"Mana kau dapat ni Theo?" soal Keith sebaik sahaja Theo menyerahkan serpihan urre gold ke-15 kepadanya. Theo tersengih.
"Dalam bunga abadi.."
Mereka semua sudah berkumpul di atas Jackdaw Ibis dan sedang bersiap-siap untuk berlayar keluar dari Ancient Lotus Tropic. Disebabkan matahari sudah hampir tenggelam, mereka mengambil keputusan untuk berlayar keesokan harinya sahaja. Nasib baik mereka sempat mendapatkan bekalan makanan semalam, jadi mereka tidak perlu risau lagi memandangkan Lotus City sudah musnah dan tiada sumber untuk mereka dapatkan bekalan.
"Nampaknya si shadow tu dah tinggalkan pulau ni awal-awal lagi.." Ujar Xara yang perasan kapal Shadow Heinrik yang sebelum ini berlabuh di sisi kapal mereka sudah tiada lagi.
"Aku tak faham apa yang dia nak sebenarnya.." balas Blade. teringat ketika lelaki itu dibelasah oleh Theo beberapa hari lepas.
"Itu tak penting.. yang penting sekarang, apa yang naga hitam tu nak buat dengan buah lotus.." ujar Xavier yang berpeluk tubuh sambil bersandar pada sisi kapal.
"Kau perasan tak bila naga tu nak serang Theo, tapi dia macam ubah fikiran saat-saat akhir?" soal Ken.
"Ada sesuatu pasal naga tu yang buat aku rasa meremang.." ujar Ash sambil menggosok-gosok lengannya.
"Naga macam tu mana ada perasaan.. kau tengok jelah cara dia musnahkan tempat ni.. cara dia musnahkan kampung aku." Blade melepaskan pandangannya pada Lotus City yang sebelum ini berkelip-kelip cahayanya di waktu malam, sekarang hanya kelihatan bara api yang masih lagi belum terpadam.
"Kita tak nak tolong diorang ke?" soal Aigle.
"Kita kena keluar dari sini secepatnya. kita dah ada dekat pulau ni dah lebih 2 minggu." ujar Xavier. Dan Aigle hanya mengeluh perlahan sambil merehatkan dagunya di atas sisi kapal.
"Tapi kita belum jumpa serpihan urre gold.." gumamnya perlahan.
"Kita dah boleh berlayar.." Keith yang muncul dari dalam kabin kapal bersama Theo bersuara membuatkan semua rakan-rakannya berpaling ke arah lelaki itu.
"Theo dah jumpa serpihan ke-15.." Keith mengangkat tangannya yang menggenggam serpihan emas kecil berwarna kemerahan. bersinar terang walaupun di dalam gelap.
"Wahhh!!" jerit Aigle teruja. yang lain tersengih sumbing.
Keith membentangkan peta di atas lantai deck. kesemua rakan-rakannya mula berkumpul mengelilinginya. Xara meletakkan lampu minyak tanah di sisi peta bagi menerangi aktiviti mereka.
Keith pantas menggantikan serpihan urre gold pada kompas lagenda. dan kompas di letakkan di atas peta bertanda Ancient Lotus Tropic. jarum kompas berputar laju bagi menentukan destinasi mereka yang seterusnya. mereka diam memerhati.
Jarum berhenti berpusing. ia menunjukkan ke satu arah. dari Ancient Lotus Tropic, jarum menghala sedikit ke arah barat. Masing-masing mula berkerut dahi. ada yang memandang antara satu sama lain, keliru.
Jarum menujuk ke satu arah, tetapi tiada pulau di situ. hanyalah satu laut luas yang melintasi sempadan benua Urb. disebalik sempadan itu, tetap ia tidak mempunyai sebarang pulau. kebanyakan pulau adalah lebih ke arah utara dan selatan. tetapi tidak di bahagian barat. ianya seperti satu laluan laut luas yang panjang tanpa daratan.
"Apa maksudnya ni?" soal Xara.
"Mungkin serpihan ke-16 ada atas kapal macam sebelum ni?" soal Ken.
"Atau mungkin ada pulau ikan duyung lagi dekat bawah laut tu??" sambungnya lagi, teruja.
"Benua Urb tak ada ikan duyung, Ken.." Balas Theo.
"Laluan tu dipanggil sebagai Yearning Line. satu garisan lautan misteri yang tidak mempunyai sebarang pulau. ada yang katakan garisan itu adalah garisan menghala ke 5 penjuru latitud. Tapi sampai sekarang tak ada yang boleh pastikan sebab tak ramai yang berani untuk melalui garisan itu."
Theo mengulangi apa yang dijelaskan oleh Canavar.
"Canavar bagitahu kau?" soal Xavier, Theo hanya mengangguk.
"Sebab Canavar asal dari benua Urb jugakkan?" balas Xara pula.
"Kalau betullah garisan tu adalah 5 penjuru latitud, maknanya...." Aigle memandang Theo.
"Maknanya kita dah nak sampai ke harta lagenda.." ujar Keith turut memandang Theo.
Theo terdiam. sedang berfikir adakah dia bersedia untuk semua itu? adakah dia akan bertemu dengan overlord di situ? bagaimakah dia akan menamatkan perang dingin antara benua selepas dia menemui urre gold?
bahunya disentuh membuatkan lamunan Theo terhenti. Xavier tersenyum sumbing.
"Walau apa pun yang akan jadi nanti, kau kena ingat yang kau tak keseorangan.." ujar lelaki itu.
"Mestilah.. kitorang kan ada!" Aigle tersenyum girang.
Theo memandang satu persatu wajah rakannya yang sedang tersengih ke arahnya,
sebelum...
"hahahah mestilah!!" ujarnya sambil mengangkat buku limanya tinggi ke langit sambil ketawa terbahak-bahak.
2 minit kemudian.....
"Tapi kejap!" Ujar Theo tiba-tiba membuatkan ketawa mereka mati.
"Kita belum cukup ahli!"
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasia*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
