semua yang berada di situ terlopong mendengar kata-kata Lady Lavendar. Ya. Hanya yang mempunyai darah diraja di dalam dirinya mampu membuatkan bunga abadi yang kuncup itu mengembang cantik. kali terakhir bunga itu mengembang adalah pada 30 tahun yang lalu. ketika itu terdapat seorang lanun datang menyinggah di sini. seorang lanun yang tidak kelihatan seperti lanun. Bila ditanya berkali-kali barulah lelaki itu mengaku yang dia merupakan darah diraja. Lady Lavendar ingat lagi kerana waktu itu dia baru sahaja dilantik menjadi penjaga kepada bunga abadi ini. Dan ya.. lelaki di hadapannya ini mengingatkan dia pada lelaki itu.
Theo kelihatan tersengih lebar. kagum dengan permandangan bunga kembang di hadapannya itu. juga gembira apabila dia perasan pada tengah-tengah bunga yang kembang itu, dibawah sesungut debunganya, terdapat serbuk-serbuk emas yang sangat banyak. dan di dalam serbuk emas itu dia dapati ada satu emas kecil berwarna agak kemerahan berkelip-kelip bagaikan cuba untuk membuat Theo perasan akan kehadirannya. Tanpa disedari sesiapa, Theo pantas mencapai ketulan emas kecil itu dan disorokkan ke dalam saku bajunya.
"Okay! aku dah selesai.." ujar lelaki itu dan terus berlalu dari situ tanpa menjawab soalan Lady Lavendar tadi. Newt kelihatan terdiam di situ. dia hanya memerhatikan langkah Theo meninggalkan tempat itu. berdasarkan riak wajah Lady Lavendar dan Chef Emmet yang masih lagi memerhatikan langkah Theo, dia pasti yang Theo Atlas bukanlah seorang lanun yang biasa.
siapa kau? Theo Atlas..
........................................................................................
Delila mengutip sisa-sisa papan yang tertera nama restorannya yang dicat menggunakan warna merah jambu. matanya melirik sayu pada bangunan restoran yang hanya tinggal tiang. semuanya telah hancur musnah. hanya dalam sekelip mata sahaja. dia kehilangan semuanya. para tukang masak dan pekerja restoran yang lain hanya mampu untuk turut bersedih dengan kejadian ini. bahu Delila dipeluk lembut. cuba untuk memberikan semangat pada majikan mereka.
"Chef.." panggil Newt membuatkan Delila berpaling.
"Newt.. tahniah.. aku bangga dengan kau." ucap Delila seraya menarik Newt ke dalam pelukan. Newt terkesima. mana tidaknya, Delila selama ini tidak pernah melayannya dengan baik. tetapi hari ini, dengan linangan air mata, wanita itu sedang memeluk dirinya. dia tidak pernah melihat sisi Delila yang satu ini.
"Chef.. restoran kau.." Delila melepaskan rangkulan. kedua-dua belah bahu Newt dipegang kuat.
"Newt.. dah tiba masanya untuk kau capai impian kau.." ujar wanita itu. Newt terdiam sebelum menggeleng.
"Tak-"
"Dengar dulu apa aku nak cakap!"
"Aku tahu selama ni kau tak boleh nak keluar dari pulau ni sebab kau korbankan impian kau demi restoran ni.. tapi sekarang restoran ni dah tak ada.. jadi, dah tak ada apa-apa lagi yang menghalang kau untuk keluar dari sini.." ujar Delila.
"Kau dah tak perlu risau lagi pasal Lucius.. dia dah tak ada kuasa sekarang. aku boleh belasah dia bila-bila masa sahaja. Jadi aku nak.. kau pergi kejar mimpi kau. dan kembali ke sini bila kau dah jadi tukang masak yang terkenal serata dunia." Newt tertunduk memandang tanah. Dia ingat lagi waktu dia berumur 13 tahun.
Waktu itu dia diterima sebagai pembantu dapur di Gourmet Galore, restoran milik Chef Delila. dia bekerja di situ secara senyap-senyap agar tidak diketahui oleh ayahnya yang merupakan pemimpin Lotus City. Dia seronok bekerja di situ walaupun bosnya garang dan kadang-kadang bersikap tidak berperikemanusiaan. tetapi, berada di situ lebih membuat dia rasa gembira berbanding berada di rumahnya. dia pernah mengutarakan impiannya pada Delila, dan Delila pernah cuba untuk membantunya keluar dari pulau itu.
Namun, sebaik sahaja diketahui oleh Lucius, Newt ditangkap dan dikurung selama berbulan-bulan. bukan setakat dikurung, lelaki itu juga diseksa dan langsung tidak diberi makan. hanya diberikan minuman untuk hidup sahaja. Gourmet Galore juga diharamkan untuk terus beroperasi selama itu. restoran itu hampir musnah sehinggalah dia bersetuju untuk melupakan impiannya itu agar Lucius tidak mengapa-apakan restoran milik Delila lagi.
Banyak kali Delila cuba untuk mengusirnya, tetapi dia enggan pergi. Dia tahu Delila mengusirnya agar dia tidak terikat dengan perjanjian itu lagi. Tetapi, restoran itu adalah keluarga yang dia tak pernah ada. Tak mungkin dia akan mengabaikannya.
"Newt.. pergi!" kata-kata dari Delila mematikan lamunan Newt.
"Chef.. aku..." Newt mati kata-kata. Bahunya ditepuk oleh Delila dan wanita itu tersenyum manis.
"Pergi..."
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasía*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
