Chapter 27: Dangerous Revenge

952 41 1
                                        

                    SEMESTA telah mendukung keinginan Keira bukan? Buktinya, waktu telah berlalu dan langit yang cerah dek kerana cahaya matahari kini berubah menjadi gelap gulita

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

                    SEMESTA telah mendukung keinginan Keira bukan? Buktinya, waktu telah berlalu dan langit yang cerah dek kerana cahaya matahari kini berubah menjadi gelap gulita.

Namun, tidaklah terlalu gelap kerana purnama indah telah memancarkan sinarnya buat malam yang indah dalam hidup Keira.

"Wah! Baru saya tahu macam ni suasana dekat bandar. Dah lah ramai orang, banyak lampu warna-warni pulak tu! Cantiknya!!!" Mata Keira terus berbinar tatkala menatap setiap keindahan alam bebas yang baru dia rasakan.

Kesian kan? Keira seolah-olah seperti Rapunzel yang baru sahaja keluar dari menara tingginya. Ah, kisah mereka hampir mirip! Sama-sama dikurung dan tidak diizinkan untuk keluar ke mana-mana walau hanya selangkah pun!

"Tak. Kau lagi cantik," bisik Evender yang dengan sengaja mendekatkan wajahnya di telinga Keira. Tangannya juga tak lepas dari merangkul pinggang ramping Keira agar tidak jauh menghilang.

"Hek elleh! Macam lah saya nak cair dengan ayat basi signor tu! Bukannya nak melamar saya pun!" Keira menoleh membuatkan pandangan mereka menyatu.

"Tu bukan kerja aku. Kau je yang tak sedar diri," Jari telunjuk Evender mencolek hidung Keira.

"Tengok lah nanti! Siapa yang akan menang dan siapa yang akan jilat ludah dia sendiri!" Keira melakukan perkara yang sama seperti Evender, mencolek dagu jejaka itu.

"Kau makin berani, hm?" Senyuman lembut Evender terukir.

Bukan hanya mereka berdua sahaja yang tersenyum, malah Jason yang sedari tadi setia mengikuti mereka di belakang turut mengulas senyum mesra. Jason tahu ada perubahan yang ketara pada majikannya itu. Majikannya yang sebelum ini terlihat menyeramkan dan jarang sekali untuk mengukir senyuman, kini berubah menjadi lebih baik dan kerap sekali mengukir senyuman yang jarang terlihat saat bersama dengan Keira.

Keira Elaine, membawa sinar kembali kepada senyuman Evender Delrico.

"Kalau tak ada kena mengena dengan perasaan, saya tak takut pun!"

"Forget it, Keira. Kau ni dah makin gila aku tengok. Capatlah, kau nak apa?" Evender mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia menghela nafas berat. Terlalu ramai orang di sini dan Evender sangat tidak suka dengan tempat keramaian manusia. Baginya, itu sangatlah bising dan mengganggu.

Keira tersenyum saat mendengar Evender yang masih mengingati keinginannya. Lantas gadis itu memeluk manja pinggang Evender hingga membuatkan pandangan sang empu kembali teralih kepada gadis yang selalu membuatnya gila.

"Signor belikan apa je yang saya nak malam ni boleh? Ni kali kedua saya buat permintaan pada signor lepas yang saya minta ayam goreng dengan air hari tuuuuuuu. Boleh kan?"

"Just cakap je apa yang kau nak aku akan belikan untuk kau. Kalau kau nak kedai sekali pun aku boleh belikan," manik Evender menatap dalam ke arah Keira.

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang