𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SETELAH perdebatan di antara Aaron dan Evender tadi, Aaron memutuskan untuk segera pulang ke apartment meninggalkan kedua sahabatnya itu. Hanya akan timbul masalah besar jika Aaron tidak terus pergi meninggalkan sahabatnya yang hampir gila. Jika bukan Lucas yang berjaya meleraikan perbalahan mereka, pasti kedua sahabat itu akan bermalam di hospital saat ini.
Aaron tahu, bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk melepaskan diri begitu sahaja daripada Evender. Ia terbukti ketika dirinya sedang dalam perjalanan pulang seraya membawa superbike, ada sebuah kereta yang sentiasa membuntutinya dari belakang. Aaron meyakini bahawa kereta itu adalah milik orang suruhan Evender. Dan Aaron memilih untuk menggunakan jalan lain dan waktu untuk sampai ke apartment juga sedikit lambat dek kerana ingin mengaburi orang suruhan Evender.
"Keira...!" panggil Aaron setelah mengunci pintu apartmentnya. Seluruh lampu ruang tamu masih menyala. Aaron memang sengaja membiarkannya kerana Keira hanya seorang diri di apartment ini.
Kakinya melangkah menuju ke kamar utama. Pintu ditolak sedikit. Ada sedikit cahaya yang terlihat dari dalamnya. Sunyi. Jam menujukkan pukul 1.00 pagi. Sepertinya Keira sudah dibuai mimpi. Terbukti saat Aaron melihat selimut besar yang menutupi tubuh mungil itu hingga ke pangkal leher dengan matanya yang terpejam rapat.
Cantik. Aaron mengulas senyuman manisnya. Aaron melepaskan jaketnya. Tuala mandi dicapai lalu dia lekas masuk ke bilik air bagi membersihkan diri.
Tidak mengambil masa yang lama untuk membersihkan diri setelah seharian di tempat kerja, Aaron sudah rapi dengan pakaian santainya. Waktunya untuk tidur. Tetapi sebelum memejamkan matanya, Aaron menyempatkan diri untuk menyapa Keira.
"Maaf... Mesti lama kan awak tunggu saya? Maaf sebab saya tak dapat nak balik awal hari ni..." Telapak tangannya mengusap pipi Keira yang gebu. Membelainya dengan penuh rasa sayang, layaknya seorang suami yang sangat mencintai isterinya.
"Eungghh...hhh... Hm? Awak dah balik? Maaf, saya tertidur..." Keira mengusap matanya saat tidak sengaja menangkap Aaron yang berada di sampingnya.
Aaron kembali mengulas senyum. "Tak apa, sayang. Sorry, sebab dah kacau awak tidur. Ngantuk sangat eh? Elelele..." Ibu jarinya mencubit lembut pipi Keira.
"Haah... Tapi baru je tadi saya tertidur. Awak dah makan?"
"Dah. Awak dah makan ubat?"
Keira mengangguk kecil dengan mata sepetnya. Mengantuk lagi la tu.
"Keira... Awak marah ke saya tinggalkan awak sorang-sorang dekat sini. Lama pula tu. Maaf, sayang. Ada masalah sikit tadi..." ujar Aaron dengan lembut.
"Tak apa. Saya dah biasa duduk sorang-sorang. Lagipun apa hak saya nak marah awak? Kita bukan ada apa-apa hubungan pun. Saya patutnya rasa bersyukur sebab awak ada untuk lindungi saya. Tanpa awak...apalah nasib saya sekarang kan?" kata-kata Keira kali ini membuatkan jantung Aaron sedikit berdegup laju.
"Kita bukan ada apa-apa hubungan pun." Kata-kata itu terngiang di dalam benak fikiran Aaron.
Memang betul. Cuma Aaron sahaja yang mahu menjalinkan hubungan sekarang ni.
Dan Keira langsung tidak menyedari akan hal itu.
Aaron tersenyum tipis. "Keira..."
"Hm?"
"Erm, tak ada apa-apalah," Aaron membuang pandangannya ke arah lain.
"Aik? Kenap..."
"Good night, sayang... Saya ke sofa dulu ya," cantas Aaron.
Tappp!
Suis lampu ditutup. Hanya cahaya dari lampu pada beranda sahaja yang kelihatan samar.
Sebenarnya Aaron ingin mengatakan sesuatu.
Namun, untuk sekarang biarlah dia merahsiakannya terlebih dahulu sehingga tiba waktu yang tepat untuk Keira mengetahui perasaan sebenar Aaron Alexis terhadap dirinya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JAM menunjukkan pukul 2.00 pagi. Namun mata bundarnya belum terpejam rapat lagi saat kebanyakkan manusia di belah dunia Eropah ini sudah lena dibuai mimpi.
Dia tidak boleh tidur kerana yang sentiasa berada di sampingnya selalu kini telah hilang entah ke mana.
Saat ini dia keseorang.
Kesepian.
Tiada lagi celoteh dan kegirangan si gadis yang sentiasa mencuit hatinya.
Hanya mimpi buruk dan penyesalan yang teramat sentiasa menyelubungi dirinya saat ini. Dia amat memerlukan Keira Elaine di sisinya.
"Mama... dah banyak kali Even hilang orang yang Even sayang, ma... Even dah kehilangan mama. Even dah...Even dah tak sanggup nak kehilangan orang yang Even sayang sekali lagi, ma... Even sayangkan dia... Even tak boleh kehilangan dia, ma..."Sudah lebih dua jam jejaka itu memeluk erat bingkai foto mendiang sang ibu.
Dia tiada tempat untuk meluahkan segalanya.
Setiap kesedihan dan kebimbangan yang hadir dalam dirinya selalu diceritakan dan diluahkan kepada bingkai kaku yang tak akan pernah memahami.
Sekuat apa pun dia menahan tangis, lama kelamaan akan tumpah juga ketika hati sudah amat mencintai.
Pada akhirnya, Evender gagal menahan air matanya lagi. Sedikit demi sedikit mengalir membasahi pipi.
Sekiranya ada Keira, pasti gadis itu akan mengusap-usap belakangnya sambil memujuk bukan?
"Even menyesal, ma... Even rindukan Keira. Even tak boleh hidup tanpa dia... Sesiapapun...tolong...kembalikan dia pada aku... Aku bersumpah, aku akan lindungi dan bahagiakan dia... Tolong...tolong aku..." Suaranya hanya bergema sendirian di dalam kamar ini berserta dengan isak tangisnya yang tak kunjung berhenti.
Evender Delrico... benar-benar merasakan kesakitan yang amat memilukan dalam dirinya saat ini.
Sakit.
Pedih.
Semuanya menyatu bagaikan ditikam pisau belati penuh berbisa.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.