pertarungan berlangsung sengit. aroma masakan yang mengiurkan berterbangan memenuhi kawasan itu. Theo sudah kali keberapa menelan air liurnya. perutnya berkeroncong tidak berhenti sejak tadi. bilalah dia boleh makan ni? berada di sini betul-betul menyeksakannya.
kenapalah aku ikut Newt masuk sini? perut digosok perlahan. kalau dia duduk kat luar tadi mesti dia boleh makan macam-macam makanan yang dijual di gerai-gerai.
Api menjulang tinggi. entah apa yang dimasak oleh Chef Emmet. tapi bau masakannya sangatlah sedap. Newt juga sudah berpeluh teruk. sepertinya dia sedang menyiapkan hidangan pencuci mulut. Namun, masakan buah Lotus yang manakah bakal memenangi pertandingan ini? sweet or savory?
"Atlas.."
Theo yang sedang ralit menonton perlawanan di hadapan sedikit tersentak mendengan suara Canavar.
"Aku rasa tak sedap hati.."
Theo berkerut.
"Kenapa, Can? apa yang kau rasa?" Theo memandang sekeliling. keadaan di sekelilingnya kelihatan normal sahaja. tiada yang pelik yang boleh membuatkan naga itu berasa tidak sedap hati pula. kau makan hati ke, Can?
"Sesuatu sedang dalam perjalanan ke sini.. tapi aku tak tahu apa.."
Theo memandang ke atas. kearah bumbung kaca berbentuk hemisfera di atas mereka. sebelum tiba-tiba dia dapat rasakan satu kuasa yang sangat kuat dan ngeri. membuatkan jantungnya berdegup kencang sekali.
"Ap-apa benda ni?" gumamnya perlahan.
........................................................................................
"Xavier.. kau rasa tak apa yang aku rasa?" soal Ken. Xavier yang sedari tadi duduk bersantai sambil bersilang tangan itu mula bangkit sebelum mengangguk.
"Kuasa apa ni?" soal Keith. rakan-rakan mereka yang lain turut memandang sekeliling. mereka turut merasakan kuasa itu. sesuatu yang sangat kuat. tapi dari mana datangnya?
Xavier memandang ke arah Theo yang kelihatan duduk di bahagian penyokong pada skrin marmar. lelaki itu juga sepertinya sedang melihat ke atas. membuatkan dia turut memandang ke atas.
cahaya matahari yang menyinar, mula ditutupi satu bayang hitam yang sangat besar.
semua yang berada di situ terkejut dengan situasi itu dan mula memandang ke atas. ke arah banyangan hitam besar yang sedang terbang di langit. masing-masing ternganga. seakan tidak percaya. makhluk mitos yang tidak pernah disangka wujud, sedang terbang di atas mereka. ada juga yang kelihatan teruja.
keadaan tenang sehinggalah makhluk itu mengeluarkan api yang sangat besar dari mulutnya. api disembur ke arah bangunan-bangunan di sekeliling Lotus City. masing-masing mula menjerit ketakutan. dan bertempiaran melarikan diri.
ketujuh-tujuh lanun Beast itu terkedu melihat permandangan di hadapan mereka. bangunan-bangunan di situ habis musnah dijilat api. dan makhluk itu terus-menerus menyemburkan apinya.
"Apa tu?" soal Ken.
"Itulah dia..n-naga yang dah musnahkan kampung aku!" ujar Blade. membuatkan semua yang berada di situ tersentak.
dihadapan mereka adalah seekor naga bersisik hitam pekat. sedang bertenggek di atas salah sebuah bangunan tinggi yang sudah musnah di jilat api. naga itu mengaum kuat. sehingga membingitkan telinga.
Ngauman itu kedengaran hingga ke Ancient Lotus Chamber. semua aktiviti terus terhenti.
"Bunyi apa tu?" soal Lucius.
Chef Emmet dan Newt memandang ke arah datangnya bunyi ngauman itu. mereka juga dapat rasakan kuasa besar yang datang dari arah itu. Tiba-tiba Theo berlari meninggalkan tempat itu. dan Newt mengekorinya.
"Woi! pertandingan belum habislah!" jerit Lucius. tapi terdiam sebaik Chef Emmet juga berlari keluar dari tempat itu.
Theo terpaku melihat permandangan di hadapannya. kelihatan Xavier, Ken, Blade dan Keith sedang cuba untuk melawan seekor naga bersisik hitam dan telah menyebabkan kemusnahan pada Lotus City.
Xara, Aigle dan Ash pula sedang sibuk membantu para penduduk untuk menyelamatkan diri.
"Naga hitam?" gumam Theo pelahan.
"Itu Zordath, Atlas.. naga yang telah menyebabkan aku jadi macam ni.."
"Apa? tapi apa yang dia buat kat sini?" soal lelaki itu.
"Aku tak tahu.. mungkin dia juga sedang mencari bunga abadi?"
Theo terdiam. Newt dan Chef Emmet tiba di sisinya dan terkejut melihat naga bersisik hitam tersebut.
"A-Aku tak boleh lawan dia, Atlas.. kau kena lari dari sini!" suara Canavar kedengaran bergetar. menunjukkan betapa dia takutkan naga bersisik hitam dihadapan mereka sekarang.
Theo tersengih sinis.
"Sejak bila kau jadi pengecut macamni?" soal lelaki itu. mendapat perhatian dari Newt yang berada di sisinya. newt terpinga-pinga, adakah lelaki itu sedang bercakap dengan dia?
Theo mengepal buku lima.
"Kalau kau tak nak lawan dia.. biar aku.." dan dia terus berlari laju ke arah naga itu.
Newt hanya memerhati.
Tak, Theo bukan bercakap dengan dia.. Tapi... siapa?
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantezie*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
