Tanpa berlengah lagi, Theo terus melompst masuk ke dalam lubang itu. dan kelibatnya menghilang sebaik dia menggelongsor ke bawah. Xavier dan Keith pula tidak berfikir panjang sebaliknya turut sama melompat masuk ke dalam lubang tersebut mengekori kapten mereka.
Everit mengurut dahi. "Menyusahkan betul anak kau ini Elena!" gumamnya perlahan sebelum berpaling ke arah rakan-rakannya yang turut berada di situ.
"Kalian berjaga di sini dulu.. aku akan ikut mereka." ujarnya sebelum turut sama melompat masuk ke dalam lubang yang dikelilingi oleh kristal-kristal berwarna-warni itu. rakan-rakannya yang merupakan pahlawan-pahlawan Sandia itu hanya akur dan menunggu di situ.
Everit mendarat di atas lantai yang dipenuhi oleh tulang-tulang yang sudah kering. matanya membutang luas memandang lantai. apakah tulang-tulang ini milik manusia? namun, sebaik melihat satu tengkorak seekor haiwan yang bertanduk di sisi kirinya, barulah dia mengurut dada lega. dan meyakinkan dirinya bahawa tulang-tulang ini semuanya adalah milik haiwan. tapi, tetap juga tidak boleh menidakkan fakta yang 'raksasa' yang telah membunuh haiwan-haiwan itu juga merupakan seekor pemangsa pemakan daging. jika tidak, mana mungkin ia membunuh haiwan-haiwan ini tanpa sebab.
Everit bangkit berdiri. dia mendekati 3 sahabat yang sedang berdiri di hadapannya. masing-masing meliarkan mata ke segenap pelusuk tempat itu. ianya satu ruang gua yang sangat luas. dan dipenuhi oleh cendawan-cendawan putih yang tumbuh meliar pada dindingnya. dan ajaibnya, cendawan-cendawan itu mengeluarkan cahaya. seakan-akan ianya berkilau di dalam kegelapan. dan cahaya-cahaya itu tetap mampu menerangi ruang gua itu walaupun dengan cahaya yang agak malap.
ruangan itu kosong.
"Nampaknya lubang itu bukan membawa kita ke taman bunga.. tetapi taman cendawan.." ujar Keith tersenyum simpul memandang Everit yang kelihatan berdengus perlahan.
"Dan tulang-tulang.." sambung Xavier pula sambil menatap lantai tempat mereka berpijak. hampir keseluruhan lantai tempat itu dipenuhi tulang-tulang haiwan.
"Kau masih dengar lagi suara itu, Theo?" soal Xavier. memandangkan Theo sedari tadi hanya diam membisu. Theo mengangguk perlahan.
"suara tu macammana bunyinya?" soal Keith pula.
"Macam rengekan.. macam dia sedang menahan kesakitan.. dan dalam keadaan yang lemah.." jelas Theo.
"Jadi.. Tyrat sedang cedera?" soal Xavier kembali. Theo menggeleng perlahan.
"Aku pun tak pasti.. tapi, naluri aku mengatakan yang aku perlu bertemu dengan dia.."
"Kau gila, Draegan? kau mahu bertemu dengan Tyrat? apa kau lupa dengan apa yang sudah aku ceritakan tadi? Tyrat sudah tidak seperti dulu lagi! dia sudah menjadi seekor naga yang ganas! dia telah menghancurkan sebahagian daripada Pulau Sandia!" marah Everit. tidak percaya! selepas penat dia menceritakan tentang kehancuran Pulau Sandia disebabkan oleh Tyrat, lelaki ini masih lagi ingin bertemu dengan naga itu?
"Itu kerana ayah aku telah membawa ibu pergi dari pulau ini.. sekarang, jasad ibu sudah kembali dan Tyrat langsung sudah tidak mengganas lagi kan? kau tak rasa pelik ke?" Everit terdiam. baru dia perasan, selepas kembalinya Elena ke pulau Sandia dalam keadaan tidak bernyawa, tenaga Tyrat juga semakin lemah. langsung tidak sama seperti ketika dia sedang mengganas dan menghancurkan pulau ini selama setahun itu. baru hari ini tenaga naga itu terasa sedikit bergolak dan sebentar tadi, ia bergolak dengan lebih kencang. selepas itu, tenaga itu sudah kembali lemah. tidak lagi bergolak hebat. apa yang sedang berlaku dengan Tyrat? adakah naga itu juga sedang nazak?
"Jadi, kau nak ikut atau tidak.. itu terserah pada kau." Theo melangkah ke hadapan diikuti oleh Keith dan Xavier. lama lelaki itu berfikir dan mempertimbangkan keputusannya. ayahnya juga ada berpesan sebelum menghembuskan nafas terakhir, sebagai ketua Pulau Sandia, dia harus memelihara pulau ini dan disebabkan pulau ini dilindungi oleh Tyrat, jadi dia juga perlu mencari tahu apa sebenarnya yang telah berlaku kepada naga itu, 25 tahun yang lalu. dan akhirnya, langkah 3 sahabat itu diekori dengan pantas.
mereka berjalan terus ke hadapan. ruang itu sangat luas. bumbungnya sahaja kelihatan sangat tinggi. di kiri dan kanan terdapat batu-batu besar, memanjang dan mencacak naik ke bumbung. walau sudah jauh berjalan dari lubang tempat mereka masuk tadi, masih tiada tanda-tanda makhluk bernyawa pun. namun, suara rengekan itu masih kedengaran di telinga Theo. dan semakin lama ia semakin kuat dan jelas.
"darah puteri...... nadi naga....."
Langkah Theo terhenti.
"kemarilah engkau.. ke sini..."
"Siapa?" soal Theo.
"seram sejuk aku dengar suara dia, Atlas.." Canavar bersuara. suara yang turut didengarinya itu seperti suara seorang wanita sedang berbisik. dan bisikan itu kedengaran agak menyeramkan. walaupun untuk seekor naga sepertinya.
"Kau pun naga, Canavar.. kenapa kau takut?" gumam Theo perlahan. Canavar ketawa perlahan.
"Aku hanya separa naga, Atlas.. Tyrat dan Zordath adalah naga yang asli.. kuasa mereka jauh lebih kuat berbanding aku.."
"Kau cakap dengan siapa, Draegan?" soal Everit yang perasan akan Theo yang sedari tadi kerap bergumam sendirian. walaupun dia tidak mendengar bait-bait perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu, namun tingkah laku Theo itu sangat aneh menurutnya.
"Suara Tyrat semakin jelas.. kita sudah semakin dekat." ujar Theo tanpa menjawab soalan Everit tadi. dan mereka meneruskan langkah.
mereka tiba di satu lorong yang lebih kecil berbanding ruang yang besar dan luas tadi. tidaklah terlalu kecil. cuma ia dihadang oleh satu dinding batu di kiri dan kanannya. namun bumbungnya masih lagi tinggi melangit. dan ruangnya masih lagi luas.
dari situ jelas kedengaran bunyi dengusan nafas yang agak kuat. dan bunyi ini turut sama didengari oleh Keith, Xavier dan Everit. masing-masing mula menelan air liur kelat dan dada mula berdegup dengan kencang sekali. permandangan apakah yang bakal tersaji di hadapan mereka nanti sebaik mereka masuk ke lorong itu? dan adakah mereka bakal berdepan dengan satu lagi musuh?
Keith, Xavier dan Everit pantas mengeluarkan senjata masing-masing sebagai persediaan.
dan langkah mereka semakin lama semakin perlahan. Bunyi dengusan nafas itu juga semakin lama semakin kuat.
masing-masing mula tergamam dan membatu sebaik sahaja mereka sampai ke penghujung lorong.
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasy*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
