𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"CIK KEIRA... Kenapa tak makan pun sarapan ni? Tak sedap ke?"
Hari sudah berganti hari. Sekarang waktunya untuk Keira menikmati sarapan pagi, namun sejak 15 minit yang lalu sarapan yang dihidangkan di atas meja itu langsung tidak disentuh oleh gadis itu. Wajahnya terlihat lesu. Rasanya, penyebabnya pasti Evender!
"Makcik, saya tak nak makan ni..." Keira menolak perlahan pinggan yang terisi dengan roti bakar yang disapu jem strawberi itu menjauh dari indra baunya.
"Cik Keira nak apa? Biar makcik buatkan!" Makcik Leah faham akan sikap Keira yang sedemikian rupa.
"Ha! Saya nak burger special dengan mayonis dia lebih sikit! Lepas tu saya nak air dalam botol hijau tu....erm...apa nama dia eh? Ha, sprite! Kalau boleh saya nak dalam tiga bot..."
"Who gave you permission to drink that fucking soda huh?!"
Suara garau dari arah pintu mampu menggemakan segenap penjuru rumah agam ini. Akhirnya, sang pemilik rumah agam ini pulang dengan wajah dinginnya itu. Jejaka yang amat dirindui oleh Keira hingga membuatkan gadis itu tidak tidur semalaman.
Keira hanya menatap Evender dengan tatapan dinginnya.
"Kenapa tak sambut aku macam biasa?" Ibu jari Evender mengusap lembut pipi Keira setelah tubuhnya saat ini berdiri tegak di samping gadis itu.
"Perlu ke? Kan semalam signor tinggalkan saya macam tu je?" Keira menjeling malas.
Evender tersenyum lembut. Marah rupanya. Sebab tidur sorang eh Keira? Tatut la tuuu...
"Jadi kau tengah marahkan aku lah sekarang ni, hm?"
Tanpa aba-aba, Evender terus mencempung Keira seperti karung beras sehingga membuatkan beberapa orang pembantu rumah yang sedang melakukan tugas di dapur itu membualatkan mata tatkala melihat kekuatan jejaka itu.
"Signor!!! Turunkan saya!!! Saya laparlah!!! Nak makan!!! Nak makan!!!" rengek Keira sambil memukul belakang Evender minta diturunkan.
"Makan aku jelah," Evender berkata selamba.
"Tak nak! Tak sedap!"
"Really? Bukan ke selama ni kau..."
"Ish, signor ni!!! Cepatlah turunkan saya!!!"
Evender terkekeh perlahan lalu dengan penuh hati-hati menurunkan tubuh Keira setelah mereka tiba di kamar.
"Erm, signor..." Keira menjauhkan sedikit tubuhnya daripada Evender.
"Baju signor macam bau perfume perempuan je..." Tatapan mendatar Keira bertembung dengan iris hitam Evender yang hanya beriak santai.