Chapter 10 : Touch Her And Die

1.5K 65 0
                                    

                    HANYA kerana segelas minuman berperisa blueberry yogurt dan ayam goreng, rasa bahagia seorang Keira Elaine sudah menjulang tinggi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    HANYA kerana segelas minuman berperisa blueberry yogurt dan ayam goreng, rasa bahagia seorang Keira Elaine sudah menjulang tinggi.

Senyuman di wajahnya tidak pernah pudar sejak tangan mungilnya menerima makanan dan minuman yang amat diinginkannnya. Senyuman itu masih berkekalan sehingga dia memasuki ke perkarangan rumah agam yang sudah ditempatinya selama tiga hari.

Kaki kecilnya berlari menghampiri pembantu rumah yang paling akrab dengannya.

"Makcik Leah! Saya ada belikan banyak makanan ni!" jerit Keira kegirangan.

Kegembiraan yang terpacar di wajahnya membuatkan Evender turut mengulas senyum tatkala melihat gelagatnya.

"Kenapa tak bagitahu dulu nak datang?" soal Evender tatkala melihat ke arah sofa yang terdapat dua figura yang amat dikenalinya berada di situ.

"Surprise~" ujar Lucas dengan nada selambanya.

"Tch! Ada apa kau orang datang?" Evender melayan acuh tak acuh.

"Kau ni dah kenapa? Kan memang kita orang dah biasa datang sini. Sebelum ni kau tak pernah pun tanya macam tu. Kan, Aaron?" kata Lucas sambil kakinya disilangkan.

Alis kanan Evender terangkat sebelah. "Kau orang datang bukan nak jumpa dengan aku, tapi nak jumpa dia kan?" Evender melirik ke arah Keira yang masih membatukan dirinya bersama dengan minuman yang masih berada di tangannya.

Keira mendengar perbualan para jejaka itu. Cuma tidak terlalu faham apa yang dimaksudkan dari kata-kata Evender itu.

"Gotcha! Haih, aku bukan apa, cuma tak sabar nak tengok perempuan yang dah dapat takluk hati keras kau tu. Sebab kau yang tak nak bagitahu kita orang, jadi kita orang datang ajelah ke sini." Lucas bangun dari tempat duduknya bersama dengan tatapannya yang langsung tidak beralih dari menatap Keira.

Meskipun memiliki wajah yang tampan, tetapi dari tatapan mata itu sangat membuatkan wanita itu menjadi takut. Mungkin kerana ini adalah pertemuan pertamanya dengan rakan Evender.

Evender berpaling ke arah Keira. Tangan dihulurkan untuk menyuruh wanita itu mendekat ke arahnya.

"Come here, mia cara."

Tanpa menjawab, Keira terus berjalan mendekat ke arah Evender. Tangan mungilnya menyambut huluran tangan besar Evender. Pandangannya tertunduk. Tidak ingin beradu mata dengan tatapan Lucas itu.

"Dia orang kawan aku. Yang ada depan kau ni Lucas. Yang tengah duduk atas sofa tu Aaron. Jangan dekat dengan dia orang. They're so dangerous."

Kata-kata daripada Evender itu mendapat tawaan dari kedua orang rakannya. Setahu mereka, Evender tidak pernah bersikap posesif seteruk itu kepada wanita lain selain mendiang ibunya dahulu.

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now