wajah pucat dan kaku itu ditatap dengan mata yang bertakung. dahi berkerut seribu. dia tidak pernah kenal siapa ibunya. apatah lagi pernah bertemu dengannya. bagaimana dia tahu yang wanita yang sedang terbaring itu adalah ibunya? dan bagaimana mungkin jasadnya masih lagi teguh selepas 25 tahun menghembuskan nafas yang terakhirnya? wajahnya yang pucat itu walaupun sudah sedikit berkedut, tetap kelihatan sangat cantik dan menawan. seakan-akan sedang tidur. Theo berpaling memandang Everit.
"jasad ni.. milik ibu aku?" soalnya. Everit melangkah mendekati Theo.
"Ini adalah jasad Elena yang telah dikembalikan oleh Elden 25 tahun yang lalu."
"Tapi, kenapa jasadnya masih lagi sempurna?"
Xavier dan Keith turut sama mendekati meja kristal itu dan terpegun melihat jasad cantik wanita yang sedang terbaring di situ.
"Dia macam tengah tidur saja.." ujar Xavier.
"Sejak Elden mengembalikan Elena ke sini, jasadnya langsung tidak terjejas sampailah ke hari ini. kami juga tidak tahu kenapa. kami sudah periksa jantung dan nafasnya. semuanya sudah tidak ada. jadi kami mengambil keputusan untuk tidak mengebumikan jasad Elena, sebaliknya dimakamkan di sini sahaja. kerana tempat ini adalah tempat bersembunyinya Tyrat." jelas Everit.
Theo mengelus perlahan wajah pucat Elena. kulitnya terasa dingin sekali. adakah sebenarnya ibunya ini masih hidup? jika tidak, tak mungkin jasadnya masih sesempurna ini.
"Atlas!" Theo tersentak mendengar suara Canavar tiba-tiba sahaja memanggilnya sebelum..
DUPP!
DUPP! DUPP!
Theo memandang sekeliling. dadanya berdegup kencang.
DUPP! DUPP!
Bunyi apa itu?
"Theo? kenapa?" soal Xavier yang sepertinya langsung tidak terkesan dengan bunyi itu. begitu juga yang lain.
Theo hanya mendiamkan diri dengan wajah yang tegang. Tenaga Canavar terasa begitu bergolak di dalam badannya sekarang. canavar sendiri sudah kelihatan gelisah. ke kiri dan ke kanan tidak tentu arah. seakan-akan sedang takutkan sesuatu.
DUPP! DUPP!
itu adalah bunyi degupan jantung. yang sangat kuat. tapi, kenapa hanya dia sahaja yang mendengarnya?
"Theo?" soal Keith pula. kini semua yang berada di situ sedang memerhatikan air wajah Theo yang sedang berubah itu.
"Ada satu bunyi." ujar Theo. kini wajah Everit pula berubah tegang. dia dapat rasakan, tenaga yang sejak tadi sedang bergolak, kini berubah kencang sekali.
RAAWWWRRRRR!!!!!!
Belum sempat Everit bersuara, satu ngauman yang sangat kuat tiba-tiba sahaja kedengaran menggegarkan gua itu.
ngauman itu bukan sahaja didengari oleh mereka, malah ianya bergema ke seluruh pulau Sandia. sehingga, Xara, Ken, Blade, Aigle, Ash dan Newt juga turut terkejut mendengarnya.
"Ash.. aku tak suka bunyi tu.." ujar Aigle memeluk erat senapang putih miliknya. Ash yang berada di sisinya turut sama terkedu.
"Bunyi apa tu? macam bunyi Zordath je?" soal Blade. mata ke empat-empat sahabat yang sedang berada di tengah-tengah hutan tebal itu menatap ke langit biru.
"Aku tak pasti.. yang penting, kita perlu cari Theo dulu." ujar Xara. dan mereka pun meneruskan perjalanan.
"Nampaknya.. ada yang telah mengejutkan raksasa dari tidur.." ujar Zidan sambil melangkah keluar dan berdiri di tengah-tengah gelanggang lama itu. matanya turut sama menghala ke langit dan tersengih sinis.
Perkampungan Sandia juga mula kecoh. masing-masing mula berlari masuk ke dalam rumah masing-masing dalam keadaan ketakutan. pintu dan jendela ditutup rapat. dan masing-masing bersembunyi tanpa sebarang suara.
"Suara ni?" soal Theo. everit mengangguk.
"Ini suara Tyrat. Protector of the weak."
seketika kemudian, bunyi degupan jantung yang hanya didengari oleh Theo tadi menjadi semakin lemah. dan tiada lagi bunyi ngauman seekor naga. yang hanya didengari oleh telinga Theo sekarang adalah suara rengekan.
"Kau dengar suara tu?" soalnya memandang Everit.
"Suara apa? aku hanya dengan ngauman tadi.." theo berkerut dahi. sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Keith dan Xavier. kedua-dua sahabatnya itu turut sama menggeleng.
"suara rengekan siapa tu, Can?" gumam Theo perlahan.
"Aku tak pasti.. yang pasti, hanya kita sahaja yang mendengarnya. aku rasa.. suara tu.. milik Tyrat.." ujar Canavar.
Theo memandang ke hadapan. suara rengekan tanpa henti itu masih kedengaran di telinganya. dan ia datangnya dari arah sebuah lubang pada dinding gua tersebut. lubang itu tidak terlalu besar. namun, masih mampu memuatkan seorang manusia untuk masuk ke dalamnya. dia berjalan perlahan ke arah lubang yang dikelilingi batu kristal berwarna-warni itu.
lubang itu menghala ke bawah tanah. dan penghujungnya sangatlah gelap. mungkin kerana, sudah tidak ada cahaya matahari lagi yang mampu untuk sampai ke bahagian itu. Theo hanya merenung lubang itu dengan satu perasaan yang bercampur baur.
"Hei.. Draegan.. kau tak terfikir untuk masuk ke lubang ini bukan?" Everit memegang bahu Theo, menyedarkan lelaki itu dari lamunan.
"Apa yang ada dalam lubang tu?" soal Keith.
"Seperti yang aku cakap tadi, gua ini adalah tempat persembunyian Tyrat. dan aku tak rasa lubang itu akan membawa kau ke taman bunga.." ujar lelaki itu. sedikit sarkastik.
"Aku.." Theo bersuara sebelum dia menatap wajah Everit dengan satu pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
"Aku perlukan jawapan.."
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasy*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
