Chapter 09 : Again?

1.3K 62 0
                                    

                    JIWANYA hancur

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


                    JIWANYA hancur. Hatinya pilu. Namun wajahnya tetap mengukirkan senyuman.

Jika bukan kerana nasihat sang ibu dan janjinya kepada mendiang ibu untuk tetap teruskan hidup sampai rasa sakit yang dirasakannya terbayar dengan kebahagiaan yang setanding, Keira mungkin akan lebih memilih untuk melanjutkan aksinya yang pernah ia lakukan sebelum ini seperti bunuh diri dan menghilangkan diri dari dunia yang tidak pernah membuatnya bahagia.

Namun kerana janjinya jua, dia tetap bertahan sampai ke saat ini.

Kaki kecilnya terus melangkah mengikuti langkah Evender yang berjalan di sebelahnya sambil memegang telefon tanda sedang berhubung talian. Jejaka tampan itu sedang sibuk berurusan dengan rakan perniagaannya.

Jadi tidak hairanlah jika Evender merupakan seorang yang berlipat ganda harta. Kerana di mana pun dia berada, pasti akan tetap menguruskan perniagaannya. Seperti sekarang, dirinya yang sibuk berbicara hal pekerjaan di atas talian sampai tidak sedar jika wanitanya sudah berhenti berjalan. Jika bukan salah satu bodyguard Evender yang menghalangi langkahnya, mungkin jejaka itu telah meninggalkan Keira yang sedang mematungkan diri di tengah jalan itu.

Mata hazelnya ralit merenung ke arah sebuah kedai minuman yang telah menggiurkan kerongkongnya. Tiba-tiba sahaja dia ingin merasakan minuman yang terlihat aneh dan lain dari yang lain itu. Keira belum pernah merasakan minuman-minuman yang biasanya sering dibeli oleh orang yang sebaya dengannya. Rasanya hanya dirinya saja yang belum pernah merasakan makanan dan minuman ringan zaman anak muda sekarang.

"I'll call you back." Evender mengakhiri panggilannya dan terus berjalan ke arah Keira yang masih merenung ke arah sebuah kedai minuman yang ramai pelanggannya.

"Kenapa berhenti?" Tiba-tiba tangan kekar Evender mendarat di pinggan ramping Keira.

Keira melihat ke arah Evender dengan rasa sedikit gugup dan takut. Tangan diberanikan untuk dihalakan ke arah kedai minuman itu.

"Signor, saya nak air tu boleh? Saya belum pernah minum air yang ada aiskrim macam tu. Lepas tu ada coklat dekat atas. Cantik kan? B...boleh saya beli?" pinta Keira dengan suara perlahannya.

Dia takut Evender akan memarahinya kerana sesuka hati meminta. Sepanjang dia tinggal dengan jejaka itu, dia belum pernah meminta apapun dari jejaka itu. Semuanya hanya tawaran dan pemberian daripada Evender.

Dan sekarang adalah kali pertama Keira meminta sesuatu daripada Evender. Dan hanya ingin meminta untuk dibelikan minuman yang beraneka rasa. Pasti Evender mampu membelinya. Bahkan dengan kedai menuman itu sekali mampu dibelinya.

"No! Air tu terlalu manis. Tak baik untuk kesihatan kau. Nanti kalau kau sakit perut sesiapa yang susah? Dah, jom kita ke..."

"Sekali aje! M...malam nanti s...saya akan bayar apa yang signor nak..." kata Keira sambil menundukkan kepalanya. Benarlah, hanya tubuhnya sahaja yang boleh membayar apapun yang dia minta daripada Evender.

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang