Pada keesokan paginya,
"Wina. Selamat pagi." "Eh Hazmi, selamat pagi. Awal eh harini?" Balas Mawar kepada Hazmi.
"Er haah. Aku busy sikit harini sebab kena ikut Cik Yuna outstation." "Oh yeke? Kalau macam tu, enjoy your day."
"Wina. Aku lupa nak cakap dengan kau yang petang ni kau ada perjumpaan dengan CEO Syarikat Mawar Merah."
"Kenapa tiba-tiba ja? Tapi aku petang ni ada hal." "Penting sangat ke hal tu?" "Boleh la. Lama tak perjumpaan tu?"
"Tak lama, dalam pukul 5 macamtu habislah." "Betul eh habis pukul 5? Kalau tak habis aku kena dengan abang aku nanti."
"Ye betul. Aku janji, kalau ada apa-apa hal lagi petang ni, aku cancel." "Ok, thanks."
Pada akhir sesi perjumpaan,
"Terima kasih Cik Wina kerana sudi membantu kami. Kalau Cik Wina lapang, jom kita makan malam terus."
"Sama-sama. Oh terima kasih ajelah sebab saya sebenarnya ada hal. Takut tak sempat. Lain kali ye." "Oh ye, takpe Cik Wina."
"Kalau macamtu saya gerak dulu ye."
Tiba-tiba terdengar hon kereta.
"Aduuh, abang aku dah datang la. Wei, aku gerak dulu tau. Apa-apa kau cancel je!" "Ok!"
"Lambat eh? Aku dari 4.30 tunggu kau tau!" "Bapak argh. Sapa suruh datang awal-awal? Padan muka kau." "Eh eh dia ni."
"Ni kita nak pergi mana?" "Nak pergi mana lagi, nak pergi siapkan diri la. Tanya lagi."
"Oh ye eh? Ok ok."
Setelah sampai dia butik,
"Selamat datang. Encik Eydeen ke?" "Ye saya." "Oh, mari ikut saya ke belakang."
"Cik boleh pilih nak baju kat sini ye. Kalau ada masalah panggil saya." "Baiklah."
"Wah cantiknya baju ni!"
Wina, dah pilih ke nak gaun yang mana?" "Tengok, cantik tak. Saya sukalah gaun ni, cantik and simple.""Gaun ni adalah salah satu design terbaru di butik ni. Gaun ni sangat limited edition. Jika ada dua gaun yang sama, mungkin salah satunya ialah gaun tiruan. Gaun ni original, bukan tiruan."
"Macam mana nak bezakan tiruan dan asli?" "Di bahagian perhiasan hanya mempunyai satu jenis bunga yang berlainan iaitu bunga sakura." "Jika di salah satu gaun tidak ada bunga tersebut, maka itu merupakan gaun tiruan."
"Oh baiklah, saya akan ambil yang ni." "Encik, sila bayar di kaunter." "Dua pakaian ni saya akan pakai. Tidak perlu bungkus. Hanya perlu letakkan baju kami didalam beg."
"Oh baiklah. Terima kasih berkunjung di butik kami."
YOU ARE READING
Abangku Suamiku (COMPLETE✔️)
RomanceDua orang adik-beradik tiri yang tinggal bersama dengan keluarga mereka. Selalu bergaduh diantara satu sama lain seperti musuh. Tetapi akhirnya si abang jatuh cinta kepada adik tirinya sendiri lalu mengambil keputusan untuk mengahwini adik tirinya...