HARUMAN cherry blossom menyebar luas ke seluruh penjuru kamar setelah pintu bilik air terbuka dan menampakkan seorang gadis mungil dengan sehelai bathrobe yang tersarung pada tubuhnya dan rambut basah yang dibiarkan terurai.
Keira baru sahaja selesai mandi setelah sedarkan diri dari tidur siangnya. Tubuhnya yang letih lalu diberi makan tengah hari yang sangat menyelerakan membuatnya mengantuk hingga terlena.
Kerana tidur yang begitu nyaman, gadis itu sampai tidak sedar jika dirinya terbangun ketika langit biru sudah bertukar hitam. Mujurlah telefon bimbitnya berdering tadi, jika tidak pasti Keira akan tetap terlena sehingga ke hari esok.
Setelah tubuhnya disarung dengan pakaian tidur, Keira segera bergegas turun ke bawah. Dia harus berada di sana untuk menyambut kepulangan majikannya.
Evender yang menghubungi Keira tadi dengan berkata bahawa dirinya tidak akan pulang pada lewat malam hari ini. Dia ingin makan malam bersama dengan Keira dan menyuruh gadis itu untuk bersiap agar kepulangannya disambut di pintu utama.
"Cik Keira..."
Langkah Keira terhenti saat terdengar suara seorang pembantu rumah yang menyeru namanya.
Gadis itu menatap ke arah sang pemilik suara dengan senyuman lembutnya. "Ya, ada apa?" soalnya dengan lembut.
"Signor Delrico akan balik..."
"Saya tahu. Signor dah telefon saya tadi," cantas Keira dengan sopan. Nampaknya, Evender tidak hanya memberitahu pada dirinya saja malah pada pekerjanya juga tentang kepulangannya.
"Cik Keira, luka di tangan dan kaki cik dah kering ke? Cik nak saya tolong sapukan ubat? Saya pasti signor akab marah kalau tahu cik terluka," Terlihat jelas raut wajah kerisauan dari pembantu rumah itu.
Keira melihat ke arah tangannya. Luka itu sudah mengering.
"Dah okeylah ni. Akak tak perlu risau apa-apa pun," Keira mengusap lembut bahu pembantu rumah itu dengan niat unyuk mengurangkan rasa gusar daripada pembantu rumah itu.
"Mia cara! I'm home..."
Suara garau itu kedengaran sangat nyaring dari arah pintu utama. Semestinya kelibat Evender Delrico yang terpacak di situ. Dia pulang dengan senyuman lebarnya. Hal itu justeru membuatkan wajah Keira berubah sebaliknya. Senyuman di wajahnya memudar setelah melihat figura majikannya itu.
Nerakanya sudah tiba.
Kaki dilangkah menuju ke arah Evender yang sedang merentangkan kedua tangannya. Dia ingin kepulangannya disambut oleh Keira dengan pelukannya tanpa mempedulikan para pekerja yang berdiri tegak sejajar di hadapan pintu untuk menyambut kepulangannya.
"Damn! You smell fucking good, mia cara. Kau baru lepas mandi hm?" bisik Evender tepat di telinga Keira saat dirinya sedang memeluk Keira dengan saat erat.
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
Romantik𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 ° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ ° Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri. Evender Delrico...