30 minit berlalu, ramai para peserta sudahpun menyiapkan hidangan mereka. ada juga yang tidak sempat, merasakan 30 minit terlalu singkat. pelbagai aroma yang sedap mula memenuhi udara. membuatkan perut Theo mula berkeroncong.
"Sedapnya bauu..." ujarnya dengan mulut yang mula berair.
"Wah.. semuanya nampak sedap!" ujar Aigle teruja.
pelbagai hidangan yang kelihatan menyelerakan diletakkan di atas meja masing-masing. peserta yang tidak sempat menyiapkan hidangan mereka disingkirkan serta-merta. ramai yang melangkah kecewa keluar dari perkarangan itu.
"Baiklah.. masa telahpun tamat.. para juri akan mengadili setiap hidangan." 3 pengadil itu terus bangkit dari kerusi dan mula bergerak ke peserta yang pertama. dengan hidangannya merupakan 'lamb grill with lime and butter sauce'. peserta itu mula menerangkan tentang hidangannya. dan 3 orang pengadil itu mula merasa hidangan itu. masing-masing mengangguk-angguk perlahan sebelum beralih ke peserta yang seterusnya.
8 sekawan itu hanya memerhati sehinggalah barisan pengadil berhenti di hadapan meja Newt, lelaki yang mendapat sokongan mereka sejak tadi. di hadapan Newt terdapat satu dulang yang ditutup dengan tudung saji logam. namun, bukan itu yang menjadi perhatian mereka, melainkan satu aura tegang antara lelaki itu dengan pemimpin Lotus City, Sir Lucius Sadler. Newt kelihatan tajam memandang Lucius, seperti terdapat dendam lama yang belum lagi dilangsaikan antara dia dan lelaki itu. dan Lucius memandang Newt dengan satu pandangan yang sinis seperti memandang seseorang yang hina tarafnya. tiba-tiba sahaja suasana menjadi senyap.
"Diorang ada apa-apa ke?" bisik Ashley kepada Xara dan gadis itu hanya menjungkit bahu.
"ooooookay.. Peserta seterusnya, sila terangkan tentang hidangan anda.." ujar si pengacara cuba untuk mengalihkan mereka dari suasana yang agak janggal itu.
Newt tiba-tiba tersenyum sinis sebelum ketawa perlahan. dia memegang pemegang kepada tudung saji logam dihadapannya lalu diangkat. serta-merta satu bau yang sangat sedap menerjah ke hidung mereka.
"My dish is called 'Bouillabaisse'.." ketiga-tiga pengadil itu tercengang melihat hidangan dihadapan mereka. bau yang sedap itu bagai mencucuk-cucuk hidung mereka. hidangan itu dihias cantik. didalam satu mangkuk seramik berwarna putih, terdapat beberapa ekor kerang, udang dan filet ikan berenang-renang di dalam kuah berwarna jingga kemerahan. di sajikan juga dengan beberapa keping roti di sisinya.
"hidangan ini adalah seafood stew yang terdiri daripada red mussels, Udang bintang dari dasar laut dan juga 3 jenis filet ikan yang aku dapatkan dari lauk mistik. untuk menaikkan aromanya lagi aku tambahkan sedikit saffron dan kunyit. roti pula disapu dengan bawang putih, fresh parsley dan sea salt sebelum dibakar pada suhu yang sempurna." jelas Newt. mendengar penjelasan lelaki itu sahaja sudah membuatkan Theo meleleh ari liurnya.
"Kalaulah aku boleh rasa..." gumam Theo perlahan.
"Dalam fikiran kau tak ada benda lain kan asyik makanan saja" rungut Canavar tidak dipedulikan Theo.
"Theo.." panggil Xavier mengejutkan Theo dari lamunannya. Theo beralih ke arah yang ditunjukkan Xavier iaitu ke arah Newt.
"Hidangan paling gagal yang aku pernah rasa!" Lucius menghempaskan pinggan berisi roti dan seafood stew milik Newt ke tanah. 2 orang pengadil yang lain hanya memerhati dengan hanya jelingan anak mata mereka. seakan-akan menyokong tindakan Lucius itu.
"Berani kau masuk ke pertandingan ni ya, budak. kau tu tak ada bakat dalam memasak. masak pun dahlah tak sedap..mampus lagi baguslah!" jerkah lelaki itu lagi. Newt memandang lelaki itu tajam. kedua-dua buku limanya digenggam erat. Bukan marah kerana dihina, tetapi marah hidangan yang dia sediakan dengan susah payah dibazirkan macam tu sahaja!
"Siapa kau nak halang dia untuk masuk ke pertandingan ni? tak ada pun peraturan yang menyatakan dia tak layak untuk bertanding!" marah satu suara datang menghampiri mereka. suara dari Delila.
"hahh! Delila! pembawa masalah! kau rupanya yang racun budak ni untuk datang ke sini ya? tak cukup ke masalah yang kau dah buat 3 tahun lepas?" soal Lucius.
"budak ni tak ada bakat! bodoh pulak tu! sebab itu dia tak layak untuk masuk pertandingan ni!" jerkah lelaki itu lagi.
"eh apa pulak tak ada bakat? inilah seafood stew yang paling sedap aku pernah rasa!" semua mata yang ada di situ memandang ke bawah. ke arah seorang lelaki yang sedang mencangkung di atas tanah, sedang mencicah roti bakar ke dalam seafood stew Newt yang masih tersisa di dalam mangkuk. Lelaki itu tersengih membuatkan Newt tergamam...
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasy*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
