"Kau ni siapa pulak?" soal Lucius memandang tajam ke arah Theo yang sedang menghirup seafood stew buatan Newt. Theo mengangkat pinggan dan mangkuk yang sudah kosong itu lalu diletakkan di atas meja di hadapan Newt.
"Kau memang pandai masaklah.. tak pernah aku rasa makanan sedap macam ni.. lagi sedap dari yang aku makan kat restoran haritu.." ujar Theo tidak menghiraukan pertanyaan Lucius. Lucius mengetap gigi. terasa tercabar apabila lelaki itu tidak menghiraukannya. Buku lima diangkat cuba untuk menumbuk Theo yang sedang membelakanginya. Namun tumbukannya terlebih dahulu disambut oleh Ken.
"I wouldn't do that if I were you.." ujarnya tersengih sinis.
"Dengar sini, Lucius.. dekat sini ramai saksi yang boleh membuktikan yang kau berat sebelah. masakan Newt layak untuk ke pusingan seterusnya dan kau tak boleh menidakkannya!" ujar Delila sambil menunding jari ke arah Lucius. Lucius mengetap gigi , namun sebelum sempat dia membalas, Chef Emmet tiba-tiba berdehem. membuatkan Lucius terdiam menahan geram. dia memerhati ke arah para penonton yang sudah mula bercakap-cakap sesama sendiri.
"fine.." gumamnya perlahan.
"Tapi jangan ingat kau akan menang pertandingan ni. jangan lupa.. pusingan terakhir, peserta harus bertarung dengan Chef Emmet!" sambungnya lagi seakan-akan memberikan amaran kepada Newt. mereka pun terus berlalu dari situ menuju ke arah peserta yang seterusnya.
"Aku tak perlukan pertolongan dari korang lah.." ujar Newt perlahan.
"Aku tak ada tolong kau pun.. aku just cakap makanan kau masak tu sedap. rugi je kalau biarkan tumpah dekat tanah macam tu.." ujar Theo sebelum berlalu dari situ diikuti Ken dari belakang. Delila memandang ke arah Newt, bahu Newt ditepuk perlahan.
"Kalau kau tekad nak teruskan, jangan berhenti separuh jalan.. walaupun halangan tu dari bapak kau sendiri, Newt.. ingat tu." dan Delila pun berlalu meninggalkan Newt yang sedang bermain dengan fikirannya sendiri.
....................................................................
"Baiklah! kesemua hidangan telah pun diadili oleh para juri. saya akan umumkan, diantara 150 orang chef yang bertanding, siapakah 5 orang peserta yang layak untuk ke peringkat ke-2?" dan bersama dengan suara lantang si pengacara, terdapat bunyi gendang yang kuat sebagai latar belakangnya.
"Peserta pertama yang layak ke peringkat seterusnya adalah, Chef Arumi dari Restoran Arumi's kitchen!" seorang gadis muda berambut perang berpakaian chef berwarna merah jambu melangkah ke hadapan diiringi oleh sorakan penonton.
"Peserta kedua adalah Chef Hinton, dari benua Metafierra!" seorang lelaki berotot besar tidak berbaju dan hanya memakai apron hitam dibadannya tersengih dan berdiri di sebelah Chef Arumi. Chef Arumi berganjak sedikit menjauh dari lelaki itu.
"Peserta ke tiga adalah Chef Jacody dari Damsby Island!" Chef Jacody seorang lelaki berpakaian agak formal iaitu suit hitam dengan tali leher yang terikat kemas, berjalan penuh gaya sebelum berdiri di sisi Chef Hinton.
"Peserta ke empat adalah Chef Ellis dari benua Euloth!" seorang wanita berambut panjang memakai dress sendat yang agak seksi berwarna kuning melangkah ke hadapan diiringi oleh siulan dari para penonton yang gatal.
"dan peserta yang terakhir adalah..." si pengacara terdiam sebentar seraya menjeling ke arah para juri, sebelum dia meneruskan pengumumannya.
"Chef Newt dari Restoran The Blossoms Palace!" keadaan menjadi sunyi sebaik sahaja nama Newt disebut. lelaki itu melangkah ke hadapan tanpa perasaan. dia tahu, Lucius terpaksa meletakkan namanya ke pusingan seterusnya atas arahan dari Chef Emmet. disebabkan kejadian bersama Delila dan Theo Atlas tadi, cukup menampakkan yang lelaki itu sebenarnya memang berat sebelah dan sengaja tidak mahu Newt bertanding. tapi Chef Emmet masih cuba untuk menyelamatkan air mukanya sebagai seorang pemimpin yang adil. Lucius memang bodoh, jika tiada Chef Emmet selaku penasihatnya, dia tak mungkin dapat mengekalkan jawatannya sebagai pemimpin Lotus City.
"Dan dengan ini, pusingan pertama Ancient Lotus Cooking Competition telah pun tamat! kita akan kembali lagi dalam masa 1 jam untuk pihak Ancient Lotus Chamber membuat persiapan untuk pusingan seterusnya!"
.....................................................................
"Kau ada apa-apa kaitan ke dengan lelaki gemuk tu?" soal Xara tiba-tiba membuatkan Newt sedikit terkejut. dia sedang mengemas barang-barang masakannya tadi ketika Theo Atlas dan rakan-rakannya datang menyapa.
"Kenapa aku nak kena bagitahu korang pulak?" dia sambung mengemas sebelum bangkit berdiri menghadap lanun-lanun itu.
"Hei.. korang ni kenapa sibuk sangat? Kita tak ada kena mengena pun kan?"
"Eh.. Kau kan chef kitorang.. mestilah ada kena-mengena.." ujar Blade.
"Berapa kali aku nak cakap yang aku tak akan join crew kau?"
"Tapi kau masak sedapppp!" balas Theo sedikit merayu.
"aku ada impian yang perlu aku capai.. aku tak boleh buang masa nak main lanun-lanun dengan korang.. dah.. pergilah balik.." Newt menyambung kerjanya.
"Baiklah.. tapi dengan satu syarat.. lepas ni kitorang tak akan kacau kau lagi.." Theo mengalah membuatkan rakan-rakannya sedikit terkejut.
"Fine.. apa dia?"
"Bawa aku masuk dalam Lotus Chamber tu dengan kau.." Newt memandang Theo sebelum mengeluh perlahan.
"Okaylah kalau itu yang kau nak.. lepas ni tolong jangan kacau aku lagi!"
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasy*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
