40

68 12 0
                                        

"Elena?" Everit bangkit dari duduknya dek kerana terlalu terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Theo.

"Aku tak salah dengar kan? Kau anak Elena??" soal lelaki itu lagi. Kenton yang turut berada di situ memandang ayahnya pelik. kenapa lelaki itu sampai terkejut sampai macam tu sekali? siapa Elena?

"Ya.. aku anak dia.. anak yang telah menyebabkan kematian dia.." Theo menjawab sebelum tertunduk lemah. sejak dia mengetahui fakta itu dari Kapten Blackstone tempoh hari, hatinya sentiasa berasa berat dan sugul. dialah yang menyebabkan kematian ibunya. Kalau bukan sebab ingin menyelamatkan dia, Elena tak akan mati. Mungkin perang dingin ini juga tidak akan berlaku. semuanya disebabkan dia.

Everit memandang dingin ke arah Theo yang masih tertunduk. sekarang baru dia tahu kenapa lelaki ini mampu menemukan pulau ini tanpa sebarang masalah. semuanya adalah kerana takdir yang telah terikat pada lelaki itu. Takdir yang tak akan mampu lelaki ini larikan diri. Patutlah sejak awal pagi tadi dia dapat rasakan aura Tyrat yang selama ini terasa lemah tiba-tiba sahaja seperti sedang bergolak kuat.

Tiba-tiba sebilah mata pedang diangkat betul-betul di hadapan leher Theo menyebabkan Xavier dan Keith dua-dua mengangkat senjata masing-masing ke arah Everit. Kenton yang masih terkejut itu pantas berundur mendekati ibunya yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Xavier! Keith!" Xavier dan Keith mengetap gigi sebaik sahaja Theo memanggil nama mereka. Walaupun enggan, mereka terpaksa menurunkan senjata masing-masing, akur dengan arahan sang kapten. Tetapi masih dalam keadaan berjaga-jaga. 

"Aku tak tahu apa yang kau buat di sini.. tapi aku sarankan kau tinggalkan pulau ni segera!" tegas Everit. dengan mata pedangnya masih di leher Theo. Theo mengangkat kepalanya. memandang tepat ke arah Everit.

"Kau dah ayah kau telah menyebabkan kehancuran Pulau Sandia, 26 tahun yang lepas." sambung lelaki itu lagi membuatkan kedua-dua biji mata Theo terbutang luas.

"Apa maksud kau?" Everit memasukkan kembali bilah pedangnya ke dalam sarung sebelum melangkah ke pintu rumahnya.

"Ikut aku.." 

.............................................................................

Agak jauh mereka berjalan mengekori Everit dan beberapa orang pahlawan Pulau Sandia yang turut mengiringi perjalanan mereka. mereka sudah lama meninggalkan perkampungan besar itu dan masuk ke dalam hutan terus melalui kaki sebuah bukit. kemanakah lelaki itu ingin membawa mereka?

30 minit mendaki, Everit tiba-tiba berhenti. dan menatap ke arah satu permandangan yang sangat mengerikan di hadapannya. jauh di sebalik bukit itu, terdampar satu kemusnahan yang amat dasyat. rangka-rangka manusia dan haiwan bergelimpangan di atas tanah yang berwarna hitam. separuh dari pulau itu hancur musnah. kesan kerosakan yang amat dasyat itu seperti sebahagian dari pulau itu telah dilanda ribut taufan, ombak besar dan disambar api dalam masa yang sama.

"Apa yang jadi dekat sini?" soal Xavier.

"Apa yang kalian lihat pada perkampungan Puak Owhia itu cuma sebahagian dari kemusnahan yang berlaku 26 tahun dulu. bahagian barat pulau ini didiami oleh Puak Hatra dan Puak Zenu. dan apa yang kau tengah tengok sekarang adalah saki baki dari perkampungan kedua-dua puak itu." jelas Everit membuatkan Theo, Xavier dan Keith tersentak. 

