37

52 12 1
                                        

"Ada orang kat sini.." ujar Theo membuatkan Keith dan Xavier mula memegang ulu senjata masing-masing.

serentak dengan itu bunyi tapak kaki berlari beserta semak samun yang dilanggar dan kayu-kayu yang dipijak mula kedengaran. Dan Theo pantas mengejar gerangan yang berlari itu walaupun dia msih tidak nampak apakah yang sedang melarikan diri darinya.

"Tapi, aku tak rasa apa-apa pun? macammana dia tahu ada orang kat sini?" soal Xavier. Keith menjungkit bahu. kerana dia juga tidak merasakan apa-apa. mereka berdua pantas mengejar Theo dari belakang.

Theo berlari jauh ke dalam hutan. matanya mula menangkap kelibat seseorang yang sedang berlari di hadapannya.

"Oi!" jeritnya. namun tiada balasan. orang itu masih tetap melarikan diri.

"Oii tunggu!! jangan lari!!" Jerit Theo lagi. melihat pada orang itu masih tidak berhenti, Theo terus melompat-lompat dari satu pokok ke satu pokok sebelum menerkam orang yang dikejarnya tadi sehingga kedua-duanya jatuh tersembam di atas tanah.

"Aduhh!!" jerit orang itu.

Keith dan Xavier datang mendekat. melihat ke arah Theo yang sedang duduk di atas belakang seorang budak lelaki.

"Lepaskan akulah!!" jerit budak lelaki itu sambil tangannya terkapai-kapai cuba untuk bangun. Xavier pantas menarik leher baju Theo sekaligus mengangkat kaptennya itu dari terus menindih budak yang tidak bersalah itu. 

"Kenapa kau lari?" soal Theo sebaik sahaja budak itu bangun perlahan-lahan. mereka memerhatikan pemakaian budak lelaki itu. sangat aneh. hanya memakai seluar pendek yang diperbuat daripada kulit haiwan. dan sehelai vest juga diperbuat dari kulit haiwan. budak lelaki itu berambut panjang yang diikat ekor kuda. ada corak-corak aneh ditatu pada lengannya naik ke sebahagian badannya. 

"Kau kejar aku.. aku larilah.." ujar budak itu dengan perasaan yang sangat menjengkelkan. 

"Kau siapa?" soal Xavier. pelik, kebiasaannya dia sentiasa dapat rasakan kehadiran seseorang walau sekecil mana orang itu. tapi budak ini, dia langsung tidak tahu yang dia ada berdekatan mereka tadi.

"Eh tanya orang pulak.. kau tu siapa? tiba-tiba datang tempat aku.." balas budak lelaki itu. membuatkan Xavier sedikit bengang. 

"Eh budak ni.. jangan sampai kau melayang aku sepak nanti.." Keith menyekat Xavier yang sepertinya sedang cuba untuk bergaduh dengan seorang budak. 

"Adik.. kau tinggal kat sini? Pulau ini ada penduduk ke?" soal Keith dengan nada yang lebih mesra. 

"Eh mestilah.. pulau ni namanya Pulau Sandia.. dan aku adalah anak kepada ketua pulau ni, Chief Everit yang terkuat dari Puak Owhia! nama aku, Kenton." ujar budak lelaki itu sambil bercekak pinggang dan tersengih menampakkan giginya yang berlubang satu. Xavier dan Keith tersentak. 

"Apa kau cakap? Pulau Sandia?" soal Xavier. langsung dia dan Keith memandang Theo yang turut sama tergamam.

"Pulau Sandia?" Theo mengulang nama pulau itu.

"Pulau yang tiada di dalam peta.. pulau yang terlindung.. Pulau Sandia.." gumam Keith.

"Theo.." panggil Xavier pula memandangkan Theo masih lagi diam membatu.

............................................................

"Woaa..." Xara dan Ken terlopong. melihat satu runtuhan besar dihadapan mereka. setelah mereka meninggalkan harimau dan gorila gergasi yang masih lagi sedang bertarung tadi, kaki membawa mereka ke sebuah kawasan lapang. di tengah-tengah tanah lapang itu berdirinya satu bangunan batu berbentuk silinder yang sangat besar. namun, bangunan itu sudah kelihatan runtuh dan sudah lama tidak digunakan. 

Blade mendekatinya dan dinding batu itu dipegangnya.

"macam dah lama sangat terbiar.. pulau ni berpenghuni dulu.. kau rasa, penghuninya masih ada kat sini lagi tak?" soal nya.

"Pulau ni besar, tak mustahil ada penghuni.." balas Xara. mereka berempat pun terus meneroka tempat itu. terdapat sebuah pintu berjeriji besi yang terbuka luas di dinding batu. mereka melangkah masuk. terdapat sebuah gelanggang berbentuk segi empat sama di tengah-tengah bangunan itu. dan dinding batu yang mengelilinginya merupakan tempat duduk untuk penonton.

"Sesiapa pun yang dah gunakan gelanggang ni, mesti petarung yang hebat kan.." ujar Ken sambil berjalan di atas gelanggang yang separuhnya sudah musnah. terasa seperti dirinya sedang bertarung di situ. 

"Blade naik sini! lawan dengan aku!" Ken mengangkat kedua-dua buku limanya ke udara. seperti sedang bersedia untuk berlawan. Blade tersengih sumbing lalu menyertai Ken di gelanggang. Newt juga kelihatan turut sama teruja. Xara menggeleng perlahan.

"Lelaki.." malas melayan, gadis itu masuk ke salah sebuah bilik di bahagian hujung gelanggang. kakinya terhenti sebaik melangkah ke dalam bilik itu.

"k-korang.." panggilnya tanpa mengalihkan pandangan. 

Blade, Newt dan Ken pantas merapat.

masing-masing turut terpaku di situ.

ke arah seorang lelaki tua yang sedang terbaring tidur dengan nyenyak sekali di dalam bilik itu. lelaki tua yang hanya memakai seluar yang diperbuat daripada kulit haiwan. wajahnya tertutup dengan sebuah buku yang agak tebal. dan langsung tidak perasan akan kehadiran 4 sekawan itu.


BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang