𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
TIDAK disangka bahawa akan ada yang berani menghina Keira Elaine di rumah agam ini selain Evender Delrico. Wanita itu terlalu tidak tahu apa-apa sehingga tidak boleh membezakan yang mana satu baik dan yang mana satu berpura-pura sahaja.
Dan saat ini, Naeva menunjukkan sisi gelapnya itu kepada Keira Elaine tatkala sang penguasa tidak bersamanya.
Naeva benar-benar bijak memanfaatkan waktu untuk menjatuhkan musuhnya.
"A...apa m...maksud akak..."
"Sudahlah tayang muka tak bersalah kau tu! Aku muak tahu tak?! Muak!!!" jekah Naeva lagi.
Wanita dengan pakaian seragam khusus untuk pembantu rumah itu menghempaskan besin yang dipegangnya ke lantai lalu menendangnya ke arah Keira. Akibat dari tendangan keras itu, seluruh pakaian yang berada di dalamnya beselerak ke mana-mana.
"Kau tengok!!! Baju kotor kau lagi banyak dari baju Evender! Aku nak kau cuci baju kau ni sekarang!!!" tengking Naeva dengan sorot mata yang semakin menajam.
"T...tapi kak, arghhh!!!" Tidak sempat Keira menghabiskan ayatnya, Naeva terus mencengkam kuat rambut lurus Keira.
"Kau nak ingkar arahan aku, huh?!" Naeva menguatkan lagi cengkamannya pada rambut Keira. Wanita itu benar-benar sudah gila!
Kedua-dua tangan Keira memegang tangan Naeva yang sedang mencengkam rambutnya. Dia berusaha untuk melepaskan cengkaman keras itu. Sungguh! Cengkaman Naeva itu membuatkan kulit kepala Keira terasa amat sakit.
"T...tak... Bukan macam tu, kak. T...tolong l...lepaskan... S...sakit..." rintih Keira. Kepalanya benar-benar sakit kerana cengkaman tangan Naeva yang sangat kuat dan mengejutkan.
Naeva melepaskan Keira dengan kasar sehingga tubuh mungil Keira menyembam ke lantai. Nasib baik kedua-dua belah tangannya sempat menahan tubuhnya. Jika tidak, mungkin dagu Keira yang akan menjadi korban dari hentakan yang sangat kuat itu.
"Mungkin kau boleh bagi arahan pada orang gaji yang lain, tapi bukan dengan aku! Aku tak pernah sudi terima arahan daripada perempuan murahan macam kau!!! Kau ingat ni baik-baik, kau tu cuma menumpang dalam rumah ni. Kau tak ada hak untuk memerintah dalam rumah ni! Sedar diri sikit yang kau tu cuma budak!!!" tengking Naeva lagi. Kemudian, dia berlalu pergi meninggalkan Keira namun sengaja dipijaknya tangan Keira hingga membuatkan wanita itu meringis kesakitan.
Ini sudah keterlaluan! Tetapi Keira hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak terlintas di benak fikirannya untuk melawan wanita itu. Dia terlalu takut untuk melawan. Dia tidak berani untuk melawan orang yang lebih kuat.
"Satu lagi, aku nak kau tutup rapat-rapat mulut kau tu! Kalau kau berani mengadu hal ni dekat Evender, aku akan pastikan kau dulu yang mampus sebelum aku! Dah! Cepat turun! Buat kerja kau sekarang!!!" Naeva keluar meninggalkan Keira yang masih meringis kesakitan di atas lantai. Kasut pentofel Naeva itu membuatkan jemari Keira terluka dan mengeluarkan darah.