Pintu gerbang berwarna merah itu dibuka perlahan-lahan. semua penonton mula teruja. walau hanya mampu menonton dari luar, mereka tetap teruja untuk tahu siapakah bakal menjadi juara pada tahun ini. satu skrin marmar besar dipasang di hadapan pintu gerbang. supaya dapat ditonton oleh penonton dari luar.
seorang demi seorang perserta mula melangkah masuk bersama-sama 3 orang penyokong mereka. sama ada ahli keluarga, kawan mahupun crewmates.
Theo dan Delila membontoti Newt yang mula berjalan memasuki pintu gerbang merah. Theo tersengih gembira, manakala Delila dan Newt hanya bermuka ketat.
sebaik memasuki pintu gerbang itu, mereka disajikan dengan satu permandangan yang sangat cantik. terdapat sebuah taman yang dipenuhi bunga-bunga pelbagai warna di hadapan mereka. bukan sahaja bunga-bunga, terdapat juga haiwan-haiwan taman dan serangga-serangga berterbangan disekeliling mereka. ianya bukanlah sebuah bilik. tetapi sebuah taman yang sangat besar berbumbungkan bumbung kaca berbentuk hemisfera. dan ditengah-tengah taman itu terdapat satu silinder kaca yang besar dan tertutup di tengah-tengah sebuah tasik berwarna biru dan jernih. disekeliling silinder itu terdapat berpuluh-puluh kuntum bunga teratai berwarna merah jambu yang sepertinya belum kembang. mungkin itu adalah buah ancient lotus yang dimaksudkan mereka.
mereka dibawa ke hadapan tasik. dimana sudah tersusun 5 buah meja yang bersaiz besar. di atas meja terdapat pelbagai perkakasan memasak telahpun disediakan. di kanan mereka pula terdapat satu bahagian yang dipenuhi dengan bahan-bahan masakan dari segi sayur-sayuran, daging-daging, makanan laut, herba, buah-buahan, gandum, dan banyak lagi.pendek kata semuanya cukup lengkap untuk mereka masak apa sahaja yang mereka mahu. Theo menelan air liur perlahan.
"Baiklah.. kepada semua penyokong, kalian boleh mengambil tempat di bahagian penonton." sang pengacara menghalakan tangannya ke bahagian kiri tasik, dimana terdapat beberapa tempat duduk yang telah disediakan untuk penonton.
"Dan para peserta boleh mengambil tempat di meja masing-masing.." sambungnya lagi. kelima-lima peserta mula bergerak ke meja-meja yang disediakan. 3 juri juga telah mengambil tempat di kerusi mereka di hadapan para peserta.
"Baiklah! untuk tidak melengahkan masa lagi! kita akan memulakan pusingan kedua the Ancient Lotus Competition yang ke 15!! peraturannya sangat mudah.. setiap peserta harus memasak 3 hidangan yang terdiri daripada, pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut.
masa yang diberikan adalah 1 jam 30 minit. peserta boleh menggunakan apa sahaja bahan-bahan yang ada di sini. tapi ingat, setiap bahan utama yang disediakan adalah dalam kuantiti yang sedikit, jadi peserta tidak boleh menggunakan bahan yang sama untuk memasak. dan peserta dibenarkan untuk menggunakan segala cara yang ada untuk menyiapkan hidangan masing-masing. apa cara sekalipun, peserta harus meletakkan 3 hidangan di atas meja di hadapan juri selepas 1 jam 30 minit. saya ulangi, apa cara sekalipun." pengacara menekankan ayat terakhirnya.
"Hanya seorang sahaja peserta yang layak ke peringkat akhir dan bakal berdepan dengan Chef Mournbane Emmet!" sambungnya lagi. melihat pada para peserta sudahpun bersedia, dia pun mengangkat tangan kanannya tinggi ke langit.
"1 jam 30 minit. pusingan kedua bermula sekarang!!" dan kelima-lima peserta terus berlari ke arah bahan utama masakan.
Hinton dan Arumi berlari ke arah yang sama iaitu ke arah daging lembu segar yang telah dilabel mempunyai kualiti sangat tinggi, mungkin paling tinggi jika dibandingkan dengan bahan utama yang lain. sebaik sahaja sampai Arumi pantas memeluk daging lembu itu sebelum tiba-tiba satu tendangan menghala ke arahnya. Arumi pantas mengelak. Hinto sepertinya tidak mengalah, dengan mukanya yang agak bengis itu dia terus menerus menyerang Arumi bagi mendapatkan daging lembu yang berkualiti itu.
sementara itu, Jacody dan Ellis juga kelihatan sedang bertarung bagi merebutkan ikan salmon biru berbintik kuning segar yang agak sukar untuk didapati di mana-mana lautan.
Namun begitu, Newt kelihatan bersahaja memilih tulang rusuk kambing dan beberapa potongan daging kambing yang labelnya jelas menyatakan kualitinya yang tidak setaraf dengan daging lembu dan salmon yang direbutkan oleh peserta lain.
"Kenapa perlu berebut?" soal Theo dalam kagum melihat pertarungan peserta-peserta di bahagian pantry yang sepertinya sudah bertukar menjadi gelanggang.
"Mereka merebutkan bahan utama yang berkualiti tinggi. walaupun masih ada banyak bahan utama lain. bagi mereka, semakin tinggi kualiti bahan utama, semakin sedaplah masakan mereka.." jelas Delila sebelum tersenyum sinis sambil matanya menghala ke arah Newt.
"Tapi mereka silap, seorang tukang masak yang sebenar mampu menukarkan bahan yang berkualiti rendah.. menjadi satu hidangan yang berkualiti tinggi.." sambungnya lagi. dan Theo turut tersengih.
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasia*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
