Matahari mula memancarkan sinarnya. terik sekali pada pagi ini. burung-burung juga berterbangan bebas di udara. seakan-akan kejadian semalam tidak pernah berlaku pun. Jackdaw Ibis masih berlabuh di perlabuhan Lotus City. kelihatan anak-anak kapalnya sedang berdiri merenung kapten mereka yang sedang tersengih sumbing.
"Theo kita kena bergerak sekarang.. kita dah terlalu lama kat sini." ujar Xara berpeluk tubuh.
"Tak nak." sepatah sahaja keluar dari mulut kapten mereka itu. Xara mengurut dahi.
"Kau tak payah laa nak tunggu lagi, dia tak akan datang.." Balas Keith pula.
"Tak nak." Keith pula mengurut dahi. penat bercakap dengan kapten keras kepala macam lelaki itu.
sejak sebelum matahari terbit lagi, mereka ingin berlayar pergi meninggalkan pulau itu. tetapi kapten mereka tetap berkeras untuk tunggu. secara tepatnya menunggu seseorang. yang dia begitu yakin sekali akan berlayar bersama mereka nanti.
"Xav.. tolonglahh.." Xara memandang abangnya yang seakan-akan tidak pedulikan situasi berkenaan. cuba untuk meminta bantuannya kerana dia tahu Xavier dan Ken memang lebih rapat dengan Theo berbanding yang lain. Tapi Ken tidak boleh diharap. lelaki itu lebih banyak bermain dari serius. Hanya Xavier satu-satunya harapan mereka sekarang.
namun hampa, Xavier hanya menjungkit bahu sahaja. Xara mengeluh perlahan. putus asa.
"Jangan risaulah Xara.. aku yakin.. dia akan datang punya!" Theo memegang bahu Xara sebelum merapati sisi kapal. pandangan dibuang jauh ke dalam Lotus City yang sudah tinggal runtuhan. bara api sudah lama terpadam. kelihatan pada penduduk mula cuba untuk memperbaiki rumah masing-masing.
"Fine.. satu jam saja.. kalau dia tak datang, kita pergi!" arah gadis itu sambing mengangkat jari telunjuknya di hadapan muka Theo. Theo tersengih lalu memngangguk.
satu jam kemudian.....
"Labuhkan layar.. naikkan sauh!!" arah Keith. masing-masing hanya menurut dan membantu. berlari ke sana dan ke sini bagi memastikan kapal mereka dapat berlayar tanpa sebarang masalah. Namun, Theo masih lagi memandang ke arah Lotus City. kakinya sudah menghentak-hetak lantai laju. perasaan gementar mula menyelubunginya. air liur ditelan kelat.
"Newt.. mana kau?" gumamnya perlahan.
Jackdaw Ibis mula bergerak perlahan meninggalkan jeti. sebelum...
"Newt!!" jerit Theo. kesemua rakan-rakannya berpaling ke arah daratan.
kelihatan seorang lelaki berambut jingga berpakaian chef berwarna biru sedang berdiri di atas satu bukit kecil tidak jauh dari perlabuhan. Newt membetulkan cermin matanya. mukanya sedikit ketat. dibelakang badannya tersandang sebuah beg yang bersaiz sederhana.
Theo di atas kapal sudah tersengih sambil melambai-lambaikan tangannya. Newt berdecit. menyampah..
kakinya mula melangkah ke hadapan sebelum langkahnya menjadi semakin laju dan semakin laju. sampai sahaja di jeti, dia terus melompat tinggi ke udara. dan mendarat di atas deck Jackdaw Ibis dengan penuh style.
"Kau dah ajak aku, sekarang kau nak tinggalkan aku pulak? tak semudah tu Atlas.." uajr lelaki itu. Theo tersengih. Xara mengurut dahi. Xavier, Keith, Blade dan Ash tersenyum, Aigle kelihatan teruja dan Ken pantas memeluk bahu lelaki itu.
"Kita dah ada tukang masakkk!!!!!" jerit Ken dengan sebelah tangan di udara. Theo turut sama bersorak kuat. dan Jackdaw Ibis berlayar pergi dengan penuh kekecohan pada pagi itu.
Delila mengekori kapal merah kecil itu berlalu meninggalkan pulau dengan anak matanya. bibirnya mengukirkan senyuman manis. akhirnya, berjaya juga dia memujuk Newt untuk pergi bertualang ke dunia luar.
"Jadi, budak tu ambil keputusan untuk memperluaskan bakatnya di luar sana juga ya?" ujar satu suara di sisinya. Delila tersenyum sinis.
"Sekurang-kurangnya, lepas satu beban dekat bahu aku ni." balas wanita itu. dan lelaki di sisinya ketawa kuat.
"Hahaha.. aku tahu tak maksudkannya.. aku tahu betapa kau sayangkan budak tu macam anak kau sendiri kan?" Delila terdiam sebelum menghela nafas panjang.
"Biarlah dia pergi ke luar sana. aku yakin, dia akan lebih gembira kat sana.."
"aku tak pasti soal itu.. yang aku pasti, 'anak' kau tu dah ikut orang yang berbahaya.." Emmet menyerahkan sekeping kertas berwarna kuning cair kepada Delila. Mata Delila sedikit membutang melihat poster itu.
Wanted!
Theo Atlas
500K coins
Dead or Alive!
................................................................................
"Jadi, sekarang kita nak kemana?" soal Newt memandangkan dia orang baru dalam kumpulan mereka. lelaki itu sedang memasak sarapan mereka di bahagian dapur Ibis yang selama ini tidak pernah berasap. masing-masing berkumpul di situ kerana perut sudah mula berkeroncong. Hanya Keith sahaja masih lagi berada di bahagian pengemudi kapal, sedang memerhati gerak awan. dan memastikan mereka di laluan yang betul.
"sekarang kita ke benua Urb.." Ujar Xara. Newt yang sedang mengacau nasi goreng di dalam kuali itu terhenti.
"Benua Urb?" soalnya. setahu dia benua itu dipenuhi dengan para raksasa.
"Kita nak buat apa kat sana?" soalnya lagi.
"Mestilah nak cari Urre Gold!" ujar Theo tersengih. sekali lagi membuatkan Newt terkedu.
Nampaknya dia dah salah pilih kapal...
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasy*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
