35

81 13 0
                                        

URB Continent,
Yearning Line,

sebuah kapal bersaiz besar berwarna hitam kelihatan berada di tengah-tengah laut yang tidak bergerak. kapal itu hanya statik di satu tempat dek kerana ketiadaan sumber angin yang mampu menggerakkan layarnya. begitulah keadaan di Yearning Line. sebuah laluan lautan panjang yang langsung tiada sebarang perubahan cuaca. tiada hujan, ribut, angin mahupun ombak sekali pun. hanya lautan yang tenang dan sunyi.

namun, bukan itu yang menjadi perhatian mereka tika ini.

di atas kapal hitam itu, anak-anak kapalnya sedang terpana melihat seekor naga berwarna hitam sedang bertenggek di atas deck kapal tanpa sebarang amaran. Naga itu tidak berbuat apa-apa. hanya bertenggek di situ sebelum terbaring kepenatan. kedua-dua belah matanya tertutup.

"Black.." panggil Lionel membuatkan Kapten Blackstone tersedar dari lamunan. dengan perlahan Blackstone melangkah mendekati naga tersebut. cuba untuk tidak menimbulkan sebarang kekecohan.

sebaik Blackstone mendekat, naga itu tiba-tiba membuka kedua-dua belah matanya dan pantas berdiri tegak. Blackstone membuka langkah berjaga-jaga.

Naga hitam itu merenung ke dalam mata Blackstone. sekali lagi Blackstone berkerut seribu. sungguh! renungan mata itu sangat familiar baginya. renungan mata yang pernah dia lihat sebelum ini. tapi, di mana?

langkah berjaga-jaganya tadi mula berubah tenang.

"Black?" Ridley pula menegur. ada sesuatu yang aneh tentang sikap kapten mereka pada hari ini. Ridley, Lionel, Hayes dan Eldritch, 4 komander teratas lanun Blackstone Balthier itu berpandangan sesama sendiri.

anak-anak kapal Blackstone juga kelihatan terpegun. ada juga yang sudah menggigil kakinya. masakan tidak, melihat seekor haiwan lagenda yang tiba-tiba muncul di atas kapal mereka. anak-anak kapal Blackstone ramai, lebih 100 orang di atas kapal yang sangat besar itu. ada yang lama dan ada juga yang masih baru direkrut. salah seorang ahli baru itu menggigil-gigil ketakutan, tanganya perlahan-lahan mencapai selaras senapang dan manghalakannya ke arah si naga hitam.

"Jangan!" namun, jeritan dari Kapten Black itu agak terlambat. peluru terlebih dahulu dimuntahkan ke arah sang naga. peluru melantun sebaik sahaja mengenai sisik keras naga itu. Naga hitam itu mengaum kuat. membuatkan mereka semua terlopong.

"Jaga-jaga semua!!" jerit Blackstone sebaik sahaja sang naga terbang naik ke angkasa. Eldritch mengeluarkan bilah pedang dari sarung. Hayes  membuka langkah dengan kedua-dua belah buku lima ke udara. Lionel mengeluarkan dua laras pistol bersaiz besar berwarna merah dan dihalakan ke arah naga. Ridley pula mengeluarkan dua bilah kapak besar yang tersorok di pinggangnya. masing-masing sudah bersiap sedia untuk bertarung.

namun, naga hitam itu hanya terdiam di situ sebelum ia terbang pergi meninggalkan kapal mereka.

"Apa yang berlaku?" soal Eldritch. Blackstone menggeleng. dia juga keliru dengan situasi ini sekarang. kenapa naga hitam itu berkelakuan aneh? dia yakin naga hitam itulah naga yang disebut oleh Canavar dulu. naga yang Overlord buru sebelum mereka akhirnya telah tersilap menangkap Canavar. Tapi, kenapa dia dapat rasakan satu aura yang sangat familiar datang dari naga itu? dan kenapa naga itu tidak menyerang mereka sebaliknya terbang pergi?

"Ada sesuatu tentang naga itu.. dan aku tak akan berdiam kat sini untuk mencari jawapan.. kita teruskan perjalanan.." ujar lelaki itu. 4 komander tertinggi mula menyimpan senjata masing-masing dan menurut arahan sang kapten.

..................................................................

Masih di benua Oska,
50km dari sempadan Oska-Urb,

"Aku tak pernah tahu pasal urre gold ni.." ujar Newt sambil matanya menatap sebutir emas bersaiz ibu jari berwarna emas kemerahan di tangannya. 14 serpihan kecil telah bercantum dan membentuk satu serpihan yang lebih besar. Beberapa minit yang lalu, Xara telahpun bercerita panjang lebar tentang destinasi dan misi mereka. kini, terpulang pada Newt untuk percaya ataupun tidak.

"Jadi.. Theo pewaris Overlord?" dia memandang ke arah Theo yang sedang menyuap pasta ke dalam mulutnya yang sudah penuh dengan ayam goreng. Newt tersenyum sumbing. betul ke lelaki tu pewaris overlord? rasa macam tak yakin pulak.

"Aku tahu yang semua ni agak kurang meyakinkan kau. terpulang pada kau nak percaya ataupun tak. tapi misi kami sekarang adalah untuk mencari Overlord dan tamatkan perang dingin ni." jelas Xara lagi.

"Kau kena tahu yang misi kita ni bahaya.. kalau kau nak tarik diri, kitorang tak akan halang.." ujar Xavier bersahaja.

"Kau nak cakap aku lemah dan penakut ke?" Newt mula berang. Xavier hanya menjungkit bahu dan tersenyum sinis.

"Fine! aku masih tak percaya dengan cerita korang ni, tapi.. aku akan ikut.. dan aku tak akan tarik balik keputusan aku.. suka atau tak, I'm a part of the Beast crew now.." ujar Newt seraya berdiri dari kerusi dan bercekak pinggang.

"yeahhh!!!" jerit Theo dan Ken. gembira! dapatlah mereka makan sedap-sedap lagi lepas ni!!

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang