36

45 10 0
                                        

Sudah masuk hari ke 3 sejak mereka meninggalkan Ancient Lotus Tropic. dan mereka sudah melepasi banyak pulau. menurut Keith, mereka mungkin akan tiba di sempadan Oska-Urb esok hari.

"Kita kena berhenti dekat mana-mana pulau." ujar Newt sambil kakinya melangkah ke deck kapal. di tangannya menatang satu dulang berisi beberapa biji tart buah untuk makan petang. sebaik lelaki itu meletakkan dulang di atas sebuah meja kayu di atas deck, Theo dan Ken terus datang menerkam dan memasukkan tart itu ke dalam mulut mereka. bimbang takut tart itu dihabiskan 2 manusia itu, rakan-rakannya yang lain turut pantas mencapai bahagian mereka.

"Kenapa nak kena berhenti? kita dah nak sampai ke sempadan." soal Xara.

"Kalau kau tak nak kita sampai sempadan dalam keadaan berlapar, kita kena berhenti dekat mana-mana pulau untuk dapatkan bekalan." ujar Newt. Xara terdiam. iyalah, sejak meninggalkan Lotus City mereka langsung tidak berhenti di mana-mana pulau. sudah tentulah bekalan makanan juga habis. 

"Dekat depan ada satu pulau.. kalau kau nak, kita berhenti di situ." ujar Keith sambil memandang pergerakan awan yang sedang berarak di langit. menandakan yang mereka sedang mendekati sebuah pulau. 

"Tapi aku tak pasti pulau tu berpenghuni ataupun tidak. setahu aku, pulau-pulau berdekatan sempadan benua ni banyak yang tidak berpenghuni. sebab ramai yang tak berani nak mendekati Benua Urb." jelas lelaki itu lagi.

"hahaha kalian manusia memang penakut.. Hanya disebabkan benua Urb dipenuhi makhluk bukan manusia, kalian jadi begitu takut untuk mendekati benua itu.." Canavar ketawa berdekah-dekah membuatkan Theo berkerut dahinya. Bingit!

"Kau tak payah ketawa kuat sangatlah, Can. Kau tak ingat macammana kau kecut perut bila berhadapan dengan Zordath hari tu?" gumam Theo perlahan membuatkan Canavar menghentikan ketawanya dan mencebik. hah! ingat comel?

Theo memandang ke arah pulau yang semakin lama semakin mendekat.

"Kita berhenti kat situ.." arahnya. 

Jackdaw Ibis yang dikemudi oleh Ashley itu mula mendekati tebing pulau. pulau itu langsung tiada perlabuhan mahupun jeti. jadi mereka berlabuh di sisi tebing sahaja. sauh diturunkan dan layar diikat kemas. mereka merapati sisi kapal dan memandang ke arah hutan belantara di hadapan mereka.

Bunyi hutan kedengaran agak kuat. Beserta dengan bunyi-bunyi burung, haiwan juga bercampur dengan bunyi-bunyi asing yang mereka tidak tahu sumbernya dari mana. Aigle menelan air liur. pulau itu kelihatan sangat menakutkan baginya.

"Nampak macam tak berpenghuni" ujar Blade. 

"Jomlah.. kita kena cepat cari bekalan. lepastu dah boleh teruskan perjalanan." ujar Keith. 

"Aku.. tunggu dekat sini sajalah. biar aku jaga Ibis." ujar Aigle sambil memeluk senapang putih miliknya itu. Ashley tersengih.

"Aku tinggal dengan Aigle. korang pergilah cari bekalan." ujarnya mendapat persetujuan dari rakan-rakannya yang lain. masing-masing mula melompat turun ke darat.

"Aigle! kalau ada apa-apa jerit panggil aku!" ujar Ken sambil melambai ke arah Aigle yang mula bertukar pucat.

"Jadi apa-apa? akan jadi apa-apa ke?" soal gadis itu membuatkan Ken tersengih. suka hatinya dapat mengusik gadis itu.

Mereka berpecah kepada 3 kumpulan. Aigle dan Ash berjaga di Jackdaw Ibis. Xara, Newt, Ken dan Blade ke bahagian barat pulau manakala Theo, Keith dan Xavier ke timur pulau bagi mencari bekalan makanan dan air bersih. 

..............................................................................

Xara, Newt, Ken da Blade bersembunyi di sebalik sebuah batu besar. pandangan mata mereka sedang menangkap seekor harimau gergasi sedang berlawan dengan seekor gorila gergasi. perlawanan itu sangatlah sengit. kedua-dua tubuh haiwan-haiwan itu sudah dipenuhi luka-luka dan lebam akibat dari perlawanan itu.

"Kau rasa daging harimau sedap tak?" soal Ken.

"Kalau buat steak, marinate dengan garam, lada hitam dan rosemary, mungkin sedap.." Balas Newt.

"Seriuslah korang nak makan daging harimau?" soal Xara.

"Kalau daging Gorila?" soal Blade pulak.

"Tak tahu.. mungkin dagingnya kenyal-kenyal sikit?" balas Newt lagi.

"Kenapa dengan korang nii??" Xara sudah putus asa.

...........................................................................

Lain pula dengan kumpulan Theo, Xavier dan Keith. mereka sedang berdiri di hadapan sebuah tapak perkampungan. sepertinya sebuah perkampungan milik orang asli. memandangkan rumah-rumah di situ diperbuat daripada kayu, buluh dan berbumbungkan daun nipah yang dikait-kait. tetapi perkampungan itu telah musnah dan ditinggalkan oleh penduduknya. 

rumah-rumah buluh yang telah ranap dan hanya tinggal sisa tiang-tiang yang terpacak. seperti sudah lama dibiarkan di sini.

"Apa yang berlaku kat sini?" soal Keith.

Theo memandang sekeliling. terdapat satu perasaan yang aneh dalam dadanya. perasaan yang dia dapat rasakan sejak kali pertama dia menjejakkan kaki ke pulau ini tadi. perasaan seperti dia pernah datang ke sini sebelum ini. Tapi dia yakin sekali, sebelum ini dia tidak pernah keluar dari Benua Azurea sepanjang hidupnya.

 Tiba-tiba dia dapat rasakan satu pergerakan datang dari dalam hutan.

"Ada orang kat sini.." ujarnya perlahan.

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang