"Siapa kau?" soal Ken. lelaki dihadapannya itu tersenyum sumbing.
"Kau dah masuk rumah aku, kacau aku tidur, ada hati nak tanya aku siapa ya?" lelaki itu bangkit dari duduknya sebelum menggeliat kuat. seperti baru bangun dari satu tidur yang panjang dan nyenyak.
"M-maaf kami dah masuk rumah kau tanpa kebenaran. kami ingatkan runtuhan ni runtuhan terbiar." jelas Xara. manakan tidak, runtuhan ini memang tidak layak dipanggil rumah pun. dengan semak samun meninggi di kawasan sekeliling, lumut dan tumbuhan menjalar yang tumbuh mengelilingi dinding yang kotor dan berdebu.
"Tapi.. boleh kami tahu siapa kau? dan kenapa kau tinggal dekat sini? ada orang lain lagi ke dekat sini? pulau ni nampak macam tak berpenghuni.." soal Blade pula bertalu-talu.
"Hei hei.. banyak betul soalan kau untuk orang tua yang baru saja bangun tidur macam aku.." lelaki itu berlalu ke sebuah lagi bilik yang terletak di sebelah biliknya. pintu bilik itu yang hanya tinggal separuh ditolak perlahan dan kaki melangkah masuk. Xara, Newt, Blade dan Ken mengekori langkah lelaki aneh itu.
rupa bilik itu seperti sebuah dapur. dan ianya lebih teratur dan dijaga. nampaklah seperti lelaki tua itu sudah lama tinggal di situ. lelaki itu mengambil satu jag besi lalu diletakkan di atas dapur kayu. api dinyalakan dan dibiarkan air didalam jag itu mendidih. sebelum dia mengambil tempat di atas sebuah kerusi batu. mata dihalakan ke arah 4 sekawan itu.
"Sebelum aku jawab persoalan kau tu.. Beritahu aku.. macammana kalian boleh sampai ke pulau ni?" soal nya.
"Kitorang naik kapal lah! tak kan jalan kaki pulak." ujar Ken, loyar buruk.
"Adoii!!" dan mendapat satu ketukan senduk kayu di atas kepalanya oleh lelaki tua tadi.
"Maaf tapi, apa maksud pak cik?" soal Xara.
"Pulau ni namanya Pulau Sandia.. sebuah Pulau terlindung dari pandangan mata manusia.. jadi aku nak tahu, macammana kalian boleh sampai ke sini?" Xara dan Ken berpandangan sesama sendiri. Pulau Sandia.. macam pernah mereka dengar nama pulau ini.
"Kenapa pulau ni terlindung dari mata manusia? kitorang boleh saja nampak pulau ni dari jauh masa berlayar tadi?" soal Newt pula.
lelaki tua itu terdiam. dahinya sedikit berkerut memandang anak-anak muda dihadapannya. jelas sekali budak-budak ini bukan budak-budak biasa. setahunya, hanya sekali sahaja pulau ni pernah didatangi manusia, dan itu telah berlaku lebih 26 tahun yang lalu. dan itu adalah zaman kejatuhannya. kedatangan mereka ini membuatkan dia teringat akan waktu itu, waktu dia, pahlawan terkuat Pulau Sandia dikalahkan oleh seorang lanun yang tiba-tiba muncul entah dari mana mencabarnya di sini.. di gelanggang ini..
"Aku rasa kalian patut pergi dari sini.." ujar lelaki itu sebelum bangkit lalu memasukkan beberapa kuntum bunga camomile liar yang disimpan di dalam satu balang kaca, ke dalam air yang sedang mendidih di dalam jag di atas dapur.
Xara, Ken, Newt dan Blade berpandangan sesama sendiri lalu melangkah keluar dari dapur itu.
"Aku rasa kita kena cari Theo." ujar Xara. yang sudah mula ingat, kenapa nama Pulau Sandia begitu tidak asing di telinganya.
"Aku rasa lelaki tua tadi tu, Zidan.." ujar Ken pula. turut mendapat semula ingatannya. Newt dan Blade terpinga-pinga.
"Siapa Zidan?" soal Newt.
"Korang ingatkan yang aku pernah ceritakan sebelum ni.. tentang siapa Theo sebenarnya?" soal Xara. Newt dan Blade mangangguk.
"Pulau Sandia adalah pulau kelahiran ibu Theo, Elena. di pulau ni jugaklah Overlord pertama kali berjuma dengan Elena. dan Zidan tu, bekas tunang Elena yang telah dikalahkan oleh Overlord dulu.." jelas Xara lagi. membuatkan Newt dan Blade tercengang.
"Jadi, kita kena cari Theo sekarang.." sambung gadis itu lagi dan terus membuka langkah. diikuti rakan-rakannya yang lain. sebelum mereka meninggalkan tempat itu, sempat Blade melangkah masuk ke bilik yang menjadi tempat tidur lelaki tua tadi. buku yang digunakan oleh lelaki itu untuk menutup wajahnya sewaktu tidur tadi dicurinya tanpa disedari oleh sesiapa. Dasar ulat buku!
......................................................................
"Tuan Everit, maaf kalau aku bertanya.. masa kami sampai di sini, kami terjumpa satu perkampungan yang telah musnah tak jauh dari tebing pantai tempat kami berlabuh.. apa yang berlaku pada kampung tu?" soal Keith.
mereka kini sedang enak menjamu selera yang telah dihidangkan oleh isteri Everit, Visya. Walaupun lelaki-lelaki itu adalah orang asing yang agak mencurigakan, namun sebagaimana mereka mampu menemukan pulau ini, Everit yakin yang mereka sampai ke sini bersebab. kerana tak mungkin halangan perlindungan yang dibina disekeliling pulau ini dibuka kepada orang asing sewenang-wenangnya. mungkin sebenarnya mereka bukanlah orang asing?
"dulu pulau Sandia dipecahkan kepada 5 puak. Puak Owhia, Puak Valva, Puak Hatra, Puak Jaya dan Puak Zenu. perkampungan yang kalian jumpa itu adalah perkampungan lama Puak Owhia. selepas aku mengambil alih kuasa sebagai ketua pulau dari ayahku, Chief Allard, 15 tahun lalu, kami membuat kata sepakat untuk menyatukan semua puak dalan satu perkampungan sahaja. jadi, kami tinggalkan kampung lama kami dan mula mencari tempat yang lebih luas untuk dijadikan sebagai perkampungan." jelas Everit.
"Kau anak kepada Chief Allard?" soal Theo, tertarik. Tak sangka yang Allard mempunyai seorang lagi anak. Everit mengangguk.
"Dia kat mana sekarang?" soal lelaki itu lagi. Everit berkerut dahi. pelik.
"Dia dah meninggal dunia.. 15 tahun yang lepas. kenapa kau tanya? kau kenal ayah aku?" Theo tersentak mendengar khabar duka itu sebelum melepaskan keluhan berat.
Xavier dan Keith memandang kapten mereka yang kelihatan kecewa itu.
"Siapa kau sebenarnya?" soal Everit. semakin bertambah curiganya pada lelaki yang merupakan kapten kepada lanun-lanun itu. lama Theo berdiam diri sebelum dia akhirnya bersuara.
"Aku.. nama aku.. Theo Atlas Draegan.. anak kepada Elden Draegan dan.. Elena dari Pulau Sandia.."
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasy*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
