Masa sudah tamat dan masing-masing berjaya menghidangkan 3 hidangan di atas meja masing-masing. walaupun pada awalnya persaingan agak sengit apabila para peserta mula bertarung bagi merebutkan bahan yang berkualiti paling tinggi, namun disebabkan masa yang suntuk, mereka terpaksa mengalah dan membiarkan sahaja.
pada pertengahan masa, Newt telah disabotaj, bahan-bahan yang di ambil telah tumpah dan tidak boleh digunakan lagi. Theo sendiri yang nampak macammana si lelaki gemuk, Lucius Sadler sengaja menjatuhkan beberapa bahan penting untuk masakan Newt ketika mereka meronda-ronda melihat peserta menyiapkan hidangan masing-masing.
walaupun begitu, Newt lebih tangkas mencari bahan lain bagi menggantikan bahan-bahan yang rosak itu. dan lihatlah hasilnya, hidangan Newt adalah hidangan yang kelihatan paling unik dan menyelerakan di antara semua hidangan yang berada di situ. Wajah Lucius kelihatan berang apabila rancangannya untuk menjatuhkan lelaki itu gagal sama sekali. theo tersengih.
"Kau serius nak jadikan Newt sebagai crew kau?" soal Delila tiba-tiba walaupun pandangannya masih ke hadapan. Theo tersenyum.
"Aku tak akan tarik balik kata-kata aku.. dan aku tak akan pergi dari pulau ni tanpa dia.." Kata-kata Theo membuat Delila sedikit tersenyum.
"Newt sebenarnya nak sangat keluar dari sini.. tapi dia terikat dengan perjanjian yang dia buat dengan ayahnya." Delila mula membuka cerita membuatkan Theo mula tertarik. juri-juri yang sedang menilai hidangan Chef Arumi dihadapan mereka itu sudah tidak dipandang lagi.
"Perjanjian apa pulak? siapa ayah dia?" soal Theo.
"Newt adalah anak kepada Lucius Sadler, lelaki yang sekarang ni hendak menjatuhkan dia.." Theo tersentak. dia memandang ke arah lelaki gemuk yang sedang merasa hidangan milik Chef Arumi. dan pandangannya beralih pula pada Newt.
"Seriuslaa? tak sama pun!"
"Dah tentulah tak sama.. Newt tu jauh lagi baik dari Lucius. Lucius tak pernah mengaku Newt sebagai anak dia. sejak kecil lagi Newt didera dan dibelasah oleh Lucius. semuanya sebab ibu Newt yang telah lari tinggalkan Lucius untuk bersama dengan lelaki lain. Newt mengingatkan dia pada bekas isterinya. sebab tulah Newt dibenci oleh Lucius." jelas Delila. air muka Theo sedikit berubah.
"Lucius sangat kejam. dia tahu impian Newt adalah untuk mengembara serata dunia dan belajar memasak masakan dari benua-benua lain. jadi dia telah mengungut Newt. kalau Newt keluar dari pulau ni, Lucius akan musnahkan restoran kami. dan tak akan biarkan kami hidup dengan aman dekat sini.
Newt terlalu baik.. dia tahu restoran tu adalah segala-galanya bagi kami. jadi dia buat perjanjian yang dia tak akan keluar dari sini, dengan syarat Lucius tak akan sentuh kami." jelas Delila. matanya mula bergenang. dia tahu penderitaan yang Newt alami sejak kecil lagi. dan penderitaan itu yang membuatkan Newt tumbuh menjadi seorang yang sangat kuat. kalaulah dia boleh keluarkan Newt dari penderitaan itu, dia sanggup kehilangan segala-galanya. Newt sudah dianggap sebagai seorang adik yang telah banyak berjasa pada nya.
"Tolonglah Atlas.. tolong bawa Newt keluar dari sini.." Delila akhirnya berpaling memandang Theo. dan terkejut melihat air muka Theo yang berubah sepenuhnya. lelaki itu memandang Lucius tajam seperti saat itu juga dia akan menghabisi si lelaki gemuk itu.
...............................................................
tiba masanya untuk penilaian peserta terakhir iaitu Newt.
"sebagai pembuka selera, saya menghidangkan satay bebola daging yang bersalut sos yang diolah menggunakan lada hitam dan nenas. menu utama pula adalah gulungan daging kambing yang disumbat dengan cendawan, bawang, 3 jenis keju dan bayam yang telah dimasak selama 30 minit pada api yang perlahan. kemudian gulungan daging itu dibalut dengan kepingan prosciutto. dan yang terakhir, pencuci mulut adalah pai coklat kelapa dengan kopi dalgona sebagai topping." jelas Newt sambil mengatur hidangan ke dalam 3 pinggan yang lebih kecil di hadapan para juri.
kesemua hidangan unik itu kelihatan sangatlah lazat. baunya sahaja membuatkan mereka menelan air liur. Lucius mengetap gigi geram, bagaimana seorang budak hingusan seperti ini mampu menyediakan hidangan sebegini walaupun bahan-bahan utama telah pun dirosakkan olehnya tadi. tanpa disedari sesiapa, Lucius cuba untuk menyepak meja yang diletakkan hidangan-hidangan itu dihadapannya. biar semuanya jatuh dan tidak boleh dimakan lagi. dia tersengih sinis.
meja mula tidak seimbang dan bergoyang-goyang. namun, belum sempat ia jatuh menyembah bumi, meja itu terlebih dahulu disambut oleh satu tangan.
"Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau cuba nak buat.. sekali lagi kau sabotaj hidangan Newt, habis kau aku kerjakan.."
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasy*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
