"K...KEIRA?"
"Macam mana boleh jadi macam ni? Apa yang dah jadi sebenarnya?" Keira langsung menangis, tidak mempedulikan Evender yang kelihatan tenang. Walaupun Evender yang terluka, Keira pula yang histeris.
"Bertenang, cik. Pesakit sudah dicuci kesan lukanya. Dia hanya perlukan lebih banyak masa untuk berehat. Kalau ada apa-apa, segera panggil kami," Doktor dan pembantunya meninggalkan bilik itu, meninggalkan Keira dan Evender sendirian.
"Apa yang terjadi? Kenapa boleh cedera sampai macam ni?!" Keira bertanya sambil memandang Evender dengan sedih, air matanya terus mengalir.
"Hei, janganla nangis macam, sayang. Saya okey je..." Evender menenangkan Keira, mengusap pipinya gebu itu untuk memberi ketenangan.
Keira menggeleng kepala, tidak bersetuju dengan kata-kata Evender. "Tak! Saya tak percaya! Maafkan saya... Ni semua berpunca dari saya..." Tangannya yang menggigil menyentuh luka Evender yang ditutupi kain kasa.
"Tak, sayang. Siapa kata ni salah awak, hm?" Evender menarik Keira ke dalam pelukannya, mengusap kepala Keira dengan penuh kasih sayang dan mencium lembut kepalanya.
Evender tersenyum pahit dalam hatinya, dia tahu bahawa jika Keira tahu dia terluka, Keira pasti akan panik dan menangis. Sebab itu, dia meminta orang-orangnya agar tidak memberitahu Keira tentang keadaannya. Tetapi ada seseorang yang membocorkannya, dan kini Keira menangis di sisinya.
"Shh, I'm here, mia cara. Luka sikit je ni," Sudah lima belas minit berlalu, dan Keira masih menangis dalam pelukan Evender, seolah-olah luka itu adalah luka baru setiap kali dilihat.
"T...tapi... awak cedera disebabkan saya... Maafkan saya... Saya tak patut buat awak macam tu... Maafkan saya..." Tangisannya makin menjadi-jadi. Evender hanya mampu menghela nafas sambil mengusap rambut Keira yang kusut-masai.
"Jadi, saya kena cedera dulu la baru awak kesah pasal saya?" Evender cuba berjenaka sambil tersenyum.
"Tak payah nak menyakat sangat la! Kalau awak tak sakitkan hati saya, tak ada maknanya saya nak abaikan awak!" Keira menjawab sambil mengesat air mata, kelihatan seperti anak kecil dengan matanya yang memerah.
"Saya takkan sakitkan hati awak lagi, Keira. Kan saya dah janji?"
"Ish! Yalah, yalah!" Perangai kekanak-kanakannya sudah kembali.
Kedua-dua mereka tertidur dalam pelukan, berkongsi kehangatan dan ketenangan setelah melalui detik yang penuh emosi. Meskipun bukan di tempat dan masa yang sesuai, mereka tetap bersama dalam kasih sayang yang mendalam.
DI SISI LAIN, seorang wanita yang tidak terlalu berusia lanjut tampak gelisah sepanjang hari. Wajahnya memancarkan kegelisahan dan keinginan yang kuat untuk pergi ke rumah agam kepunyaan anak tirinya itu. Puan Arleen amat merindui anak tirinya serta gadis kecil bernama Keira yang baru dikenal tetapi sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Dia masih belum mendengar sebarang berita tentang Keira, dan kebimbangannya semakin memuncak.
"Patut ke saya pergi ke sana dan berjumpa terus dengan mereka?" cadang Puan Arleen.
Hari itu, dia berada di tempat kerjanya, tetapi fikirannya melayang jauh. Hatinya masih bimbang akan nasib Keira. Dia khawatir jika sesuatu yang buruk mungkin berlaku kepada gadis polos itu.
"Jangan, puan. Mungkin ia takkan membantu apa-apa. Pergi ke sana tidak akan membantu. Lagipun, kemungkinan besar Signor Delrico takkan benarkan puan untuk berjumpa dengan Cik Keira. Apatah lagi jika hendak jejakkan kaki ke mansion tu. Lebih baik kita tunggu apa-apa update terkini daripada Cik Keira. Saya pasti, dia akan hubungi puan nanti bila sudah sampai masanya. Bersabarlah dulu, puan." ujar Calvino, berusaha untuk menenangkan majikannya.
Calvino tahu betapa gelisahnya hati Puan Arleen ketuka ini. Namun, dia juga memahami bahawa selagi Evender belum memberi keizinan, mustahil untuk Puan Arleen mendekati Keira. Evender seorang yang sangat posesif terhadap gadis itu. Melihatnya dari jauh pun sudah sulit, apatah lagi untuk bertemu dengannya.
"Dah lama sangat saya tunggu, Vino. Saya bimbang dengan keadaan Keira. Saya takut kalau... Kalau Even tiba-tiba lukakan dia sebab berjumpa saya..." balas Puan Arleen penuh kebimbangan.
"Percayalah cakap saya, puan. Signor Delrico takkan sesekali mencederakan Cik Keira. Saya yakin Signor Delrico amat menyayangi dia dan akan melindunginya dengan sebaik mungkin," kata Calvino meyakinkan.
"Tapi, saya tetap tak sedap hati selagi tak dapat kepastian bahawa Keira selamat," ujar Puan Arleen sambil meraup rambutnya ke belakang, menunjukkan kegelisahan yang semakin memuncak.
"Erm, apa kata... Biar saya je pergi ke mansion Signor Delrico dan memerhati dari jauh. Kalau saya dapat melihat Cik Keira dan Signor Delrico dalam keadaan baik, saya akan memberitahu puan. Jangan risau, saya akan bantu puan dalam selesaikan hal ni."
Puan Arleen menarik nafas panjang, akhirnya mengalah. Dia tahu, berdegil hanya akan mengundang masalah.
"Baiklah. Terima kasih, Vino..." ucapnya dengan penuh keikhlasan.
"HAIH, saya boleh jalan sendiri je la, sayang... Biar je la say..."
"Duduk! DUDOOOKKKK!" Keira mencantas dengan tegas membuatkan Evender akur dan duduk di atas kerusi roda. Keira dengan sabar mendorongnya keluar dari hospital.
Malam itu, Evender akhirnya dibenarkan pulang kerana kecederaannya yang sudah semakin pulih.
"Err, signor. Tuan Lucas dan Tuan Aaron sedang menunggu kepulangan signor di mansion." kata Jason dengan penuh hormat, tetapi suaranya mengejutkan Evender dan Keira.
Aaron?
Di rumah agam Evender?
Apa yang dia lakukan di sana? Adakah dia sudah hilang akal?
Fikiran Keira terhenti seketika, tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
Evender pula mengepal erat tangannya. Rahangnya menegang. Seolah-olah bersedia untuk melepaskan kemarahannya kepada Aaron pada bila-bila masa.
To be continue...
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
Romance𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 ° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ ° Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri. Evender Delrico...