KETIKA bulan sudah melabuhkan tirainya, kini matahari pula yang membuka tirainya. Pagi sudah menjelang. Tetapi rasanya, sinaran cahaya matahari yang menembusi cermin lut sinar di bilik itu langsung tidak mengganggu tidur seorang gadis yang baharu sahaja menjadi seorang wanita hanya dalam satu malam yang suram.
Keira Elaine masih nyaman dengan hidup khayalannya di alam mimpi. Tatkala membayangkan hidupnya yang bahagia di alam mimpi sahaja sudah membuatkan dirinya terasa amat bahagia. Bagaimana jika ada seseorang yang hadir ke dalam hidupnya lalu membahagiakannya? Pasti hidupnya akan sangat berwarna dengan ratusan kebahagiaan bukan?
Lenanya terusik tatkala dia merasakan sesuatu yang berat menindih pinggang rampingnya. Siapa lagi jika bukan tangan kekar Evender yang sedang memeluk erat wanita itu? Pelukannya yang amat erat lagikan kemas membuatkan Keira bangun dari lenanya. Sedikit demi sedikit kelopak matanya dibuka.
"Finally, You're awake, mia cara! Macam mana tidur kau semalam? Nyenyak?" soal Evender lalu mengelus lembut surai rambut Keira yang masih membelakanginya itu.
Nanti! Apa dia tanya tadi? Nyenyak? Hei, dia baru saja meragut mahkota terunggul wanita itu lalu sesenang itu saja dia menyoal adakah tidur gadis itu nyenyak atau tidak. Rasanya, jejaka itu benar-benar sudah gila!
Tiada jawapan yang keluar dari mulut Keira. Wanita itu hanyak berdiam diri. Tubuhnya masih terasa lemah. Hendak bangun sahaja sudah terasa tidak berdaya.
Evender tetap mempertahankan senyuman pada bibirnya. Tangannya kini berpindah pada pipi mulus Keira lalu mengusapnya dengan lembut. Bukan usapan kasih sayang, tetapi sebaliknya ia lebih ke arah usapan yang seakan-akan menginginkan sesuatu.
"Kurang nyenyak ke? Memang patut pun. Kau masih terlalu awal untuk semua ni, Keira. Kalau kau dah terbiasa nanti, mesti tidur kau akan lebih nyenyak," kata Evender lagi. Senyumannya yang manis tadi sudah bertukar menjadi senyuman sinis.
Wanita itu hanya menganggukkan kepalanya. Sekali lagi dia hanya pasrah dengan segalanya. Menolak pun cuma sia-sia. Hanya Evender Delrico yang berkuasa di sini. Dan Keira... Tidak kurang seperti hamba abdi lelaki itu. Hanya penderitaan yang akan wanita itu rasakan jika melawan lelaki itu bukan?
Evender mengukir senyuman kemenangan. Bibirnya mendekat ke arah telinga Keira. "Kau tahu kan, yang kau tu...cuma milik aku sorang. Only me. No one can be with you without my permission."
"I'm very happy today because of you, mia cara. Macam yang aku dah janji semalam, hari ni aku akan spent time dengan kau dan aku akan ajar kau macam mana nak habiskan duit dengan cara yang betul."
Keira masih berdiam diri sambil merenung kosong ke arah dinding rata itu. Wanita itu benar-benar seperti wanita bisu sekarang.
"Aku nak settlekan dulu kerja-kerja aku di private office. Kau bersiaplah dulu. Nanti bila kerja aku dah siap aku panggil kau." ujar Evender lalu bangun dari tidurnya dan terus berlalu keluar dari bilik itu dengan hanya memakai jubah mandinya.
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
Romance𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 ° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ ° Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri. Evender Delrico...