𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"EVENDERDELRICO! Datang jugak akhirnya. Dah berjanggut aku tunggu kau!" Sambut seorang lelaki tinggi lampai yang sempat berbicara dengan Evender di atas talian sebentar tadi. Siapa lagi jika bukan Lucas.
Evender tidak menyambut sambutan si sahabat. Dia lebih memilih untuk melabuhkan punggungnya di atas sofa yang telah disediakan di situ.
"Where's my weapons, Lucas?" soal Evender tanpa berbasa-basi.
Lucas mengulas senyuman tipis dengan sebelah tangannya yang dicekak ke pinggang. Tch! Perangai Lucas dari dulu sehingga sekarang tidak pernah berubah. Tangan selalu gatal hendak dicekakakkan ke pinggang.
"Di gudang. Aku suruh anak buah kau simpan kat sana dulu." balas Lucas.
"Jason, bawa semua senjata tu ke sini." arah Evender kepada Jason yang berada di sebelahnya sedari tadi.
"Baik, signor!" Jason terus menuruti arahan daripada Evender.
Kini hanya tersisa tiga orang jejaka yang masih berada di situ sambil ditemani dengan beberapa botol whiskey.
"Kau akan terus gunakan senjata tu untuk mangsa kau?" Lelaki berhidung mancung dengan tatoo berakar panjang di bahunya mula bersuara.
"Kaulah mangsanya, Aaron." balas Evender lalu kembali meneguk minuman di dalam gelasnya.
Aaron dan Lucas menghamburkan tawa mereka sambil memandang antara satu sama lain.
"Signor, ini semua senjata yang baru datang hari ni." Jason datang dengan dua orang bodyguard yang menjaga senjata tuannya. Gila! Barang mati sahaja harus dijaga dengan penuh pengawasan.
"Hm. Jason, kau boleh pergi balik dulu. Bawa kereta tu dan aku akan balik dengan kereta yang dekat garaj sana nanti." ujar Evender tanpa melihat ke arah Jasin kerana sedang sibuk memeriksa senjata-senjatanya.
"Baik, signor."
"Wait! Esok, belikan phone baru untuk dia. Terus aktifkan chat nombor telefon aku dalam phone tu. Beri phone tu dekat dia lepas kau dah siap setting semuanya. Kau faham tugas kau, Jason?"
"Faham, signor. Kalau tak ada apa-apa lagi saya pergi dulu." ucap Jason lalu segera melangkah pergi dari ketiga-tiga jejaka yang lebih muda daripadanya.
Ya, walaupun mereka masih muda. Ketiga-tiga jejaka itu lebih muda dan berkuasa daripada Jason. Jason sedar akan dirinya yang rendahan.
Usia tidak menjamin sepan dan santun antara satu sama lain. Tetapi yang berkuasa, pasti menjamin segala-galanya.
"Dia? Hoho! Jadi betullah apa yang aku dengar? Kau beli perempuan yang usia dia jauh lebih muda daripada kau, Evender Delrico?" Lucas bertanya dengan wajah penuh dengan riak kejutan.