Chapter 18 : Dark Night

1.2K 44 0
                                    

                    BANGGG!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    BANGGG!

Tangan Keira bergetar semakin kuat. Tubuhnya mendadak lemah saat Evender berjaya menembus peluru tepat di kepala Naeva. Darahnya memercik ke merata-rata tempat.

Keira takut. Sangat takut! Dia yang memegang pistol itu namun Evenderlah yang memaksa jarinya untuk menarik picunya. Secara tidak langsung Keira telah membunuh seseorang melalui perantaraan Evender.

"Gotcha! Tepat ke sasaran. That's my girl!" puji Evender lalu perlahan-lahan menjauh daripada Keira yang masih membatukan diri itu.

Evender tidak berasa bersalah sama sekali. Dia masih boleh mengukir senyumannya. Sangat berbeza dengan Keira yang benar-benar takut sekarang dengan wajah pucat lesi itu.

Pekerja yang lain juga tak kalah takutnya tatkala menyaksikan adegan tumpahan darah itu. Hanya dengan satu peluru sahaja, Evender dapat mencabut nyawa mereka jika tidak menjaga barang mahal tuannya dengan baik.

"Best kan? Kau nak aku ajar lagi macam mana nak main pistol, hm?" Evender melempar jauh pistol itu. Evender meraih pinggang ramping Keira saat gadis itu hampir menjatuhkan diri ke lantai.

"Hei, kau tak payahlah nak takut lagi. Dia memang patut terima balasan lepas apa yang dia dah buat pada kau," Evender mengusap dahi Keira yang berpeluh itu.

"S....signor... S...saya b...bunuh... S...saya dah bunuh... O...orang..." Suara Keira tergagap-gagap. Dia sangat takut dengan keadaan sekarang. Dia merasakan seperti telah melakukan kesalahan yang sangat besar meskipun ia bukanlah kemahuannya sendiri.

Evender mengangguk sekali. "Then? Kau takut polis cari kau lepas tu humban kau dalam lokap? Shh! Semua tu tak akan terjadi, sayang. You're save with me," Evender memeluk Keira seakan-akan memujuk. Dia dapat merasakan getaran hebat dari tubuh mungil itu. Keadaan ini telah membuatkan Keira trauma dalam menjalani hidup bersama seorang mafia.

Evender melepaskan pelukannya saat Keira sudah perlahan-lahan dapat menenangkan diri. Dia bangkit lalu berjalan ke arag tubuh Naeva yang sudah terkaku keras itu.

"Inilah akibatnya bila dah berani rosakkan barang mahal aku. Kau orang tengok sendiri apa yang ada depan mata kau orang! Tengok apa yang dah jadi pada dia lepas dah berani sakitkan barang mahal aku. Inilah yang akan kau orang dapat kalau berani sakitkan Keira Elaine."

"So mulai sekarang, kalau ada yang berani langgar perintah aku, just get ready, bastard. Get ready for the punishment!" Iris hitamnya merenung satu persatu pekerjanya.

Evender melindungi Keira? Melindungi hanya kerana tubuh gadis itu atau mempunyai maksud lain? Semua orang pasti akan memikirkan perkara yang sama.

"Renzo!" Panggil Evender.

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now