27

60 11 0
                                        

"Kau lagi!" Lucius meradang marah. dari tadi lagi lelaki lanun ni cuba untuk merosakkan rancangannya. datang pun entah dari mana. lengan lelaki yang sedang memegang meja daripada jatuh itu direntap kuat. nasib baik meja sudah kembali stabil jadi hidangan milik Newt masih selamat.

"Kau lanun jijik! keluar dari pulau aku!" Ujar Lucius. theo tersenyum sinis. tangan Lucius yang masih memegang lengannya itu dipulas kasar membuatkan lelaki itu melompat-lompat kesakitan. 

Tiba-tiba, satu tendangan yang sangat laju menghala ke arah Theo membuatkan Theo pantas melompat dan mengelak dari tendangan tersebut. dia menjeling tajam ke arah si pemilik serangan.

Chef Emmet juga turut menjeling tajam ke arahnya. 

sah.. lelaki itu bukan hanya seorang tukang masak yang biasa. Theo dapat rasakannya, kekuatan dari serangan tadi. serangan yang hanya nampak seperti tendangan biasa. 

"Jangan buat kacau dekat sini, Atlas.." Ujar Emmet dengan suara yang agak garau dan dalam.

"Aku tak akan buat kacau kalau korang adil.." ujar Theo perlahan. Emmet berdehem sebelum memandang Lucius. lelaki gemuk itu merengus.

"Fine! teruskan.." ujarnya. 

dan mereka pun meneruskan penilaian tentang hidangan milik Newt yang dari tadi hanya mendiamkan diri. dia tak tahu apa niat sebenar Theo Atlas. Kenapa lelaki itu ada di sini sekarang? dan kenapa lelaki itu sering membantunya walaupun dia dah banyak kali cakap yang dia tak perlukan apa-apa pertolongan. 

sebaik sahaja masakan Newt masuk kedalam mulutnya, Chef Emmet dapat merasakan keseimbangan rasa yang sangat menakjubkan. walaupun dari bahan-bahan yang tidak masuk akal dan berkualiti rendah. tetapi masakannya lebih lazat berbanding mereka yang menggunakan bahan yang berkualiti. Ya, dia tahu Lucius tak akan sukakan keputusannya. Tapi, keputusan telahpun dibuat. Newt Sadler mampu untuk pergi lebih jauh.

Lucius mengetap gigi sebaik merasa masakan Newt. hidangan yang sangat sedap. sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. jadi dia hanya mendiamkan diri.

"Baiklah! para juri telahpun membuat keputusan. hanya seorang sahaja peserta yang layak untuk ke peringkat akhir dan bertanding melawan Chef Mournbane Emmet.  keputusan sekarang sudah pun berada di tangan saya.." ujar sang pengacara sambil memegang sehelai kertas yang dilipat kecil.

mereka yang berada di luar bangunan itu juga kelihatan teruja menunggu siapakah peserta itu.

"Aku rasa Newt menang.." ujar Aigle.

"Mestilah.. kau nampak tak reaksi muka juri-juri tadi bila diorang makan masakan Newt." balas Ken.

"Peserta yang bakal menentang Chef Mournbane Emmet pada pusingan akhir ialah... Chef Newt Sadler!!!" dan Ken, Aigle, Blade dan Xara bersorak kuat di luar. Keith dan Xavier tersengih manakala Ash bertepuk tangan.

Theo mengangguk-angguk sambil berpeluk tubuh. Lucius hanya menumbuk meja, berang kerana tidak dapat merubah keputusan Chef Emmet.

"Good job Newt.." Delila bertepuk tangan sambil tersenyum.

Newt tersenyum bangga. matanya terarah kepada Chef Emmet membuatkan senyumannya kendur. reaksi muka lelaki itu sedikit membuatkan dia gementar. lelaki itu sedang memandangnya dan tersenyum. namun senyuman itu membuatkan dia menelan air liurnya dan terasa kelat.

"Kita akan terus ke pusingan ke tiga. yang juga akan diadakan di sini." Ujar si pengacara. tempat itu sudah dibersihkan. meja-meja di situ juga sudah bertukar menjadi 2 biji meja besar berbentuk melengkung. Newt berdiri di meja sebelah kiri dan Emmet berdiri di meja sebelah kanan. 

"kedua-dua peserta akan memasak satu hidangan setiap seorang. dan bahan utama hidangan ini adalah.." Si pengacara menghalakan tangannya ke arah tasik besar di sisi mereka. 

"Buah dari bunga abadi.." Theo mula teruja apabila melihat Lady Lavendar Darling mula memetik beberapa kuntum bunga lotus dari dalam tasik. sebaik bunga diangkat, terdapat 3 biji buah berbentuk bulat berwarna kemerahan. ianya tak sama dengan buah teratai biasa. buah dari bunga abadi sangatlah unik. rasanya pula sangat manis. sangat sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut.

buah yang dipetik diletakkan di dalam sebuah bakul kecil dihadapan para peserta.

"juri adalah dari kalangan semua yang berada di sini. jadi setiap peserta harus menyediakan hidangan yang cukup untuk semua yang berada di dalam bilik ini.. undian terbanyak adalah juara bagi 15th Ancient Lotus Cooking Competition." jelas si pengacara lagi. 4 orang peserta sebelumnya bersama 3 orang penyokong mereka masih berada di dalam bilik itu. jadi mereka semua akan menjadi pengadil bagi pusingan terakhir ini.

Newt memandang buah lotus yang berada di hadapannya. otaknya ligat berfikir hidangan apa yang patut dia sediakan.

"Masa diberikan adalah 1 jam. Dan ianya bermula dari sekarang!!"

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang