                    

Author pov

Seminggu kemudian...

Nail situasi..

Nail dan juga Afnan bergerak ke airport untuk menjemput atok dan pak cik nya. Beberapa hari lepas pak cik Xu menelefon nail dan memberitahu yang dia akan ke Malaysia pada minggu hadapan so maksudnya hari ini.

Pagi-pagi lagi nail dan Afnan dah bangun untuk bersiap. So now tunggu flight sampai. Nasib baik tak sampai beberapa minit pak cik Xu telefon dan dia cakap kapal dah landing. Terus nail dan Afnan pergi ke tempat  di mana atok dan pak cik akan turun.

Di tempat tunggu tersebut ada disediakan beberapa kerusi so Afnan terus duduk sambil tu menunggu dengan dikawal oleh bodyguard dan beberapa pengawai polis.

Selang beberapa minit kelibat atok, pak cik Xu yang sedang bawa stroller dan juga isterinya cik Liu Te. Terus nail dengan Afnan menuju kearah mereka dan menyambut kedatangan mereka.

Afnan: atok!

Atok: cucu atok!

Mereka berdua berpelukan..lama diorang berpeluk nak lepaskan rindu masing-masing. Nail salam pak cik Xu dan cik Liu Te sementara Afnan sedang berpelukan dengan atok. Lepas beberapa minit Afnan lepaskan pelukan dan cium pipi atok.

Atok: kamu apa khabar Afnan?

Afnan: sihat atok.

Atok: mami papa kamu mana? Tak ikut?

Afnan: tak tapi diorang sekarang tengah tunggu kat rumah.

Atok: ouhh

Nail pulak bersalam dengan atok. Afnan bersalam dengan pak cik Xu dan cik Liu Te.

Pak cik Xu: apa khabar kamu Afnan?

Afnan: sihat

Liu Te: dah berapa bulan tu?

Afnan: dah 7 bulan. Hujung bulan ni bersalin lah

Liu Te: ouhhh tahniah

Afnan: terima kasih

Nail menyuruh bodyguardnya untuk membawakan barang atok dan yang lain. Mereka semua jalan bersama-sama sampai keluar dari airport. Masuk sahaja barang-barang dalam kereta terus kereta bergerak balik ke rumah selepas semua dah masuk dalam kereta.

Dalam perjalanan mereka habiskan masa dengan berborak. Macam-macam yang diceritakan. Nasib baik Afnan dah stanby kan car seat baby. Atok tak berhenti bercerita dari mula sampai airport tadi. Seronok bila dapat berborak dengan orang tua.

1 jam kemudian..

Sampai di rumah mereka terus keluar dari kereta. Barang-barang mereka di angkat oleh bodyguard dan bawa masuk ke bilik tetamu. Tercengang atok, pak cik Xu dengan cik Liu Te bila melihat rumah nail dengan Afnan.

Atok: besarnya rumah kamu Afnan?

Afnan: hahaha takde besarnya

Nail: jom masuk mami dengan papa dah tunggu kat dalam

Mereka semua mula bergerak masuk ke dalam rumah. Mereka semua terus ke ruang tamu sebab mami papa ada kat situ. Bila mereka mendengar bunyi pintu terbuka terus mami dengan papa berdiri. Dan bila melihat kelibat atok mami orang pertama yang berlari dan peluk bapak mertua nya.

Mami: ayah apa khabar? Sihat?

Atok: ayah sihat syukur. Menantu cantik ayah ni sihat?

Mami:(senyum) terlebih sihat (tergelak kecil)

Atok: baguslah.

Mami peluk atok sehingga air mata mami jatuh menitis ke baju belah bahu atok. Sebak mula menyelubungi hati papa. Lepas mami puas peluk papa pulak bersalam dengan ayahnya dan peluk. Mami menyalam pak cik Xu.

Ⓕ︎Ⓐ︎Ⓜ︎Ⓘ︎Ⓛ︎Ⓨ︎ Ⓣ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓖ︎Ⓚ︎Ⓤ︎Where stories live. Discover now