*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni.
** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list)
Nama aku Theo Atlas Draegan
Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah
Aku...
Newt, Theo dan Emmet memasuki Ancient Lotus Chamber diikuti oleh pada penduduk Lotus City. Xavier, Ken, Keith dan Blade yang cedera agak teruk hanya menanti di perkarangan bangunan itu sambil berbaring kepenatan, manakalan Xara, Aigle dan Ash turut membontoti kapten mereka masuk ke bangunan itu.
di tengah-tengah taman yang telah musnah di dalam bangunan itu, terdapat satu tasik yang sudah keruh airnya. bunga-bunga lotus yang sebelum ini banyak memenuhi tasik itu juga sudah berkurang. di tengah-tengah tasik, terdapat satu silinder kaca yang masih tertutup dan masih utuh berdiri di situ walaupun sekelilingnya sudah musnah.
di hadapan tasik kelihatan seorang wanita sedang berdiri memandang ke arah silinder kaca. Emmet mendekati lalu bahu wanita itu disentuh.
"Lavendar.." ucapnya. Lady Lavendar menunduk lemah. sedih melihat keadaan ruangan yang telah dijaga dengan baik selama berpuluh-puluh tahun, musnah hanya dalam sekelip mata sahaja. namun, siapa dia untuk menyalahkan takdir.
"Tidak mengapa, Emmet. Aku tidak menyalahkan sesiapa." Lady Lavendar menyentuh tangan Emmet di bahunya lembut. Theo tersenyum. ini kali pertama dia mendengar suara Lady Lavendar itu. Mana tidaknya, sepanjang pertandingan ini, wanita itu langsung tidak bersuara. Hanya Lucius sahaja yang bising. dan Emmet yang hanya bercakap bila perlu.
Lady Lavendar maju ke depan. tiba-tiba satu platform kaca muncul dari dasar tasik naik ke permukaan air. platform kaca itu panjang. cukup untuk dijadikan jambatan menghubungkan tebing tasik ke silinder kaca di tengah-tengah tasik itu. Lady Lavendar berjalan perlahan di atas platform kaca dan mendekati silinder.
dia melutut di hadapan silinder kaca itu lalu tangan disentuh ke permukaan silinder. Tiba-tiba silinder itu terbuka. dan mula menunjukkan isinya kepada semua penghuni Lotus City. semua yang berada di situ terpegun.
Terdapat sekuntum bunga berwarna merah jambu berkilauan terapung-apung si atas permukaan air di dalam silinder itu. bunga itu kucup, di sekelilingnya terdapat satu aura nipis yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. saiznya lebih besar jika hendak dibandingkan dengan bunga-bunga lotus yang berada di sekeliling tasik.
"Itu ke bunga abadi?" soal Aigle. Xara mengangguk perlahan dan mulutnya kelihatan sedikit terbuka akibat kekagumam melihat bunga itu. walaupun ia tidak kembang, ia tetap kelihatan sangat cantik.
Lady Lavendar berpusing memandang Emmet.
"Siapakah juara pertandingan kali ini?" soalnya. Emmet tersenyum sumbing sebelum memandang ke arah Newt membuatkan lelaki itu tersentak.
"Tapi, saya belum sempat siapkan masakan saya.." ujar lelaki itu. Emmet menepuk bahu lelaki itu.
"Kau lebih layak, anak muda.. pergilah" dan belakang badan Newt ditolak. Theo ketawa. Delila yang turut berada di situ mula bergenang dengan air matanya. Bangga dengan Newt. Newt pula kelihatan teragak-agak. betul ke ni? betul ke? betul kee???
Dia berjalan di atas platform. sambil-sambil matanya tertoleh ke belakang dan kedepan. sehinggalah dia berhenti di sisi Lady Lavendar.
Lady Lavendar memberi ruang kepada Newt. tangan dihalakan ke Ancient Lotus. Newt mengangguk perlahan. tangannya menyentuh kelopak ancient lotus lembut. serentak dengan itu satu aliran tenaga menerobos masuk ke dalam badannya membuatkan dia rasa begitu bertenaga. Newt ketawa perlahan. belum pernah dia rasakan tenaga sekuat ini dalam badannya.
Tangannya mencapai sebiji buah lotus yang berada di bawah kelopak bunga itu. buah ancient lotus yang ini langsung tidak sama dengan bunga-bunga lotus yang berada di sekeliling tasik. buah yang satu ini bentuknya lebih kepada bentuk hati. dan warnanya sedikit keemasan. saiznya juga lebih besar. buah itu dipetik dan dibawa ke dadanya. buah itulah yang menjadi buruan manusia dari serata dunia. kononnya buah itu mampu menyembuhkan segala jenis penyakit. dan mampu memanjangkan usia seseorang. Newt tersenyum memandang Lady Lavendar.
"Aku nak tengok boleh?" soal seorang lelaki tiba-tiba dari belakang Newt membuatkan Newt dan Lady lavendar terkejut. dari mana pulak datangnya lelaki ini?
"Atlas.. apa kau buat kat sini?" soal Newt. Theo tersengih.
"Aku nak tengok bunga tu.. boleh tak?" dia memandang Lady Lavendar. wanita itu tersenyum manis sebelum mengangguk perlahan.
"Hanya lihat sahaja.. tidak boleh disentuh.." Newt memberi ruang kepada Theo untuk melihat ancient lotus dengan lebih dekat.
Theo mencangkung di hadapan bunga tersebut. dia dapat rasakan satu tenaga yang sangat kuat datang dari bunga itu. tangannya dihulurkan ke hadapan. cuba untuk menyentuhnya walhal Lady Lavendar sudah melarangnya tadi. Tapi, sifat ingin tahunya lebih kuat. belum sempat dihalang sesiapa, tangannya sudahpun hinggap pada kelopak bunga merah jambu itu.
serentak dengan itu, ancient lotus yang sedari tadi hanya mengucup, tiba-tiba mengembang menjadi bunga yang sangat besar. kelopak-kelopaknya berlapis dan mengeluarkan aroma yang sangat wangi. debunga juga berterbangan ke udara. Ladu Lavendar terkejut. begitu juga semua yang berada di situ.