Xavier melibaskan kedua-dua bilah pedangnya ke hadapan. libasan itu membentuk pusaran angin yang dipenuhi dengan mata pedang yang tajam. meluncur laju ke arah Zordath. serangannya mengena. Namun, sisik hitam pada badan Zordath seperti satu perisai kukuh. Mampu melindungi naga itu sehingga ia langsung tidak terjejas dengan serangan Xavier.
serentak dengan itu, Keith juga melibas bilah-bilah goloknya membentuk satu serangan berbentuk 'X' berkali-kali ke arah badan Zordath. Ken dan Blade pula melepaskan penumbuk dan tendangan bertubi-tubi. Sama seperti serangan Xavier, ia langsung tidak meninggalkan kesan.
Zordath mengaum marah. Ekornya yang panjang dan besar itu melibas kuat ke arah 4 sekawan itu menyebabkan mereka terpelanting ke belakang melanggar bangunan-bangunan di situ. Naga itu terbang ke udara. Mulut dinganga luas dan cahaya berwarna jingga kemerahan mula keluar dari dalam tekaknya.
Belum sempat api dihembus ke arah 4 sekawan itu, kepalanya dahulu ditumbuk kuat oleh satu tumbukan berapi yang datang secara tiba-tiba. tumbukan itu menyebabkan Zordath terundur sedikit ke belakang. Kepalanya menggeleng cuba menghilangkan rasa sakit akibat tumbukan itu.
Matanya menghala ke arah lelaki yang sedang mendarat di atas salah satu bangunan di situ. lelaki itulah yang telah berjaya menumbuknya tadi. dia mangaum kuat. Marah.
"Theo!" Xavier bangkit lalu melangkah ke arah Theo. begitu juga Keith, Ken dan Blade.
"Naga ni kuat.. Canavar sendiri takut nak berdepan dengan dia.." ujar Theo. corak lingkaran hitam sudahpun memenuhi separuh badannya. mata kirinya yang berwarna merah saga itu bersinar terang. tangan kanannya yang telah menumbuk Zordath tadi kelihatan kemerahan. seakang-akan mengeluarkan haba yang sangat panas.
"Apa kita nak buat? kalau Canavar sendiri takut, kau rasa kita boleh kalahkan dia ke?" soal Ken sambil mengurut perutnya yang masih terasa senak dilibas oleh ekor Zordath sebentar tadi. Theo menggeleng perlahan. Dia sendiri tidak yakin yang dia boleh kalahkan naga hitam itu. Blade terkedu melihat reaksi Theo dan matanya menghala ke arah Zordath di udara. peluh sejuk menitik keluar di dahi.
"Tapi kalau kita tak halang dia, dia akan musnahkan pulau ni sama macam dia dah musnahkan pulau Blade.." ujar Theo lalu melompat ke arah Zordath. Blade sekali lagi terkedu.
"Kau dengar kan? Jom!" ujar Xavier lalu mengikut langkah Theo. begitu juga Ken dan Keith.
Blade terdiam. sejujurnya dia berasa sangat takut sekarang. Naga di hadapannya itulah yang telah membunuh keluarga dan juga penduduk kampungnya. Mampukah dia untuk melawan? Kedua-dua belah tangannya di pandang. Mata melirik ke arah rakan-rakannya yang sedang sengit bertarung. walau mereka tahu yang mereka tak akan menang, tapi mereka tetap tidak putus asa. Kedua-dua belah tangan digenggam sebelum bertukar menjadi berlian lalu dia turut sama menyertai rakan-rakannya.
...................................................................................
"Sini! sini!" Jerit Xara. Dia, Aigle dan Ash sedang sibuk membantu penduduk pulau itu untuk cepat melarikan diri ke arah pantai. memandangkan tempat itu sahaja yang selamat sekarang. Lagipun, di situ terdapat perlabuhan. Banyak kapal yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Dia memandang ke arah pertarungan di tengah-tengah bandar. Ingin sahaja dia pergi membantu, tapi nyawa para penduduk di sini yang tidak bersalah lebih penting.
"Xara.." panggil Aigle yang datang merapatinya. mulut dimuncungkan ke arah seorang lelaki gemuk yang turut sama sedang melarikan diri tidak jauh dari mereka.
Xara dan Aigle memandang lelaki itu menyampah. itulah Lucius. menangis-nangis ketakutan dan berlari menolak-nolak semua yang berada di hadapannya agar dia boleh menyelamatkan diri sendiri.
"Pemimpin tak berguna.." ujar Xara.
Tiba-tiba lelaki itu pengsan ditendang oleh seseorang. ramai yang menjadi saksi kejadian itu. Xara dan Aigle ketawa memandang Ashley yang bersahaja berlalu sambil bersiul kecil. saksi-saksi kejadian itu hanya berlalu tanpa membantu. dibiarkan sahaja pemimpin mereka itu terbaring di atas tanah.
......................................................................................
Ken, Keith, Blade dan Xavier sudah teruk cedera dan tidak sedarkan diri di dalam runtuhan bangunan. Kini hanya tinggal Theo yang kelihatan termengah-mengah menahan lelah.
sungguh, walau sebanyak manapun serangan yang dia kenakan, Naga itu langsung tidak berganjak. dia memandang rakan-rakannya yang sudah tidak sedarkan diri itu sebelum mengetap gigi geram. Matanya kemudia menghala ke arah Zordath.
"Aku ingat korang taknak join.." ujarnya perlahan sebelum Newt dan Chef Emmet tiba-tiba berdiri di kiri dan kanannya.
"Baiklah Atlas, show me what you got.." Ujar Chef Emmet sambil tersengih.
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasía*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
