Kenton membawa Theo, Xavier dan Keith ke sebuah perkampungan yang terletak jauh ke dalam hutan tebal. kira-kira lebih 10km dari pesisir pantai. Perkampungan yang satu ini langsung tidak sama dengan perkampungan yang baru mereka lihat tadi. perkampungan ini kelihatan lebih maju. rumah-rumah diperbuat daripada kayu yang diukir cantik. dan saiz-saiz rumah disitu lebih besar. jika hendak dibandingkan dengan perkampungan yang telah terbiar itu, rumah-rumah hanyalah bertiangkan buluh dan bersaiz sangat kecil.
Permandangan di perkampungan itu sangat cantik. malah mereka seperti tidak berada di tengah hutan. perkampungan itu terletak di kawasan lapang yang sangat luas. berlatar belakangkan bukit bukau. juga terdapat kebun sayuran, ladang ternakan juga terdapat beberapa petak sawah padi yang masak menguning. satu permandangan yang sangat memukau. dan lagi, perkampungan itu sangatlah besar.
"Selamat datang ke perkampungan kami.." ujar Kenton sambil mendepakan tangan. bangga sebaik melihat reaksi lelaki-lelaki di hadapannya itu. iyalah, sudah lama tidak ada yang menyinggah ke Pulau Sandia. Kenton sendiri juga tidak pernah bertemu dengan orang luar seumur hidupnya. inilah kali pertama dia bertemu dengan lanun.
"Ini perkampungan Puak Owhia?" soal Xavier.
"Tak lah.. ini perkampungan kami.. semua puak yang ada dekat Pulau ni sudah bersatu hidup dalam satu perkampungan ni.. Marilah.. aku bawa kau jumpa ayah aku." Kenton berjalan masuk ke dalam kampung.
Ramai penduduk lalu-lalang menjalankan kegiatan mereka. kanak-kanak juga berlari kesana-kesini sambil bergelak ketawa. dan kesemua mereka memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit haiwan. hampir semua warga yang mereka jumpa menegur Kenton. walaupun budak itu kelihatan seperti baru berumur 9 ke 10 tahun, sepertinya dia sangat disegani dan dihormati oleh penduduk. mungkin kerana dia anak kepada ketua pulau ini.
Kenton berhenti di hadapan sebuah rumah yang agak besar. mungkin lebih besar dari rumah-rumah lain yang ada di kampung ini.
"Kau tunggu di sini." ujarnya lalu menghilangkan diri ke dalam rumah.
"Theo.. kau ok ke?" soal Keith melihat Theo yang sejak tadi hanya diam membisu.
"Kau rasa dia ada lagi tak?" soal lelaki itu.
"Siapa maksud kau?" Theo terdiam sambil menggigit bibirnya. tiba-tiba dia rasa gementar.
"kau dapat rasakannya, Atlas? kuasa Tyrat.. Dia masih ada di sini.." ujar Canavar sambil tersengih menampakkan giginya yang bertaring tajam.
"Tyrat?" gumam Theo perlahan. kenapa dia macam pernah dengar nama tu.
"Tyrat.. protector of the weak.." balas Canavar.
"Kalian lanun kan?" soal satu suara mematikan lamunan Theo. ketiga-tiga sahabat itu berpaling ke arah si pemilik suara.
Seorang lelaki bertubuh tegap dan sasa. otot-otot berketul-ketul di kedua-dua belah lengannya. wajahnya ditutupi kumis nipis. badannya dipenuhi tatu hitam bercorak aneh.
"Macammana kalian jumpa pulau ni?" soal lelaki itu lagi. langsung tiada nada mesra pada percakapannya. sangat tegas. di sisinya Kenton hanya diam menikus.
"Kami hanya berlayar menuju ke sempadan benua Urb.. tapi kami kehabisan bekalan makanan dan air bersih.. jadi kami hanya berhenti pada mana-mana pulau yang kami jumpa. dan kebetulan kami jumpa pulau ni." jelas Keith. lelaki itu berkerut dahi. sebelum melepaskan keluhan berat.
"Maaf, aku Everit.. ketua Puak Owhia dan Pulau Sandia. Pulau Sandia adalah pulau yang terlindung dari pandangan dunia luar. pulau ni tidak terwujud dalam mana-mana peta pun. jadi kehadiran kalian di sini adalah sesuatu yang sangat mustahil." Jelas Everit. membuatkan Keith, Xavier dan Theo berpandangan sesama sendiri. menyembunyikan fakta yang mereka tahu bagaimana mereka mampu menemukan pulau terlindung ini.
...........................................................................
"Dia dah mati ke?" soal Xara.
Ken mendekati lelaki tua itu lalu perutnya yang terdedah itu cuba untuk dicuit menggunakan jari telunjuknya. namun, belum sempat pun jari itu menyentuh permukaan kulit, tangannya terlebih dahulu disambut oleh satu tangan kasar dan berkedut. milik lelaki itu. 4 sahabat itu tersentak dan pantas berundur.
masing-masing mula membuka langkah berjaga-jaga apabila lelaki itu tiba-tiba bangkit dari baringan. buku yang menutupi wajahnya diangkat dan diletakkan ke tepi. menyerlahkan wajahnya yang sudah kelihatan dimamah usia. berkumis tebal berwarna putih. namun, badannya masih kelihatan sasa dan gagah. matanya merenung tajam ke arah Ken, Xara, Blade dan Newt.
"Huhh.. lanun ya.. dah lama aku tak jumpa lanun.." lelaki itu tersengih menampakkan giginya yang sudah jarang dan kekuningan.
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasy*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