"Apa yang berlaku?" soal Theo menggenggam erat kedua-dua buku limanya.

"Sebaik ayah kau, Elden, meninggalkan pulau ini bersama Elena.. semangat dari penjaga pulau ini menjadi kacau bilau. ini kerana sebahagian dari rohnya berada di dalam badan Elena. sebaik Elena pergi, maka sebahagian rohnya turut sama menghilang." Everit mula menyambung langkahnya. nampaknya, tempat itu bukanlah destinasi yang mereka hendak tuju. 

"Seperti yang kalian tahu, pulau ni di jaga oleh satu semangat seekor naga bernama Tyrat, protector of the weak. seperti namanya, dia telah menjaga dan melindungi pulau ini sudah berabad lamanya. apabila adik aku lahir pucat tidak bernyawa, ayah aku memohon bantuan dari Tyrat untuk menyembuhkan Elena. dan sebagai pelindung, Tyrat bersetuju dan memindahkan sebahagian dari rohnya ke dalam badan Elena sekaligus memberi adik aku nyawa." Everit menyambung ceritanya sambil mereka berjalan menyusuri anak sungai yang mengalir jernih. 

"Tapi, apa yang kami tidak tahu, Elena sebenarnya tidak boleh keluar dari pulau ini." mereka tiba di hadapan sebuah gua besar yang ditutupi oleh satu pintu gerbang batu yang sangat besar. Everit pantas mengarahkan pahwalan-pahlawan Sandia itu untuk mebuka pintu gerbang itu. Dengan kepayahan dan bantuan dari Theo, Xavier dan Keith, pintu itu berjaya dibuka. mereka melangkah masuk ke dalam gua diketuai oleh Everit.

Gua itu bercahaya di dalam gelap. ianya adalah disebabkan oleh batu-batu kristal berwarna-warni yang memenuhi segenap pelusuk ruang gua itu. di langit gua tergantungnya tumbuhan menjalar dan memanjang bagaikan langsir yang menutupi setiap laluan mereka ke dalam gua. 

"Apabila Elena mengikut ayah kau pergi meninggalkan pulau ni, Tyrat tiba-tiba munculkan dirinya. Naga itu tak pernah perlihatkan wajahnya pada sesiapa pun sebelum ini, tiba-tiba keluar dari tempat persembunyiannya dan terbang mengelilingi pulau. awalnya kami fikir, Tyrat cuma ingin bersiar-siar. tapi, bila naga itu mula memusnahkan perkampungan kami, kami mula menganggap yang pemergian Elena ada kena-mengena dengan amukan naga itu." sambung Everit lagi. 

mereka tiba di satu ruangan yang luas dipenuhi kristal-kristal yang berukuran lebih besar berbanding tadi. pokok-pokok menjalar dan berbunga cantik tumbuh mekar di sekeliling ruangan itu dan menjalar di segenap dinding, tiang dan kristal. di tengah-tengah ruang terdapat satu batu kristal yang sangat besar berwarna hijau lutsinar seperti kaca. dan di atas kristal itu terbaringnya sekujur tubuh berkulit pucat dan kaku milik seorang wanita.

"Setahun Tyrat berkelakuan begitu sehingga dia telah memusnahkan separuh dari pulau ni. Kami bermati-matian cuba menghalangnya sehingga ramai yang terkorban. Akhirnya kami membuat keputusan untuk bersembunyi. sehinggalah satu hari, dia tiba-tiba berhenti dan menjadi sangat lemah. beberapa hari selepas itu, Elden tiba membawa sekujur tubuh kaku milik Elena, kembali ke pulau ini.."

Theo mendekati batu kristal besar itu. dahinya berkerut. peluh menitik dari dahi membasahi wajahnya. satu perasaan nostalgia tiba-tiba muncul dari dalam dadanya. Dan tidak semena-mena satu titisan air mata mula mengalir dari tubir mata sebaik dia memandang wajah pucat wanita itu.

"I... Ibu?"

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang