ABANGKU SUAMIKU (40)

1K 24 0
                                    

Tiba-tiba Encik Erwan mengetuk kepala Eydeen menggunakan tongkat.

PAP!!

"Adoiiiii. Sakitlah papa!" "Kamu tu dah jadi suami dia. Pandai-pandai lah pujuk bini sendiri. Takkan ibu kamu yang perut tengah memboyot ni nak pergi pujuk pulak?"

"Dah la. Dua beranak ni asyik  nak bergaduh aje kerjanya. Eydeen, kamu buatlah apapun asalkan Wina tak badmood dan hadir majlis malam ni."

"Hm, oklah."

"Wina sayang, janganlah badmood. Malam ni awak kena pergi majlis makan malam tau!"

"Hah, tak nak lah saya." "Hei, awak kena pergi jugak sebab kesianlah dekat ibu tu. Dah la tengah pregnant,lepastu nak kena pujuk anak perempuan dia yang degil ni pulak."

"Hmm yelah yelah." "Ok, cun!"

Semasa majlis sedang berlangsung,

"Datin, datuk, mana anak-anak? Tak datang lagi ke?" "Belum, tengah on the way rasanya." "Kejap lagi sampai la tu."

Keadaan di luar majlis,

"Wina, jom." Kata Eydeen kepada Mawar sambil menghulurkan tangannya.

"Eeee apa ni, tak sukalah." "Shhh, jangan cakap kuat sangat nanti orang dengar yang kita bergaduh. Abang buat macam ni sebab biar orang nampak kita bahagia macam pasangan pengantin yang lain."

"Hmm yelah yelah."

Lalu Mawar menghulurkan tangannya kepada Eydeen.

"Eh, pengantin baru dah sampai lah!" Kata tetamu di situ sambil mengambil gambar pasangan itu.

"Baiklah, disebabkan pasangan pengantin kita sudah sampai jadi tiba masanya untuk kita teruskan majlis ni."

"Majlis ini bukan sekadar  sambutan untuk pengantin baru tetapi ia juga merupakan majlis untuk isteri saya yang tercinta, Datin Erisha Marsha. Beliau sekarang sedang pregnant anak kami yang pertama.

" Ok, sekarang kita mulakan acara meneka jantina bayi kami. Sedia??"

POP!!

*Keluar belon berwarna pink*

"Nampaknya jantina bayi kami ialah bayi perempuan."

"Wooooo, tahniah datuk dan datin."

Semua tetamu memberi tepukan yang gemuruh kepada Encik Erwan dan Puan Marsha.

Setelah selesai majlis,

"Ibu, papa, disebabkan majlis dah selesai so kitaorang dah nak balik." "Ok, drive kereta elok-elok ye sayang! Buat yang terbaik malam ni, tau!"

Abangku Suamiku (COMPLETE✔️) Where stories live. Discover now