𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
EVENDER tersenyum sinis tatkala membaca mesej di telefon pintarnya.
"Belajar tinggi-tinggi pun otak kau tu dekat lutut juga! Kau jangan ingat aku boleh tunduk pada kau, Xandra Aubrey!"
Evender melemparkan telefon pintarnya ke atas meja dan kembali memejamkan matanya. Masih nyaman berbaring di atas katil.
"Disgusting! Should I ended this game early because of that little girl? Tch! Perempuan tu memang buatkan aku gila! Yes, Keira. I'm going crazy because of you!" Evender mengulas senyumannya. Matanya kembali terpejam.
"Signor, kenapa tak bangun lagi ni? Bangunlah! Saya dah buatkan sarapan special untuk signor tau!" Keira duduk di birai katil sebelah Evender.
"Mata aku tak boleh buka ni macam mana nak bangun?" Evender berniat untuk menyakat Keira.
"Aik? Kenapa pula?" Keira panik. Dirinya semakin mendekat ke arah Evender. Tangannya ingin untuk memeriksa mata Evender dengan membuka mata Evender dengan tangannya sendiri namun...
"Signor!" Keira membulatkan matanya. Dia merengus kesal. Sungguh gerakan Evender lebih tangkas daripadanya. Belum sempat hendak membukakan mata Evender, jejaka itu terlebih dahulu mendaratkan bibirnya di pipi Keira.
"Tadi! Tapi saya bangun awal lagi dari signor tau! Cuma saya tak naklah kejutkan signor awal sangat. Signor letih eh?" Keira berkata dengan nada lembut sambil memainkan jari jemari Evender.
"Hm... Kau yang buat aku letih semalam," Evender tersenyum jahil.
"Hish! Dah lah! Pergilah mandi dulu! Saya dah buatkan roti bakar untuk signor. Kalau lambat nanti sejuk pula," Keira terus menarik Evender hingga jejaka itu tegak berdiri.
Evender sempat menguap sejenak. Ngantuknya masih terasa.
"Kenapa kau pula yang buat ni? Apa guna aku bayar gaji maid yang ada dalam mansion ni kalau kalau kau pula yang buat kerja?"
"Haih, tak apa. Bukan selalu pun. Dah, cepat sikit mandi. Nanti sejuk roti tu macam lah signor akan makan! Cerewet!" Keira ingin beranjak namun Evender sempat menarik tangannya hingga membuatkan Keira terpaksa menoleh kembali ke arah jejaka itu.
"Eeee....apa lagiiiii?"
"Thanks. Thanks sebab...sebab kau sentiasa ada dengan aku..."
Keira mengukir senyuman manis tatkala mendengar pengakuan Evender itu.
"Sama-sama, signor! Pergi mandi dulu ya? Nanti kita makan sama-sama," Setelah itu, gadis itu terus keluar dari bilik meninggalkan Evender seorang diri.
Evender menghela nafas. Senyuman lembut terukir di bibir.
"You're mine, Keira Elaine. You're mine forever! Please give me time to able to love you completely!"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Ya. You tunggu kejap, nanti I sampai," Evender membalas kata-kata yang disampaikan orang yang berada di atas talian sembari menuruni anak tangga menuju ke dapur.
Evender sudah kemas dengan pakaian kerjanya yang berwarna hitam itu. Warna pakaian yang selalu dikenakan oleh Evender. Macam dah tak ada warna lain dalam dunia ni, hitam juga dipilihnya!
"Morning, mia cara." Evender memeluk Keira dari arah belakang ketika gadis itu sedang menghidangkan roti bakar yang sudah disapu jem stawberi di atasnya.
"Hm, morning." balas Keira malas.
"Kenapa ni? Tadi okey je?"
"Tak ada apa-apa. Lepaslah, mesti signor sibuk kan hari ni. Makanlah dulu," Keira menuntun Evender menuju ke kerusinya.
"Wait, but kenapa kau..."
"Shhh! Kita sarapan dulu ya?" Lantas Keira melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Evender. Susu segar yang dihidangkan di dalam gelas terlebih dahulu dicapai lalu diteguk bagi membasahkan tekak.
"Malam ni aku tak balik," ujar Evender setelah kunyahan roti bakar pertamanya ditelan.
"Malam ni pun?"
Evender hanya mengangguk.
"Aku ada banyak kerja,"
"Boleh saya ikut? Sekali je..."
"No. Just stay here," tegas Evender.
"Hm... Macam ada something je yang signor sorokkan dari saya kan?"
Gerakan tangan Evender yang memegang garfu dan pisau itu terhenti. Irisnya menatap tajam ke arah wajah keira kelihatan sayu.
"Kenapa kau cakap macam tu?"
"Hari tu baju signor bau perfume perempuan. Entah-entah esok lusa, bekas lipstick pula yang melekat," Keira bekata tanpa melihat ke arah Evender. Pandangannya kosong. Sungguh pagi ini sangat lain dari pagi sebelum ini yang selalu ceria.
"Signor pernah cakap yang signor tak suka ditipu. Tapi... saya pun manusia signor. Saya pun ada hati dan perasaan. Walaupun signor tak pernah kesah pasal perasaan saya, tapi... saya tetap kecewa kalau signor sanggup tipu saya..."