RECAP

130 22 5
                                    

Theo Atlas atau nama sebenarnya Theo Draegan merupakan seorang pencuri pada asalnya. Bersama-sama 3 sahabatnya, ken Avian , Xavier dan Xara Xiaffiar, dia mula berlayar di lautan luas setelah menemukan sebuah kompas lagenda yang bakal membawa mereka ke sebuah harta lagenda, Urre Gold.

Mereka merentasi satu persatu pulau dan satu persatu benua yang ada. Dan mengumpul kru-kru kapal yang terdiri daripada mereka-mereka yang hebat dan kuat.
Mereka menemui Aigle Derraine di sebuah pulau kecil bernama zambisea di benua Azurea..
Seterusnya bertemu dengan Ashley dan Keith Damien sebelum terperangkap di sebuah perang kecil di benua Euloth.

Sebuah perang kecil yang telah menyebabkan Theo nyaris maut sebelum Canavar mengambil keputusan untuk menyelamatkannya. Dia cuba untuk mengambil alih badan Theo sepenuhnya tetapi dihentikan oleh seorang lanun lagenda, Wick Heyes.

Setelah perang kecil di Euloth tamat, mereka merentasi sempadan ke benua Metaffiera. Sebuah benua yang 3/4 darinya adalah kawasan bersalji. Mereka bertemu dengan seorang lagi lanun lagenda dalam pertarungan sengit di markas Platinum.

Blackstone Balthier..

Seorang lanun lagenda yang ramai percaya telah hilang di 5 penjuru latitud. Kapten Blackstone telah membawa mereka ke markasnya yang telah dibina di sebuah pulau tersembunyi di benua Metafierra. Dan di situlah semuanya terbongkar.

Theo mendapat tahu bahawa dia bukan hanya seorang lanun biasa. Ayahnya merupakan seorang Overlord. Pemerintah dunia. Ibunya meninggal ketika melahirkannya. Dan dia dilahirkan kaku dan tanpa nyawa. Di saat itulah Canavar yang ketika itu sedang nazak, mengambil keputusan untuk meminjam badan Theo sekaligus memberikan dia kehidupan yang baru. Juga memberi nyawa kepada bayi itu. Di hari kelahiran Theo jugalah hari di mana Overlord menghilangkan diri.

Perang dingin antara 5 benua tercetus apabila 5 pemimpin dari 5 pasukan pertahanan mula berebut kuasa untuk menggantikan tempat Overlord. Dan perang dingin itu telah memberi kesan kepada 5 benua itu sendiri.

Sebaik mengetahui hal itu, Theo menjadi murung seketika. Namun begitu, perjalanan harus diteruskan. Untuk menamatkan perang itu mereka harus menemukan Overlord. Dan dengan mencari Urre Gold lah akan membawa mereka kepadanya.

Pengembaraan mereka diteruskan lagi. Sehingga mereka menemukan seorang lagi kru bernama Blade. Seorang lelaki yang memilik kekuatan yang tersembunyi. Di sebuah pulau yang telah dihancurkan oleh seekor naga bernama Zordath.

Mereka kemudiannya menjejakkan kaki ke sebuah pulau bernama Richorna Archipelago. Pulau yang merupakan 1/2 perjalanan sebelum mereka tiba di tempat persemadian si harta lagenda. Di situ mereka menemui Erika.. adik kepada Keith.. sesuatu yang mengejutkan apabila mereka mendapat tahu bahawa Keith merupakan anak kepada Lieutenant Commander pasukan pertahanan Alpha. Kebetulan pula cebisan urre gold yang ke 14 berada di headquarters Alpha di benua Oska. Kini pelayaran ini membawa mereka ke benua ke empat daripada 5 benua.

Apa yang bakal berlaku pada Theo dan rakan-rakannya?

The epic adventure continues
Beast and a voyage, chapter three

..............................................................................

Assalamualaikum semua..

Mula2 sekali author nak memohon beribu2 kemaafan kepada semua yang masih setia bersama BAAV sampai ke hari ini.. banyak yang dah berlaku sepanjng beberapa tahun ni.. author ingat lagi author start tulis buku ni time author still student kat uitm.. lpastu kerja.. kawen n sekarang dah ada anak pun.. dah 2 tahun lebih rasanya author dah tak menulis.. muse author dah hilang.. author dah xsekreatif dulu.. stiap kali author try nak menulis.. otak author blank..

Smpailah satu hari tu author baca buku dari tere liye.. series bumi.. author jadi bersemangat balik nak menulis.. author pun cari balik account wattpad n sayangnya.. author dah tak boleh nk access lagi.. jadinya.. selamat datang ke akaun baru author.. profile pic tu kenalkan.. Noah Aiden.. anak author ❤️

Apa2 pun.. dengan sekarang author kerja, anak n family.. author tak banyak masa nak menulis.. tapi author harap author akn tetap konsisten utk tamatkn buku ni.. harap korang boleh bersabar ngan author..

Lastly.. ahhh it sooo good to be back! 🤣
Lets keep up and wish me luck 💪🏻

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Where stories live. Discover now